hwa hwa hwa .. who's in da house .. ? hari ni wa nak cite pasal si Taib ( bukan nama sebenar ) .. budak skolah tingkatan 4 disebuah skolah diselatan .. perghh .. ni terpengaruh ngan watak Abg Khairul VI .. huhu .. Satu hari pihak skolah telah memutuskan akan menghantar bebudak tingkatan 4 menghadiri kem bina semangat utk membentuk sahsiah jatidiri sebagai pelajar yg berdedikasi dan cemerlang .
Dipendekkan cerita .. Taib menjalani rutin harian sebagaimana pelajar lain di kem itu dengan penuh ceria .. sehingga lah pada malam terakhir ketika semua pelajar dikumpulkan di dalam satu dewan untuk jamuan perpisahan dan "amanat" terakhir dari pihak kem .
Fasilitator memulakan majlis dengan memainkan 'lagu wajib' dan seterusnya ngan ceramah "motivasi" yang berapi api . Taib yg sepanjang malam itu kelihatan tidak berapa bersemangat dan bermuka sedih .. hanya menekur memandang lantai .. sehinggalah si fasilitator menyuruh semua pelajar berdiri untuk laungan semangat ...
Dengan suara lantang dan separuh menjerit .. fasilitator tersebut bertanya ...
Fasilitator : Baiklah pelajar pelajar yg dikasihi sekalian .. setelah menjalani semua ini adakah anda gembira ??
Semua pelajar : Ya !!!!!!!!!!
Fasilitator : Setujukah kamu sekiranya saya katakan bahawa kerajaan kita baik ????
Semua Pelajar : Setuju !!!!!!!!
Fasilitator : Setujukah kamu sekiranya kerajaan meneruskan kem seperti ini ??
Semua Pelajar : Setuju !!!!!!
Fasilitator : Setujukah kamu jika kita terus menyokong kerajaan ??????????
Semua Pelajar : setuju !!!!!!!!!!
Begitu lah seterusnya hingga beberapa soalan lagi diajukan dan tetap mendapat jawapan yg penuh emosi .. namun si fasilitator terperasan ada sorang murid yg tak langsung membuka mulut dan sentiasa memandang lantai .. dengan perlahan lahan beliau menghampiri pelajar tu .. dan bertanya dengan penuh 'hemah' ...
Fasilitator : Siapa nama kamu ?
Taib : Muhd Taib bin Fadhil , tuan .
Fasilitator : Kenapa sejak tadi saya lihat kamu tidak memberikan respon kepada setiap soalan saya .. ada apa apa masalah ??
Taib : Maaf tuan .. keluarga saya adalah penyokong pembangkang ..
Fasilitator : Adakah sekiranya keluarga kamu menyokong pembangkang .. maka kamu pun wajib mengikut mereka ??
Taib : errrrrr .. tak jelas tuan
Fasilitator : Baiklah sekiranya .. ibu dan bapa kamu pencuri dan perompak ... adakah kamu akan turut merompak ???
Taib : errr .. kalau ibubapa saya macam yg tuan cakapkan tu .. dah konfem kitorang selama ni dalam kerajaan tuan ..
kwang kwang kwang ..
hasil karya KARMIC WHEEL melalui Face Booknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan