THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 13 DECEMBER 2009

PANORAMA YANG TRAUMA

PANORAMA YANG TRAUMA

Rabu, 2009 Disember 16

PANASSSSS!!!! SCANDAL SEXS KETUA PEMUDA PAS KAWASAN DAN AJK PASTI NEGERI.

PAGI INI SEORANG LAGI SAKSI TELAH BERANI UNTUK TAMPIL MEMBUAT PENGAKUAN TENTANG SALAH LAKU SEXS SEORANG AJK PASTI PULAU PINANG DAN SEORANG KETUA DEWAN PEMUDA PAS DI NEGERI INI.

SIAPA AJK PASTI DAN KETUA PEMUDA PAS DI NEGERI PULAU PINANG YANG BERKELAKUAN TIDAK SENONOH INI? ANDA PUN TAHU TAPI SAJA BUAT-BUAT TAK TAHU. HA HA HA.... SIAPA YANG MELANGAN PELACUR UiTM? SIAPA YANG MERABA JUBOQ BUDAK POMPUAN? SEMUANYA ADA DALAM CERITA PANAS LAGI BERSCANDAL DARI BRADER INI.

TUNGGU APA LAGI PEMUDA PAS DAN PASTI PENANG? REPOT POLIS LA INI CERITA FITNAH DAN MEMBURUKAN NAMA PAS DAN PASTI. REPOT JANGAN TAK REPOT. REPOT JANGAN TAK REPOT.


MAT SOPI DAN MAT ZAN TENTU KENAL SAPA BRADER NI.?
TAK KAN MAT ZAN BOLEH LUPA DIA PERNAH SURUH BUDAK NI BUAT DEAL DENGAN PELACUR UiTM. TAK KAN MAT SOPI BOLEH TAK INGAT JUBOQ ANAK SAPA YANG DIA RABA. SEGALANYA DI DALAM KEMERA HP BRADER NI.


SOSIALIS HIJAU

Isnin, 2009 Disember 14

BERITA PANAS DI ATAS SEHINGGA TERBAKAR KILANG


Akibat terlalu panas dengan berita dari seorang teman yang bercerita tentang kisah Mat Sopi iaitu KETUA PEMUDA PAS KAWASAN BATU KAWAN dan MAT ZAN BIN DURANY IAITU PENGERUSI PASTI MERANGKAP AJK PASTI NEGERI PULAU PINANG sebuah kilang di kampung aku telah hangus terbakar hari ini.

Kejadian yang berlaku pada jam lebih kurang 1.00 tengahari itu ketika semua pekerja sedang asyik menjadi hamba kepada majikan di kilang ini. Bagaimanapun semua pekerja telah berjaya menyelamatkan diri mereka sendiri.

Sebenarnya inilah kilang yang aku mula2 kerja 22 tahun lalu. Time tu dok tunggu result SRP. Gaji aku lumayan sekali iaitu RM7.00 sehari. Kenapa aku kata lumayan? sebab kawan aku yang kerja kat kilang sebelah tu cuma gajinya RM6.00 saja sehari. Kah kah kah. Boleh la lepas makan sendiri dengan beli rokok Dunhill 14. lepas la nak main mesin kuda. Kah kah kah.Time tu kalau SRP GAGAL MACAM KETUA DEWAN PEMUDA PAS BATU KAWAN tak dak can la nak masuk form 4. Kah kah kah.. aku kerja kat kilang ni sebulan saja sebab tak suka OT kah kah kah.

Opp tersasul pulak aku menceritakan keaiban Ketua Dewan Pemuda Pas Batu Kawan. Sambung balik cerita kilang terbakar. Namun begitu akan ku pendekkkan ceritanya dengan ending yang cukup menyayat hati.

Kebakaran akibat kepanasan cerita sensasi KETUA DEWAN PEMUDA PAS BATU KAWAN DAN PENASIHAT PERIBADINYA LEBAI ZAN BIN HJ DURANY YANG JUGA AJK PASTI PULAU PINANG INI telah dapat di padamkan setelah datang seorang superhero. Superhero ini datang dengan membawa ayaq longkang untuk memadamkan kebakaran ini. Tindakan berani Superhero ini yang datang setelah api terpadam telah mendapat cacian daripada penduduk di sini. Siapa superhero ini? Lihat gambar di bawah sekali :



Aweks ini sedang melihat aku mengunakan kemera cap ayam untuk mengambil gambar kebakaran tersebut.

Ramai yang datang untuk mendengar berita SENSASI tentang KETUA DEWAN PEMUDA PAS BATU KAWAN dan masternya LEBAI ZAN iaitu AJK PASTI NEGERI PULAU PINANG tetapi merasa hampa kerana berita panas ini telah mengakibatkan kebakaran sebuah kilang di sini.

Kelihatan pasukan Bomba sukarela sedang bertungkus lumus untuk memadamkan api kemarahan LEBAI ZAN DAN KONCO-KONCONYA. Lebai Zan hari ini telah di beritakan TRAUMA lagi dengan keberanian seorang lagi saksi untuk mendedahkan tingkah lakunya yang lucah lagi melucahkan itu.

PADANG JARAK PADANG TERKUKUR. Macam PAS kampung ni la jugak kini dah tinggal KUBOQ. Baca sketsa PAS KAMPUNG KU DI SINI :

http://greensocialis.blogspot.com/2009/09/pas-kampung-ku-dulu-kubu-sekarang-kubur.html




HAAAA.... inilah Superhero yang di maksudkan dengan berita di atas. Kehadirannya membawa air longkang telah berjaya menyelamatkan kampung aku daripada hanggus terbakar. Inilah Superhero YB ONG LONG KANG. Kah kah kah

SOSIALIS HIJAU

UNDILAH PARTI KOMUNIS MALAYA

Negara baru sahaja melintasi garisan sejarah perjanjian damai antara Parti Komunis Malaya dan kerajaan Malaysia pada 2 dIsember yang lalu. Pada tahun ini genaplah 20 tahun perjanjian ini telah di meterai. Setelah 41 tahun pihak PKM melalui unit gerilanya mengangkat senjata menentang imperialisme, kerajaan Malaysia akhirnya mengaku kalah kepda pihak komunis dengan bersetuju kepada plan damai yang telah di cadangkan oleh pihak PKM.

Sebenarnya pihak PKM telah sekian lama mendambakan kepada pedamaian dan berhasrat untuk bersama-sama terlibat di dalam pembangunan negara tetapi kerajaan Malysia di bawah teraju UMNO tidak pernah berhasrat untuk berbuat demikian kerana masih terikat dengan ugutan pihak British agar PKM di perlu di hapuskan dengan mengunakan kekerasan. Ini adalah sebagai satu agenda pihak British di dalam meneruskan dasar pecah dan perintahnya agar UMNO parti yang mereka warisi selepas kemerdekaan akan terus berkuasa.

Di dalam rundingan Baling sendiri kita dapat melihat betapa Ketua Menteri sewaktu itu, Tengku Abdul Rahman tidak boleh membuat sebarang keputusan terhadap apa jua dari hasil perbincangan itu. Hasilnya rundingan itu telah gagal dan Tengku telah berjanji akan meneruskan perbincangan perdamaian selepas daripada negara mencapai kemerdekaan. Namun begitu setelah merdeka pihak kerajaan meneruskan dasar British dengan terus memerangi PKM. Segala bentuk kekuatan tentera dan polis telah di gunakan dengan melibatkan wang rakyat di habiskan dengan begitu sahaja. Tentera PKM bukan sahaja tidak berjaya di basmikan malah mereka telah menambahkan kekuatan dari hari ke hari walaupun terpaksa berada di sempadan negara.

Kerajaan Malaysia juga terpaksa menanggung kewangan tentera Thai di dalam meminta bantuan kerajaan Thailand untuk sama-sama memerangi PKM di sempadan. Gabungan kekuatan tentera kedua2 negara ini juga telah gagal untuk melemahkan tentera PKM. Walaupun begitu rundingan Baling pada tahun 1955 di teruskan seperti yang di janjikan oleh Tengku pada waktu selepas rundingan yang melibatkan pihak British itu gagal. Ini adalah bertepatan dengan prinsip PKM yang mengangkat senjata hanya kerana mahu menghalau pihak british keluar dari Malaya tetapi pihak kerajaan Malaysia terus menerus memerangi PKM walaupun British sudah berangkat pulang ke negara mereka.

Setelah Dr Mahathir mengambil alih pentadbiran negara beliau telah melihat betapa peperangan saudara ini harus di hentikan dengan segera agar pertumbuhan ekonomi negara tidak terganggu. Melalui pertemuan pertama antara wakil Ghafar Baba yang ketika itu menjadi Perdana Menteri akhirnya telah melangkah kearah kefahaman antara kedua belah pihak. Inilah sebenarnya yang di harapkan oleh pihak PKM iaitu berdamai dengan tanah air mereka sendiri.

PKM adalah parti politik pertama di tanah Melayu dan jika bukan kerana perintah darurat yang menyaksikan parti-parti politik yang menentang penjajah di haramkan sudah pasti PKM tidak akan mengangkat senjata. Sudah pastilah parti ini akan turut serta di dalam sama-sama proses demokrasi bersama-sama parti-parti pilitik di negara ini. Persoalan idiologi bukannya menjadi kesalahan bagi sesuatu parti atau pertubuhan untuk bergerak di dalam proses demokrasi di Malaysia. Samalah seperti PAS yang membawa dasar Islam dalam perjuangannya dan dasar sosialisme yang menjadi idiologi kepada Parti Sosialis Malaysia(PSM). Yang menentukan sesebuah parti itu akan terus hidup dan releven adalah rakyat bukannya pihak berkuasa. Tidak menjadi kesalahan untuk PKM menjadi kerajaan atau parti memerintah jika rakyat memilih parti ini di dalam pilihan raya.

Sebagai sebuah parti politik PKM tidak memerlukan M-16 untuk menjadi pemerintah. PKM juga tidak perlu berada di sempadan Negara jika parti itu di benarkan bergerak dengan sah sebagai sebuah parti politik. PKM hanyalah sebuah parti politik yang sama seperti parti-parti politik yang lain termasuk UMNO. PKM hanya memerlukan undi rakyat dalam setiap kali pilihanraya untuk sama-sama merwarnai politik tanah air. Rakyat sendiri yang akan membuat keputusan sama ada idiologi komunisme boleh mereka terima atau tidak. Jika rakyat menolak idiologi komunis maka PKM hanya akan menjadi parti pembangkang dan jika rakyat menerima dasar-dasar PKM maka PKM akan menjadi pemerintah. Itu saja.

Malangnya penjajah British merasakan bahawa PKM dan parti-parti yang membawa idiologi rakyat seperti PKM akan menjadi penghalang kepada mereka untuk terus menerus memperhambakan rakyat. PKM dan parti-parti politik seperti PKMM, API dan AWAS telah awal-awal lagi di haramkan. Parti-parti ini bukan saja mahu menjadikan rakyat sebagai tuan kepada Negara mereka sendiri malah parti-parti ini juga telah menolak fahaman perkauman sempit yang sudah pastilah akan menjadikan rakyat dari berbagai kaum akan bersatu menentang penjajahan dan penindasan. Strategi pecah dan perintah yang di amalkan oleh penjajah sejak daripada kejatuhan kerajaan Melaka telah cuba di pecahkan oleh PKM dan parti-parti berhaluan kiri yang lain. Jika rakyat berbagai kaum Berjaya di satukan maka sudah pastilah ianya akan mendatangkan satu perkara yang tidak baik kepada British.

Penentangan atau permusuhan bersenjata antara PKM dan pihak kerajaan tidak akan berterusan seandainya Malaya yang telah merdeka memberi kebenaran kepada PKM untuk bergerak sebagai sebuah parti politik yang sah. Seperti yang telah Umno lakukan kepada lain-lain parti politik pembangkang di Malaysia, Umno juga boleh lakukan kepada PKM. Jika UMNO menlebelkan Pas dengan extreme, DAP sebagai parti cina yang anti melayu dan PKR sebagai sebuah parti ejen Amerika maka Umno juga boleh mefitnah PKM dengan berbagai tuduhan seperti anti agama dan tidak percaya tuhan. Namun biarlah menuduh dengan apa saja fitnah itu di atas jalan demokrasi di mana PKM boleh menjawab dengan hujah dan biarkan rakyat yang menjadi hakim untuk menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah.

Masalahnya ialah Umno menghukum PKM tanpa memberi ruang untuk PKM membela diri di hadapan rakyat. Umno takut untuk berdepan dengan PKM secara anak jantan tetapi Umno mengunakan polis dan tentera untuk berlawan dengan PKM. Jika benar PKM atau komunis itu adalah sebuah pertubuhan yang anti agama maka gunakanlah isu ini untuk mempengaruhi rakyat agar jangan mengundi PKM di dalam pilihan raya. Bukankah Umno sebuah parti yang kuat dan mempunyai ramai ahli, jadi mengapa perlu takut untuk berhadapan dengan PKM di atas pentas demokrasi.

PKM tidak pernah bermusuh dengan tentera dan polis. PKM sentiasa mengharapkan perdamaian antara parti ini dengan pihak kerajaan sejak dari dulu lagi. Yang menjadi penghalangnya ialah golongan kapitalis dan golongan penindas. Mereka mengunakan kedudukan mereka untuk menghalang pihak kerajaan berdamai dengan PKM. Mereka inilah sebenarnya manusia yang tidak percayakan Tuhan. Mereka akan lakukan apa saja untuk mendapat keuntungan. Meeka menjual agama untuk terus berkuasa. Mereka binbang Jika rakyat memahami idialisme sosialis dan komunis maka kerakusan mereka selama ini menindas dan memerah hak rakyat akan timbang. Oleh itu selagi mereka menguasai kerajaan mereka akan pastikan segala idialisme yang menyebelahi rakyat tidak akan di beri peluang berada di Malaysia ini. Golongan kapitalis inilah yang menjadi Master Of Puppets kepada pemimpin Negara, orang politik, ahli agama dan rakyat pada hari ini. Maka golongan yang menjadi puppets ini telah turut serta menentang PKM dalam keadaan mereka ini jahil dan tertipu.

Oleh itu jika UMNO berkata hanya parti mereka yang boleh membela melayu, Pas pula berkata hanya parti mereka yang boleh membela Islam maka berilah peluang untuk PKM berkata bahawa hanya PKM yang boleh menjadikan rakyat sebagai tuan pada Negara mereka. Yang akan menentukan siapa yang benar adalah rakyat bukannya BARISAN NASIONAL.

SOSIALIS HIJAU

DARSHAN SINGH: POLITIK DI SEBALIK KEPULANGAN CHIN PENG

Menurut sejarah, Politik Cina di Malaysia telah diasaskan oleh Gerakan Parti Kuomintang dan Parti Komunis Cina (PKC). Hingga ke hari ini Parti MCA atau Malaysian Chinese Association sebenarnya mewakili Parti Kuomintang, Parti Komunis Malaya (PKM) dan Parti Komunis Cina (PKC).



Sabaik sahaja Perjanjian Damai Haadyai telah ditandatangani pada 2 Disember 1989, kesemua anggota-anggota PKM termasuk Abdullah CD, Rashid Maidin, Samsiah Fakeh dan anggota-anggota yang lain dibenarkan pulang ke Malaysia sama ada untuk melawat ataupun bermastautin di negara ini.

Ramai daripada mereka telah pulang menetap di Betong, Thailand. Kerajaan Thailand mengurniakan mereka tanah dan pelbagai faedah lain dan menjamin kebebasan mereka. Tidak seperti yang lainnya, Chin Peng tiba-tiba di sekat haknya dan dihalang pulang meskipun perjanjian mengenai hak ini telah diperakui dalam Perjanjian Damai itu.

Ada tiga alasan pokok :

Pertama, faktor-faktor dalaman yang menentang kepulangannya berdasarkan ideologi dan alasan-alasan peribadi. Alasan peribadi antara lain ialah kerana ramai pemimpin-pemimpin dan saudara mereka telah dibunuh oleh Anggota PKM di seluruh negara dan mereka telah dicap sebagai orang yang boleh mengancam keselamatan.

MCA sebenarnya tidaklah perlu menentang secara terbuka kepulangan Chin Peng kerana ramai juga orang-orang Cina yang mengangap Chin Peng sebagai wira. Bersama dengan golongan lain yang anti-komunis, UMNO pula telah mengambil kesempatan ini bagi membangkitkan kemarahan rakyat.


Tidak boleh dilupakan dalam sejarah bahawa Penjajah British telah membunuh lebih 10,000 rakyat Malaya (termasuk pembunuhan beramai–ramai di Batang Kali). Sementara itu Tentera Fasis Jepun juga telah membunuh lebih 6,000 rakyat pula. Semasa pendudukan British, kuasa imperialis ini telah merampas dan memunggah kekayaan Malaya melebihi RM1,000 billion. Pejuang seperti Tok Janggut dan Maharaja Lela telah dihukum digantung. Ironinya sampai hari ini, kita masih menyokong dan menggamit mereka datang di bawah program “Malaysia Rumah Kedua”.

Alasan kedua ialah faktor hubungan kaum dan agama. Chin Peng bukanlah Melayu atau Islam dan ini juga sebenarnya telah melanggar amalan politik perkauman di Malaysia.

Dalam pada itu, alasan ketiga pula ialah kerana parti pemerintah iaitu UMNO rasa jengkel dan marah dengan PKM yang mendakwa bahawa Kemerdekaan Malaya telah dipercepatkan antara 10-15 tahun justeru kerana tekanan perjuangan bersenjata Gerila PKM dan bukannya Tunku Abdul Rahman yang dikatakan telah membuka jalan kepada rundingan Kemerdekaan. (Kenyataan ini sebenarnya disokong oleh Penasihat British Sir Robert Thomspon).

Hari ini kebenaran sedang menyerlah dan fakta mengenai 6,000 nasionalis Melayu telah ditahan di kem rahsia semasa darurat (perang kemerdekaan) untuk menonjolkan bahawa perjuangan mereka itu berasaskan perjuangan ras dan perkauman dalam waktu yang sama menutup tentang hakikat sejarah bahawa Parti Komunis Malaya adalah parti tertua dan parti berbilang kaum yang pertama di Malaya.

Benar seperti kenyataan Chin Peng bahawa beliau sanggup mati demi negara ini, namun beliau tetap tidak akan dibenarkan pulang. Dalam hemat saya, Chin Peng sifatnya lebih patriotik dari kita semua. Beliau acapkali memberi ucapan-ucapannya dalam dalam Bahasa Malaysia Baku pada semua kesempatan siri ucapan-ucapannya. Beliau juga seorang pendukung bahasa Malaysia dan menganggap Malaysia sebagai tempat tumpah darahnya.

Apa salahnya beliau yang kini berusia 85 tahun menghabiskan baki usianya bersama dengan anak cucunya di Setiawan, yang juga tempat bersemadi kedua ibu dan bapanya.

Dengan krisis dan perpecahan yang berlaku dalam Parti MCA kini, golongan yang menentang Chin Peng kini sudah tidak lagi berpengaruh. Dalam masa yang sama Perdana Menteri Najib Razak yang kini sedang terdesak dengan sokongan orang-orang Cina tidak mustahil dalam masa terdekat.kemungkinan Chin Peng akan dibenarkan pulang. Oleh itu tekanan menghalang kepulangan Chin Peng sudah tidak lagi masuk akal.

Status Chin Peng sebagai warganegara sama sekali tidak boleh diragui. Apakah yang akan terjadi jika beliau membuat keputusan berjalan melintasi sempadan dan mengadakan sidang akhbar di situ? Menurut undang-undang beliau hanya boleh dikenakan denda sebanyak RM 500 dan diwaktu itu membawa bersamanya juga bukti bahawa beliau adalah warganegara Malaysia yang sah.

Saya telah berjanji kepada ChinPeng di Haadyai pada 30 November yang lalu; selagi saya hidup saya, sebagai seorang peguam, saya akan berjuang untuk memastikan beliau pulang melalui satu cara atau cara yang lain.

Saya juga telah berpesan kepadanya "Dalam masa terdekat perjumpaan kita berikutnya ialah di Malaysia" Sampai bertemu lagi.

artikel asal:

The politics of the return of Chin Peng

Ahad, 2009 Disember 13

PIDATO DR. BURHANUDDIN (2)

2. Memecahkan Perang Di Malaya Dengan Cara Damai
Sebagaimana juga perjuangan kemerdekaan rakyat Malaya mendapat dorongan-dorongan daripada perjuangan kemerdekaan rakyat di negara-negara lain, sebagaimana juga perjuangan kemerdekaan rakyat Malaya tak dapat dipisah-pisahkan daripada perjuangan kemerdekaan rakyat anak-anak jajahan di negara-negara lain, demikian jugalah perjuangan kemerdekaan dari setiap negara yang progresif dan demokratis dalam masyarakat Malaya ini, tidak dapat dipisah-pisahkan antara satu sama lain, melainkan tali menali, pengaruh-mempengaruhi, saling dorong mendorong dan saling kuat memperkuat. Tenaga-tenaga yang progresif dalam tiap-tiap parti, dalam tiap-tiap golongan dalam masyarakat, pengaruh – mempengaruhi satu sama lain, dan kekuatan seluruh inilah yang menentukan arah dan tujuan perjuangan kemerdekaan dan kedaulatan rakyat Malaya.

Kalau kita berpegang kepada prinsip bahawa komunizem boleh dihancurkan dengan kekuatan tentera di tanah air kita sendiri, maka terpaksalah pula kita berpegang kepada prinsip itu bahawa kekuatan tentera juga harus dipergunakan untuk membasmi komunizem sedunia. Apakah kita mengingini perang di dunia, menceburkan diri ke dalam kancah peperangan dunia ketiga semata-mata untuk membasmi komunizem?

Komunizem adalah satu faham internasional. Peleburan pemberontakan itu di Malaya tidak akan bererti bahawa faham itu akan hancur. Kerana faham itu bercorak internasional. Apa lagi faham itu timbul dan lahir dari kemelaratan dalam sistem masyarakat. Kerana ia lahir dari masyarakat, dari kemelaratan masyarakat, maka ia harus dibasmi dengan pengetahuan kemasyarakatan pula, bukan dengan pengetahuan ketenteraan, bukan dengan kekerasan senjata.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah bertentangan dengan aliran dan faham komunis. Islamizem dan komunizem tidak, dan tidak dapat disesuaikan. Tetapi ini tidak pula bererti PAS tidak mempunyai sikapnya sendiri terhadap masalah pemberontakan Parti Komunis Malaya.

PAS mengaggap bahawa komunis adalah satu penyakit dalam masyarakat, satu penyakit yang lahir dari kemelaratan dan kesengsaraan dalam masyarakat kita sendiri. PAS mempunyai keyakinan terhadap kekuatan ideologinya sendiri, terhadap kesucian dan kemuliaan ke-Islamannya, untuk mengatasi sebarang ideologi yang lain. PAS mempunyai keyakinan kepada kekuatan keimanan rakyatnya untuk menghadapi persaingan dan perlumbaan ideologi yang lain. Kami berkeyakinan bahawa dalam persaingan dan perlumbaan yang aman damai antara ideologi-ideologi di dalam masyarakat kita, maka ideologi kitalah yang akan dapat menakluki ideologi-ideologi yang lain. Kerana itulah PAS menghendaki pemecahan dan penyelesaian yang aman damai kepada soal komunizem di tanah air kita, menghendaki agar ideologi komunis itu ditentang dengan aman dan damai, demi kepentingan keamanan dan kesejahteraan rakyat Malaya sendiri.

Kita memerlukan pemecahan dan penyelesaian yang damai kerana kita sendiri telah mengalami betapa Darurat atau tegasnya peperangan di Malaya selama 8 tahun ini telah memakan korban politik, ekonomi dan moral rakyat kita sendiri. Lanjutan dari peperangan ini hanya akan mengakibatkan keruntuhan ekonomi dan keruntuhan akhlak rakyat kita sendiri dan sebaliknya menguntungkan penjajah semata-mata.

Selama 8 tahun peperangan membasmi komunizem di Malaya telah dijalankan secara penjajah. Masanya telah tiba sekarang untuk memecahkan dan menyelesaikan soal itu dengan cara rakyat dengan corak rakyat.

Seluruh dunia bergerak berikhtiar menegakkan keamanan dan perdamaian. Konresensi Afro – Asia di Bandung menjadi titik sejarah dalam perjuangan manusia untuk menegakkan keamanan dan perdamaian. Tenaga-tenaga manusia yang mengingini, yang mencintai keamanan, yang mencintai demokrasi dan yang mencintai kesejahteraan umat manusia, makin kuat dan makin kukuh. Malaya dan rakyatnya harus memberikan sumbangan kepada usaha maha besar, kepada tugas maha suci untuk menegakkan keamanan dan perdamaian dunia. Dan bagaimanakah kita dapat memberikan sumbangan itu kalau kita sendiri tidak dapat memecahkan soal rumah tangga kita sendiri secara aman dan damai?

Cara memecahkan dan menyelesaikan satu-satu problem, satu-satu kerumitan yang dihadapi oleh umat manusia tidak lagi berdasarkan kekerasan, tidak lagi berdasarkan senjata atom, kereta kebal, senapang dan mesingan . Segala kesulita, kerumitan dan kekusutan dunia, kesulitan dan kerumitan umat manusia kini dipecahkan dan diselesaikan di meja perundingan, dengan bertolak ansur, dengan hormat-menghormati sikap dan pendirian satu sama lain.
Jalan kekerasan tidaklah lagi jalan yang sesuai untuk menyelesaikan segala soal hidup manusia. PAS menentang kekerasan kerana kekerasan adalah bertentangan dengan dasar dan ideologi PAS.

3. Memadukan Tenaga-tenaga Nasionalizem, Keagamaan dan Sosializem

Perjuangan kemerdekaan tanah air akan diteruskan oleh PAS dengan jalan aman dan damai, dengan jalan berperlembagaan.

Dan PAS juga tidak merasa dan tidak mensifatkan dirinya sajalah yang mempunyai kesanggupan, yang mempunyai kelayakan, yang mempunyai tenaga dan kebijaksanaan untuk berjuang mencapai kemerdekaan dan kedaulatan bangsa dan tanah airnya. PAS tidak merasa dan tidak mensifatkan dirinya sajalah yang berkewajipan memikul tugas suci kemerdekaan bangsa dan tanah airnya kerana itu adalah tugas rakyat bersama.

Saya katakan bahawa penjajahan adalah bercorak internasional, satu gergasi yang pengaruh dan kekuatannya dirasakan di seluruh dunia. Kerana itu, penjajahan tidak boleh ditentang hanya dengan tenaga satu golongan saja, satu parti saja, tetapi sebaliknya hanya dengan tenaga-tenaga anti-imperialis seluruh dunia, tenaga-tenaga anti-imperialisme seluruh masyarakat.

Kerana itu PAS sanggup bekerjasama dengan apa saja golongan, apa saja parti, apa saja aliaran dalam masyarakat atas dasar kepentingan kemerdekaan bangsa dan tanah air.

Perjuangan kemerdekaan bangsa dan tanah air akan bergolak terus walaupun Malaya merdeka pada 31 Ogos 1957 ini. Kemerdekaan itu harus diisi dengan kenyataan-kenyataan, dengan realiti-realiti kemakmuran ekonomi rakyat, dengan realiti, dengan kenyataan ketinggian akhlak rakyat.

Perjuangan itu sama besarnya dengan perjuangan yang telah kita pusakai dari datuk nenek kita menentang penjajahan semenjak kejatuhan Empayar Melaka dulu. Dan sudah barang tentu perjuangan yang sebesar itu menghendaki tenaga yang sebulat-bulatnya dari seluruh rakyat negeri ini, menghendaki pengorbanan yang rela dan jujur dari segenap golongan progresif dalam masyarakat.

Tenaga-tenaga nasionalizem, keugamaan dan sosializem yang sihat dalam masyarakat harus kita gemblengkan, kita padukan mulai sekarang untuk merupakan satu tenaga besar demi tugas perjuangan kemerdekaan dan kedaulatan tanah air ktia.

Dasar-dasar persamaan antara ketiga-tiga tenaga ini harus kita tegakkan dari sekarang, kita pupuk dan kita perkukuh dari sekarang. Dan satu dasar persamaan, satu titik pertemuan yang kukuh boleh kita tegakkan untuk mempertalikan ketiga-tiga tenaga itu. Untuk memadukan ketiga-tiga tenaga itu ialah dasar kita bersama menentang penjajah, cita-cita kita bersama mengingini satu negara kebangsaan yang demokratis dan berdaulat.

Tiap-tiap kita mengingini satu negara Malaya yang demokratis dan berdaulat dalam erti kata yang sebenarnya. Cita-cita ini belum tercapai sekarang dan tak akan tercapai pada 31 Ogos 1957 ini. Ke arah cita-cita itulah PAS akan berjuang bahu membahu dan saling berbimbingan tangan dengan segala golongan dalam masyarakat.

Sesetengah pihak mengatakan bahawa setelah tahun 1957 kelak, barulah boleh segala parti di Malaya memperjuangkan ideologi masing-masing dan buat sementara ini, segala parti di Malaya harus bersatu, dengan menyingkirkan ideologi masing-masing.

Tetapi saya berpendapat bahawa sekarang ideologi hanyalah alat saja untuk memperjuangkan cita-cita nasional, cita-cita kebangsaan iaitu cita-cita menegakkan satu negara Malaya yang merdeka, demokratis dan berdaulat.

Apa yang dicita-citakan oleh rakyat, apa yang menjadi cita-cita nasional, cita-cita kebangsaan segenap lapisan dan segenap golongan rakyat ialah kemerdekaan politik tanah airnya, kemerdekaan ekonomi tanah airnya untuk mencapai cita-cita nasional, cita-cita kebangsaan ini, masing-masing golongan mempergunakan ideologi masing-masing, yang akan diisi ke dalam gerakan nasional itu.

Tetapi untuk tiap-tiap seorang sosialis, maka ideologi sosialiszem adalah dipergunakan olehnya sebagai tempat pegangannya, memperhitungkan dan mempertimbangkan sesuatu masalah hidupnya, malah tanah airnya, bahkan masalah perjuangan kemerdekaan tanah air dan bangsanya.

Tegasnya lagi, adalah satu impian saja untuk seseorang sosialis mengharapkan bahawa sosialiszem yang menjadi ideologinya itu boleh ditubuhkan dan ditegakkan dalam satu negara yang belum merdeka dan berdaulat dalam politik dan ekonominya.

Pendeknya, sosializem tidak dapat ditubuhkan dalam taman yang masih semak samun dalam belukar-belukar penjajahan.

Jadi tugas kita yang pokok sekarang, tak kira apa ideologi kita ialah meperjuangkan dulu kemerdekaan politik dan ekonomi tanah air kita, memperjuangkan dulu kemerdekaan dan kedaulatan yang menjadi cita-cita kebangsaan setiap golongan dan lapisan rakyat negeri ini.

Ideologi nasionalizem atau kebangsaan ialah mencapai kemerdekaan politik, ekonomi dan social, dan terdirinya kebebasan dan kemakmuran rakyat bersih dari sebarang pengaruh penjajahan. Ideologi sosializem timbul sesudah terdiri ideologi nasionalizem dan bertumbuh di atas itu menurut sifat dan muslihat sesuatu bangsa hingga tercapai pula keadilan sosial atas bentuk asas sosializem primitif menurut perkembangan secara ilmiah (sainatifik). Semua izem ini timbul dari pengalaman-pengalaman manusia yang telah berlaku dalam proses perkembangan masyarakatnya dari zaman kuno hingga ke zaman moden ini.

Ideologi Islam atau Islamizem adalah berbeza dan berlainan daripada izem-izem yang lain. Keistimewaan Islamizem ialah datangnya sebagai hukum ketetapan yang diturunkan Tuhan yang menjadikan manusia seluruhnya dan menciptakan alam ini sekaliannya. Hukum ini tidak dapat diubah-ubah dan ditukar-tukar atau dipinda-pinda. Yang boleh berubah dan bertukar ialah hanya manusia itu saja. Islamizem tegasnya hukum Tuhan bagi seseorang dalam perjuangan dalam masyarakat dan dalam perhubungan dengan Tuhan.

Kerana itu dalam peringkat perjuangan sekarang marilah kita mencapai dan mengisi cita-cita nasional kita bersama-sama dengan parti dan puak-puak yang lainnya. Kita dari angkatan PAS melancarkan bahtera kita menuju pelabuhan cita-cita Islam yang sangat jauh pelayarannya, tetapi kita sama-sama bertolak beriringan dengan aliran nasionalizem yang tulin dan angkatan sosializem.

Marilah kita mulai sekarang mengatur barisan kita bersama ke arah cita-cita itu, cita-cita nasional dan cita-cita kebangsaan itu!

tamat

PERANG ANTI-BRITISH: KESANNYA KE ATAS KAUM PENJAJAH

Sebagaimana maklum, pada pertengahan Jun 1948, kaum penjajah British melaksanakan Undang-undang Daruat di seluruh negara, melakukan penangkapan secara besar-besaran, mengharamkan parti-parti politik dan pertubuhan yang memperjuangkan kemerdekaan tanah air dengan berselindung di sebalik topeng membasmi komunis yang "mengancam" keselamatan negara. Sudah pasti negara yang dimaksudkan ialah kekuasaan penjajah British di Malaya.

Ditilik situasi ketika itu, kedudukan penjajah British benar-benar diancam oleh perjuangan kemerdekaan rakyat berbagai kaum dari berbagai aliran patriotik demokratik atau disebut juga sebagai golongan kiri. Boleh dikatakan semua kekuatan progresif Melayu dan bukan Melayu telah bergabung dalam barisan bersatu PUTERA – AMCJA. UMNO sebagai pertubuhan yang mewakili golongan pertengahan dan atasan Melayu yang menyokong pemerintahan British sudah tidak dapat menandingi gabungan kekuatan kiri berbagai kaum tersebut. Hartal raksasa 1947 yang dilancarkan PUTERA-AMCJA benar-benar dirasakan kesannya oleh kaum penjajah.

Di segi yang lain, situasi perjuangan kemerdekaan marak berkobar di merata tempat di Asia dan Afrika. Persidangan Serantau Asia yang diadakan di New Delhi dan Persidangan Parti-Parti Komunis Negara Komanwelth pada tahun 1947 benar-benar telah menambah semangat baru kepada gerakan kemerdekaan di Asia. Perkembangan situasi ini, sedikit sebanyak telah mempengaruhi gerakan kemerdekaan di Malaya. Dr. Burhanuddin, Abdullah C.D. dan lain-lain yang pulang ke tanah air dari persidangan Serantau Asia telah menjelajahi seluruh Malaya menyampaikan semangat persidangan tersebut kepada massa rakyat yang luas, terutamanya kepada organisasi-organisai yang memperjuangkan kemerdekaan seperti API, AWAS, Barisan Tani Malaya dan lain-lain. Begitu juga dengan Rashid Maidin, Wu Tien Wang dan Balan yang pulang dari Persidangan Parti-parti Komunis Negara Komenwelth bergabung dengan dengan PKMM menyampaikan semangat keputusan persidangan itu ke seluruh pelusuk tanah air. Begitu hangatnya gelombang gerakan kemerdekaan rakyat berbagai lapisan semua bangsa sehinggakan seruan merdeka sentiasa bergema di kota dan desa.

Justeru itulah, apabila penjajah British mengisytiharkan Undang-undang Darurat, kaum patriot demokrat berbagai aliran yang cintakan kemerdekaan tidak teragak-agak lagi memasuki hutan menentang penjajah British secara kekerasan. Dalam masa yang sama, PKM yang sudah mempunyai pengalaman tertentu dalam memimpin Perang Anti-Jepun telah menyeru rakyat semua kaum memanggul senjata melawan penjajah Inggeris untuk kemerdekaan Malaya. Dengan itu melatuslah untuk kemerdekaan yang di namakan PERANG PEMBEBASAN NASIONAL ANTI-BRITISH.

Dalam masa perang ini berlangsung, (1948 -1957) kaum penjajah British telah mengerahkan seluruh pasukan askar dari merata tanah jajahannya dalam jumlah yang amat besar untuk menekan Perang Pembebasan Nasional tersebut. Abdullah C.D. dalam Memoir beliau bahagian kedua PENAJA DAN PEMIMPIN REJIMEN KE-10 menyebut:
Untuk memadamkan perjuangan bersenjata, penjajah British telah mengerahkan kekuatan tentera yang besar ke Malaya. Dalam beberapa tahun setelah diisytiharkan Undang-Undang Darurat, terdapat hampir 100 batalion pasukan infantri, pasukan meriam dan pasukan kereta perisai dikerahkan. Jumlah kira-kira 400,000 orang itu termasuklah 77,000 polis dan 320 ribu tentera (termasuk tentera simpanan ataupun AP). Askar British lebih 50 batalion Askar Gurkha 8 batalion Askar Australia 3 batalion Askar New Zealand 3 batalion Askar Kenya 1 batalion Askar Rhodesia Utara (Zambia) 1 batalion Askar Nyassaland (Malawi) 1 batalion Askar Fiji 1 batalion Selain dari mengerahkan kekuatan tentera yang besar, penjajah British tak putus-putus menukar benggolan perang dan politiknya di Malaya. Pesuruhjaya Tinggi 3 kali - dari Edward Gent, Henry Gurney, Gerald Templer hingga ke Donald MacGalivery. Panglima tentera 6 kali - Dari Charles Bucher, Harold Briggs, Ralph Lockhart, Gerald Templer, W.P. Oliver, Jefry Boon hingga ke Rodger Bauer.
jentera perang penjajah British

Jelas sekali bahawa penjajah British bukan hanya tersepit di segi politik, tetapi juga mengalami pukulan teruk dari segi militer dan ekonomi. Dalam bukunya sempena memperingati 50 tahun Darurat di Malaya, Abdullah C.D. menulis:
Harry Miller menulis bahawa: “Perang Malaya berkembang menjadi perang kecil yang paling rumit dan paling mahal dalam sejarah komanwelth British.” Untuk menampung beban perang tersebut, penjajah British terpaksa meminta bantuan militer dan teknikal dari Amerika Syarikat dan Negara-negara komenwelth.
Kaum penjajah British benar-benar goyah hingga ke akar umbinya menghadapi perang pembebasan yang dahsyat tersebut. Dalam bukunya Darurat Dan Kemerdakaan Abdullah C.D. menyebut:

Setiausaha Tanah Jajahan British dalam sebuah petunjuknya kepada Templer berkata: Malaya harus dijadikan sebuah Negara yang mewujudkan pemerintahan sendiri sepenuhnya pada masa yang dianggap sesuai….” “Pemberontakan komunis sedang menghambat kemajuan politik negara ini”.

Victor Purcell, Pengarah Besar Penerangan dan Penasihat Untuk Hal Ehwal Orang-orang Cina bagi pentadbiran tentera British di Malaya berkata: "Masanya sudah terlambat dan sudah tidak ada waktu lagi untuk beransur-ansur seperti apa yang dilakukan di India dan Ceylon, mesti mempercepat langkah Malaya ke arah pemerintahan sendiri, kerana semakin lama Malaya tinggal dalam kedudukan tergantung maka semakin besarlah komunisme. Sebab itu polisi yang cuba hendak memelihara penguasaan langsung ke atas Malaya dengan cara menangguhkan pemerintahan sendiri atau melambat-lambatkannya secara tidak layak adalah polisi yang cetek pandangannya bahkan membunuh diri”

Dia seterusnya menggembar-gemburkan bahawa harus memupuk tokoh-tokoh yang hanya menentang badan pentadbiran ketika itu tapi tidak mahu memutuskan hubungan dnegan penjajah British setelah pemerintahan sendiri didirikan, khasnya mereka yang “merah jambu” dengan mengangkat mereka naik takhta. Kerana katanya, tokoh-tokoh “merah jambu” adalah satu-satunya pilihan untuk menggantikan anasir-anasiar “merah”. Ketua Setiausaha Pentadbiran Tentera British Brig. Jen. Newbold menyokong pendapat tersebut dengan berkata:”Jika kepentingan kita di Timur Jauh hendak diselamatkan, jentera yang baru mesti diadakan. Jentera sebelum perang sudah tidak cekap dan sudah ketinggalan zaman. Di bawah syarat-syarat di mana kita telah kembali ke Timur Jauh, jentera yang baru adalah diperlukan”.
Dari sini dapatlah diketahui bahawa Perang Anti-British telah menyebabkan kaum penjajah British terpaksa memberikan pemerintahan sendiri dan seterusnya kemerdekaan tahun 1957.

MANIFESTO PARTI KOMUNIS MALAYA


(1 September 1957)

Persekutuan Tanah Melayu telahpun dengan megahnya mengisytiharkan kemerdekaan. Ini adalah lembaran baru dalam sejarah Malaya. Ini bukanlah kurniaan dari sesiapa bahkan adalah buah hasil dari perjuangan yang panjang tempohnya serta susah payah dari berbagai-bagai kaum, berbagai-bagai golongan, berbagai-bagai parti politik dan oleh orang-orang perseorangan. Parti Komunis Malaya telah membayar harga yang mahal dan memberi sebesar-besar sumbangan terhadap perjuangan yang mulia itu untuk kemerdekaan bangsa. Dalam hal ini, Parti Komunis Malaya berserta dengan rakyat seluruh negara pun merayakan dengan meriah juga atas lahirnya kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu itu.

Umum mengetahui bahawa, lahirnya Persekutuan Tanah Melayu itu hanyalah langkah yang pertama dari kemenangan dalam usaha kemerdekaan negara kita, dan masih jauh lagi daripada kemerdekaan yang sepenuhnya. Warisan penjajahan masih mendalam lagi di lapangan politik, iktisad, ketenteraan dan kebudayaan negara kita. Tugas besar dan berat yang bersifat jangka panjang masih terbentang di hadapan kita, iaitu terus berjuang untuk mewujudkan Malaya baru yang merdeka penuh, bebas dan demokratik serta aman dan makmur. Untuk melaksanakan tugas yang besar ini, bukanlah saling berbunuh-bunuhan dan perkelahian dalam negeri, bahkan sebaliknya perlulah adanya perpaduan, persamaan dan saling tolong menolong di kalangan rakyat dari segala kaum di dalam negara kita; bukanlah memberi untung kepada si penjajah, malahan ialah menamatkan peperangan bagi melaksanakan keamanan dalam negeri; bukanlah melanjutkan darurat dan menyekat kebebasan rakyat, malahan mengamalkan demokrasi dan menggerakkan tenaga raksasa rakyat. Dengan terlaksananya perpaduan kebangsaan, kebebasan dan demokrasi serta keamanan dalam negeri itulah syarat yang pokok bagi menciptakan Malaya baru yang merdeka penuh.

Negara kita sedang menghadapi dua persimpangan jalan. Satu di antaranya ialah melalui perpaduan bangsa, menamatkan peperangan dan mengamalkan demokrasi, yang akhirnya kelak akan terdiri sebuah Malaya baru yang merdeka penuh, bebas dan demokratik, aman dan makmur dari usaha bersama oleh rakyat segala kaum di dalam negeri kita; yang satu lagi ialah membiarkan si penjajah melaga-lagakan kaum-kaum Melayu, Tionghua dan India, meneruskan peperangan dan darurat dan menyekat kebebasan rakyat. Akibat dari jalan ini berertilah terus memelihara hak-hak istimewa si penjajah di dalam negeri kita, sementara itu maka Malaya akan tetap diperhamba dan tidak akan dapat memelihara kemerdekaan dan hak kedaulatan dalam hal ehwal luar negeri, dan di dalam negeri pula, Malaya akan berada dalam keadaan berbunuh-bunuhan, kemiskinan dan kemunduran.

Rakyat dari segala kaum di dalam negara kita ini mestilah giat berjuang untuk melaksanakan jalan yang pertama tadi.

Dalam masa yang lampau dan juga dewasa ini, Parti Komunis Malaya telahpun berjuang terus menerus berganding bahu dengan segala kaum di dalam negara kita untuk mencapai kemerdekaan yang penuh, demokrasi, keamanan dan kemakmuran bagi Malaya. Bertalian dengan maksud ini maka kami khususnya mengajukan usul pokok seperti berikut di bawah ini, yang bersendikan atas semangat MANIFESTO PARTI KOMUNIS MALAYA yang telah disiarkan pada tanggal 22, bulan Disember 1955, dan kami dengan ikhlasnya berharap bahawa rakyat segala bangsa di dalam negara kita mahu diterimanya dan mendesak pemerintah supaya dijalankan:

--- Memperkukuhkan dan menyelamatkan kedudukan kemerdekaan negara kita:

Menjalankan dasar luar yang merdeka menentukan haluan sendiri. Aman dan tidak memihak, mengadakan perhubungan diplomatik dengan segala negara. Menentang perang, mempertahankan perdamaian dan jangan mencampuri sebarang ikatan ketenteraan, bersatu dan bekerjasama dengan negara-negara Asia – Afrika; mendorong percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu.

---Menggalakkan perpaduan dan saling bantu membantu di antara orang-orang Melayu, Tionghua dan India serta lain-lainnya. Dengan bangsa Melayu sebagai terasnya, memelihara hak-hak dan kepentingan yang selayaknya bagi segala bangsa di dalam negeri ini.

---Menjamin hak-hak demokrasi dan kebebasan rakyat, membebaskan orang-orang salah politik yang cinta tanah air di seluruh negara; segala parti-parti politik dan badan-badan pertubuhan rakyat yang menumpukan taat setianya kepada ibu pertiwi – Persekutuan Tanah Melayu, haruslah memperoleh kedudukan yang halal.

---Memelihara dan memperkembang perindustrian kebangsaan, pertanian dan perusahaan, memaju dan memperkembang kebudayaan, menjalankan pelajaran yang meliputi, dan memperbaiki kehidupan rakyat.

---Menamatkan peperangan, membatalkan Undang-undang Darurat, dan mewujudkan perdamaian dalam negeri.

Harus dijelaskan, bahawa dewasa ini menamatkan peperangan, menamatkan darurat dan mewujudkan keamanan dalam negeri adalah tugas yang paling mendesak bagi rakyat segala bangsa di seluruh negeri ini. Jika peperangan ini tidak ditamatkan dan darurat tidak diakhiri, maka rakyat dari segala bangsa di negeri kita ini tidak akan mungkin dapt hidup bersama dalam damai, dan negara kita akan terus menderita bencana penjajahan, dan cita-cita suci untuk pembangunan ibu pertiwi kita pun akan menjadi hampa layang.

Parti Komunis Malaya, sejak dari hari tertubuhnya lagi adalah tenaga yang tegas dalam menentang penjajahan dan bertekun kerana kemerdekaan Malaya. Dalam masa pendudukan Jepun, kita berserta dengan rakyat di negeri kita telah melancarkan perjuangan bersenjata menentang Jepun. Sejak dari tahun 1948, Parti Komunis Malaya sekali lagi telah dipaksa melancarkan perjuangan bersenjata menentang penjajah British selama 9 tahun. Peperangan yang seperti itu ialah dipaksakan oleh penjajah British ke atas rakyat segala bangsa di negeri kita serta ke atas Parti Komunis Malaya. Parti Komunis Malaya sejak dari dulu hingga sekarang, tidak putus-putusnya menentang perbuatan berbunuh-bunuhan di antara rakyat dari segala bangsa di dalam negara kita. Parti Komunis Malaya telah tidak putus-putusnya menganjurkan perpaduan di dalam negara kitaa, bersatu padu di antara orang-orang Melayu, Tionghua dan India serta lain-lainnya mengadakan ikatan dari pelbagai golongan di dalam negara kita agar supaya berjuang bersama-sama untuk mencapai kemerdekaan bangsa. Parti Komunis Malaya tidak mahu menyembunyikan kepercayaan dalam cita-cita komunizem, akan tetapi kami sentiasa berpendapat bahawa tugas Malaya dewasa ini bukanlah melaksanakan komunizem dan sosializem, malahan adalah mewujudkan kemerdekaan bangsa, demokrasi, kebebasan, keamanan dan kemakmuran.

Tanggal 22 bulan Disember tahun 1955, Parti Komunis Malaya telah mengeluarkan sebuah manifesto untuk memperjuangkan kemerdekaan, demokrasi dan keamanan Malaya, dan telah menerangkan keinginan yang ikhlas untuk menamatkan peperangan Malaya. Perundingan di Baling telah berlangsung pada hujung tahun tersebut. Semasa perundingan tersebut, wakil dari parti kami, Chin Peng telah sekali lagi mengemukakan usul-usul yang menasabah bagi menamatkan peperangan itu. Yang mendukacitakan ialah, bahawa perundingan itu tidak pun membuahkan hasil, kerana masa itu Malaya belum merdeka lagi. Dari itu, maka peperangan pun berjalanlah terus-menerus.

Akan tetapi, kini Malaya sudah merdeka. Dari itu, Parti Komunis Malaya sekali lagi merayu sebagai berikut:

Tamatkanlah peperangan dengan segera, wujudkanlah keamanan di dalam negeri!

Untuk menghadapi tujuan ini, Parti Komunis Malaya sekali lagi mengeluarkan pernyatan sebagai berikut:

Kami mahu memberhentikan perjuangan bersenjata ini, menumpukan taat setia kami sebagaimana yang dilakukan oleh rakyat-rakyat yang lain di dalam negeri kita terhadap ibu pertiwi - Persekutuan Tanah Melayu dan mengambil bahagian di dalam segala rupa gerakan untuk kemerdekaan, demokrasi dan kemakmuran Malaya, bukanlah dengan cara perjuangan bersenjata atau kekerasan, malahan dengan cara jalan demokrasi di dalam lingkungan batas-batas Perlembagaan. Adalah kewajipan dan hak tiap-tiap warganegara mengambil bahagian di dalam gerakan seperti itu; tidaklah beralasan barang sedikitpun merampas hak yang tersebut tadi dari seseorang warganegara, apatah lagi merampas hak tersebut tadi dari sebahagian warganegara yang telahpun bersusah payah berjuang dan memberi pengorbanan yang gagah berani untuk kemerdekaan tanah air.

Kami yakin bahawa peperangan ini boleh ditamatkan dan keamanan dalam negeri dapat diwujdukan. Adalah sangat merbahaya kepada tiap-tiap bangsa, golongan, parti-parti politik dan orang-orang perseorangan di dalam negeri ini sekiranya peperangan dan darurat akan diteruskan juga. Ini hanya berfaedah kepada si penjajah yang sangat-sangat suka merintangi kemerdekaan, demokrasi, kebebasan, keamanan dan kemakmuran Malaya. Ini sama sekali tak dapat dibiarkan oleh rakyat dari pelbagai bangsa di negara kita.

Bersatulah rakyat segala bangsa di dalam negara kita supaya berjuang untuk menamatkan peperangan, mewujudkan keamanan dalam negeri dan menciptakan negara kita menjadi negara baru yang merdeka penuh, demokratik, bebas, aman dan makmur.

Pada tanggal 1 September 1957

Jawatankuasa Pusat

Parti Komunis Malaya

USAHA-USAHA MENAMATKAN PEPERANGAN


perundingan antara rombongan Kerajaan

Persekutuan Tanah Melayu dengan rombongan

PKM di Baling, Kedah pada bulan Disember 1955

Tahun 1955, pilihanraya umum pertama diadakan. Kaum penjajah British terpaksa memberikan status kerajaan sendiri kepada Malaya. Ini adalah kemenangan pertama perjuangan kemerdekaan Malaya.

Memandangkan perkembangan situasi baru tersebut, Jawatankuasa Pusat PKM telah memutuskan untuk mengadakan perundingan dengan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu bagi menamatkan peperangan, mewujudkan perdamaian dan mengisi kemerdekaan. Chin Peng, Setiausaha Usaha Agung PKM telah menulis surat kepada Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu untuk tujuan tersebut.

Dengan itu berlakulah perundingan meja bulat antara rombongan PKM dan rombongan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu di Baling Kedah pada bulan Disember 1955. Perundingan itu dikenali sebagai Perundingan Baling.

Perundingan tidak mencapai apa-apa kehasilan. Tunku hanya memberikan jalan menyerah diri atau dibinasakan, manakala PKM tidak dapat menerima apapun syarat penyerahan diri kerana ia merupakan suatu pengkhianatan kepada perjuangan kemerdekaan. Dalam perundingan itu, PKM menyatakan sokongan kepada Tunku Abdul Rahmah untuk mengadakan perundingan London dengan kerajaan British untuk kemerdekaan tanah air.

Walau bagaimanapun, PKM menganggap perundingan tak mungkin mencapai persetujuan kerana kuasa pemerintahan masih di tangan penjajah British.

Selepas menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, PKM sekali lagi mengeluarkan Manifesto bertarikh 1 September 1957 menyeru Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu mengadakan perundingan untuk menamatkan peperangan. Akan tetapi, sayangnya Tunku Abdul Rahman menolak untuk mengadakan perundingan. Menifasto PKM tersebut dijawab dengan kempen kepung basmi besar-besaran dan propaganda penyerahan diri dengan pengampunan beramai-ramai.

Sabtu, 2009 Disember 12

PIDATO DR. BURHANUDDIN (1)

Keretangan: Ini adalah kutipan pidato Yang Dipertua Agung PAS, Allahyarham Dr. Burhanuddin Al-Helmy yang disampaikan dalam Persidangan Agung PAS di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, pada bulan Disember 1956. Walaupun pidato ini dibuat sesuku abad lebih dahulu, akan tetapi ia merupakan sebuah dokumen sejarah yang sangat penting yang perlu dipelajari oleh segenap patriot tanah air kita dalam mengharungi pergolakan politik dewasa ini. Antara lain ucapan ini membongkarkan sikap kompromi dan menyerah pucuk pimpinan UMNO terhadap penjajah British dalam soal kemerdekaan, membentangkan cara memecahkan masalah perjuangan bersenjata yang dipimpin Parti Komunis Malaya serta mengumumkan idea pembimbing yang bernilai tentang perlunya tenaga-tenaga patriorik tanah air kita khasnya tenaga-tenaga nasionalis, agama dan sosialis menggabungkan diri demi membela tanah air dan rakyat. Idea pembimbing ini bukannya terbentuk secara kebetulan, tapi telah dirumuskan oleh beliau berdasarkan pengalaman perjuangannya dalam sejarah khasnya ketika memimpin barisan bersatu PUTERA – AMCJA dahulu. Ucapan asalnya sangat panjang. Yang diterbitkan di sini merupakan ringkasan dan sedutan dari pidato tersebut yang telah disiarkan oleh akhbar Utusan Melayu pada 3 haribulan Januari 1957. Tajuk-tajuk kecilnya diberikan sendiri oleh penerbit.

1. Sikap Menyerah Pucuk Pimpinan UMNO Kepada Penjajah

Apa yang harus dibuat oleh pemimpin-pemimpin UMNO itu ialah membetulkan diri sendiri, membetulkan cara-cara perjuangan mereka sendiri. Bukanlah dengan memfitnah orang lain, maka mereka akan dapat memuaskan hati pengikut-pengikut mereka sendiri. Dengan membetulkan diri sendiri, pemimpin-pemimpin itu akan memberikan sumbangan besar kepada perjuangan kemerdekaan tanah air, sebab dengan membetulkan dan memperbaiki diri sendiri, mereka akan dapat menemukan jalan-jalan yang benar dan sesuai untuk memperjuangkan kemerdekaan rakyat, dan ini akan menguntungkan perjuangan kemerdekaan rakyat seluruhnya.

Selalu saja terdengar dari mulut sesetengah golongan UMNO: “Tunggulah hingga tahun 1957. Kita akan bertindak mengadakan perubahan dalam pimpinan. Sabarlah sehingga 1957.” Mereka takut kalau mereka bertindak sekarang mengadakan langkah-langkah memperbetulkan pimpinan-pimpinan merka, maka Malaya tidak akan merdeka dalam tahun 1957.

Sikap ini samalah juga dengan sikap Tunku Abdul Rahman. “Kita harus bertindak sekarang secara yang boleh direstui oleh penjajah, secara yang tidak boleh dicurigai oleh penjajah. Kalau kita bertindak di luar dari garis itu, kalau kita menyakiti hati penjajah, maka penjajah tidak mahu memberikan kemerdekaan kepada kita nanti di tahun 1957”. Sikap inilah yang menyebabkan pengkhianatan moral terhadap perjuangan Mesir oleh pimpinan UMNO. Dengan lain perkataan, pimpinan-pimpinan UMNO mengakui bahawa taktik kompromis, taktik beralah dan menyerah dalam soal-soal yang pokok, mengenai kepentingan rakyat adalah jaminan kemerdekaan tanah air kita. Dengan lain perkataan pimpinan UMNO tidak percaya kepada kekuatan rakyat, tetapi kepada kebijaksanaan pimpinan itu, beralah dan menyerah kepada penjajah.

Dan kalangan-kalangan UMNO yang tidak puas hati kepada kebijaksanaan menyerah dan beralah kepada penjajah yang ada pada pihak pimpinan UMNO sekarang tetapi sebaliknya mau pula menunggu hingga tahun 1957 untuk mengadakan koreksi-koreksi, perbaikan-perbaikan dan perubahan-perubahan kepada pimpinan UMNO itu, adalah sebenarnya bersubahat dengan pimpinan itu dalam taktik menyerah dan beralah kepada penjajah, yang dilakukan oleh pimpinan mereka sendiri sekarang ini.

Rakyat yang jujur kepada perjuangan kemerdekaan bangsa dan tanah air, yang ingin mengabdikan diri kepda kepentingan rakyat seluruhnya, memikul tanggungjawab yang berat dalam parti masing-masing. Mereka hendaknya sentiasa waspada, sentiasa meneliti dan mengawasi perjuangan pemimpin-pemimpin mereka, hendaknya bertindak mengubah dan memperbaiki perjalanan pemimpin-pemimpin mereka bila kelihatan nyata perjalanan dan perjuangan pemimpin-pemimpin mereka tidak setia kepada cita-cita rakyat.

Inilah sikap kita terhadap UMNO. Kita tidak memusuhi UMNO, kerana UMNO adalah mewakili segolongan rakyat yang mahu merdeka. Kita tidak memusuhi UMNO sebagai satu lambang di mana segolongan rakyat kita sendiri berkumpul, bergerak dan berjuang untuk mencapai cita-cita tanah air.

Tetapi kita tidak dapat mendiamkan diri daripada mengkritik, daripada memberikan fikiran dan teguran kita, demi kepentingan rakyat, kerana tegur-menegur, nasihat-menasihati, adalah rukun hidup manusia yang sejati, kerana hanya dengan tegur -menegur, nasihat-menasihati, dapat kita sama-sama membetulkan dan memperbaiki diri kita, dapat kita didorong dengan kekuatan baru, tenaga-tenaga baru ke arah cita-cita bersama.

Rakyat yang berdiri di belakang PAS adalah mempunyai cita-cita yang sama dengan rakyat yang berdiri di belakang UMNO, bahawa tiap-tiap mereka, tiap-tiap rakyat yang berdiri di belakang PAS dan rakyat yang berdiri di belakang UMNO menghendaki satu negara yang bebas merdeka dan berdaulat.

Kalau kita melihat pemimpin-pemimpin UMNO tidak jujur, tidak betul, tidak tegas memimpin rakyatnya, maka adalah kewajipan kita sebagai nasionalis, sebagai patriot, sebagai kawan seperjuangan yang bergerak di bawah lambang perjuangan UMNO, untuk mengkritik, untuk menegur pimpinan UMNO itu.

Demikian juga sebaliknya. Kalau pimpinan kita tidak jujur, tidak ikhlas terhadap rakyat, adalah kewajipan rakyat yang berdiri di belakang UMNO, yang berkumpul di bawah lambang perjuangan UMNO untuk mengkritik kita, untuk menasihati kita.

Kerana banyaklah titik-titiik pertemuan di antara perjuangan kita dengan perjuangan rakyat yang berdiri di belakang UMNO. Dan titik-titik pertemuan itu boleh merupakan satu jaminan yang kukuh, satu pertalian persaudaraan yang kuat yang mengikat kita bersama sebagai satu rakyat tanah jajahan yang hauskan kemerdekaan dan kemuliaan bangsa dan tanah airnya, yang saling kuat-memperkuat, pupuk- memupuk dan dorong-mendorong perjuangan kita bersama.

--- bersambung

----------
catatan: Ucapan Dr. Burhanuddin ini disalin dari Utusan Melayu pada tahun 80an oleh pejabat penerbitan Rejimen Ke-10. Sayangnya teks asal sudah tidak dapat dicari lagi. Kepada sesiapa yang ada menyimpan akhbar Utusan Melayu bertarikh 3 Januari 1956 sila pamerkan untuk dikongsi bersama.

Jumaat, 2009 Disember 11

APA ERTINYA PERJANJIAN JIKA LARANG CHIN PENG?

(Malaysiakini.com)
Lee Ban Chen
Dis 8, 09
6:46pm


Selepas 20 tahun menuntut tanpa henti-henti, fajar harapan Chin Peng untuk kembali ke tanah tumpah darahnya mulai menyingsing apabila bekas ketua polis negara Abdul Rahim Noor secara terbuka mengakui beliau berhak pulang seperti Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani antara PKM dengan kerajaan Malaysia pada 2 Disember 1989.

Sebagai perunding utama yang mewakili kerajaan Malaysia dalam rundingan tersebut, Abdul Rahim dalam wawancara eksklusif Malaysiakini tampil mempertahankan legitimasi setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) untuk kembali, sekurang-kurang menggunakan pas lawatan sosial.

Beliau menegaskan bahawa perjanjian terbabit meliputi seluruh ahli PKM dari lapisan terbawah sehingga lapisan tertinggi. Chin Peng yang dianggap sebagai pemimpin dalam hierarki tertinggi parti itu pastilah tidak boleh diketepikan.

Dijelaskan, ahli PKM yang lahir di Malaya dibenarkan kembali ke Malaysia jika mereka ingin berbuat demikian, dengan syarat pilihan mereka itu perlu dimaklumkan kepada pihak berkuasa terbabit dalam tempoh masa 12 bulan selepas tarikh perjanjian dimeterai.

Kebanyakan bekas ahli PKM (lebih 300 orang) telah dibenarkan kembali ke tanahair dan menetap di negara ini. Mereka diterima sebagai warganegara bertanggungjawab oleh masyarakat tempatan, bertungkus-lumus mencari nafkah dan berkhidmat kepada komuniti dengan cara masing-masing.

Mereka yang mengambil keputusan untuk menetap di Thailand, pangkalan asal perjuangan mereka, juga dibenarkan kembali melalui pas lawatan sosial meski tidak diizinkan tinggal buat selama-lamanya.

Abdul Rahim memberi contoh Abdullah CD, bekas pengerusi PKM dan isterinya Suriani Abdullah yang dibenarkan kembali ke tanahair melalui pas lawatan sosial, mereka malah berpeluang menghadap Sultan Perak.

Pada hakikatnya, ramai lagi pemimpin Melayu PKM, termasuk Musa Ahmad, Shamsiah Fakeh dan Rashid Maidin telah kembali dan menetap di negara ini atau berkunjung sebagai pelancong.

Sudah barang tentu mereka kembali tanpa dikenakan syarat mengemukakan dokumen peranakan seperti yang dikenakan terhadap Chin Peng, dan mereka juga tidak didesak oleh mana-mana pihak untuk meminta maaf dalam apa-apa bentuk sekalipun.

Sukar dipercayai kesudian Chin Peng untuk meminta maaf secara terbuka – jika terbukti ada rakyat tidak berdosa telah dibunuh oleh PKM dalam perbalahan bersenjata tersebut – telah ditolak secara kasar dan angkuh oleh pemimpin Umno.

Jika Chin Peng tidak boleh dimaafkan, kenapa kerajaan merasa sesuai untuk mengikat perjanjian damai dengan pihak beliau untuk menamatkan permusuhan dan perbalahan bersenjata 20 tahun dahulu?

Kerajaan Malaysia sepatutnya mengambil iktibar daripada Chin Peng, bersedia untuk meminta maaf kepada saudara mara ribuan rakyat tidak berdosa negara ini yang telah dibuang negeri, dipenjarakan, malah dibunuh oleh pihak kerajaan yang bersubahat dengan penjajah British.

Sekiranya kerajaan Malaysia telah menjalankan tanggungjawab perjanjiannya – seperti pihak PKM dan kerajaan Thailand, dan Chin Peng tidak dijadikan sasaran sentimen perkauman dan anti-komunis yang diapi-apikan oleh media arus perdana – maka impian nya untuk kembali ke kampung halaman, terutamanya untuk menziarahi kuburan ibu bapa dan ahli-ahli keluarganya, pasti sudah terkabul lama dahulu seperti ratusan rakan-rakan seperjuangannya yang lain.

Memang benar hujah Abdul Rahim bahawa dalam apa-apa perang atau sengketa bersenjata sekalipun, pasti ada kematian dan kecederaan. Jika pihak kerajaan mendakwa angkatan bersenjatanyalah yang mengalami kerugian paling besar, maka pihak PKM juga akan membuat dakwaan yang sama.

Dalam ucapan Chin Peng pada perayaan ulang tahun ke-20 perjanjian damai di Hatyai, mungkin juga ucapan umum terakhirnya, Chin Peng secara ikhlas merayu kepada semua pihak terbabit agar melenyapkan segala permusuhan dengan semangat persefahaman dan pengampunan.

Beliau malah berkabung selama satu minit bagi mereka yang terkorban dalam perang tersebut daripada ketiga-tiga pihak, iaitu angkatan bersenjata PKM, Malaysia dan Thailand.

Beliau memberi nasihat kepada kerajaan agar tidak mencemarkan perjanjian damai Hatyai yang telah diakui dan disokong secara luasnya di dalam dan luar negeri, kerana menolak permintaannya untuk kembali ke pangkuan ibu pertiwi.

Kepada pemimpin kerajaan dan bekas anggota angkatan bersenjata yang menentang hasrat Chin Peng untuk kembali ke Malaysia, Abdul Rahim menasihati mereka agar jangan terlalu emosi, dan perlu memahami tanggungjawab mereka terhadap perjanjian damai yang bertujuan untuk menamatkan segala permusuhan.

Namun amat dikesali, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, tokoh di belakang perjanjian damai Hatyai, mengambil sikap lepas tangan dalam isu tuntutan Chin Peng tersebut yang munasabah di sisi perjanjian.

Katanya, beliau akan bersetuju Chin Peng pulang jika keputusan itulah yang dibuat oleh rakyat. Tidak dapat dinafikan bahawa 20 tahun dahulu, kerajaan membuat keputusan bagi pihak rakyat untuk mengikat perjanjian damai dengan PKM untuk menamatkan permusuhan dan menjalin persahabatan baru.

Setelah 20 tahun selepas termeterainya perjanjian itu, Dr Mahathir masih bercakap tentang keperluan menjelaskan kepada rakyat tentang wujudnya perjanjian terbabit, seolah-olah rakyat masih tidak mengetahui kewujudannya.

Siapakah yang patut dipersalahkan atas perkembangan yang begitu mengecewakan ini?

Yang jadi masalah sekarang, bukan saja menunaikan impian atau hak seorang tua, tetapi berkaitan isi kandungan dan semangat perjanjian damai Hatyai, dan prinsip kedaulatan undang-undang (rule of law) negara kita.

Apakah maknanya sebuah janji yang tidak dikotakan?

KEPULANGAN CHIN PENG: SATU PERJANJIAN, DUA KETIRISAN


Merdeka Review | Lim Hong Siang | Dec 08, 2009 05:57:00 pm


Kerajaan Malaysia gagal menunaikan sepenuhnya Perjanjian Damai Haadyai-nya terhadap Parti Komunis Malaya (PKM), apabila menolak pemohonan Chin Peng untuk kembali ke tanahairnya, malah terus menyerang PKM dengan istilah negatif menerusi alat propagandanya.

Lebih-lebih lagi, kerajaan Malaysia tidak menghantar wakil rasminya untuk menghadiri Majlis Memperingati Ulang Tahun ke-20 Perjanjian Damai Haadyai, sedangkan kerajaan Thai diwakili oleh Timbalan Menteri Dalam Negerinya.

Demikianlah pandangan penganalisa politik, James Wong Wing On ketika mengulas isu kepulangan Chin Peng dalam satu ceramah yang dianjurkan bersama oleh The Rock News, Malaysiakini dan Pemuda Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam. Ceramah yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor ini penuh sesak dengan kehadiran kira-kira 120 orang.

"Dua Ketirisan"

James Wong memetik kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Rahim Noor yang mengakui bahawa PKM telah menunaikan kesemua perjanjiannya terhadap kerajaan Malaysia. Antaranya termasuklah menamatkan perjuangan bersenjata dan membubarkan pasukan bersenjata PKM.

Sebaliknya, kerajaan Malaysia mengingkari perjanjian untuk membenarkan kepulangan semua "Malaysian Origin" PKM ke tanahair, apabila menolak pemohonan Chin Peng untuk kembali ke Malaysia.

Di samping itu, James Wong menganggap kerajaan Malaysia tidak mengawal alat propagandanya dengan baik, terutamanya apabila Utusan Malaysia masih menggunakan istilah seperti "pengganas" untuk menyifatkan PKM. Menurut pemerhatian beliau, buku yang digunakan pasukan tentera telah menukarkan istilah "pengganas" kepada istilah yang lebih neutral, iaitu "pasukan bersenjata PKM" ketika menyentuh sejarah ini.

"Perjanjian bukan sekadar perkataan dalam bentuk hitam putih, tetapi ada semangat di sebaliknya. Itu (istilah pengganas) adalah propaganda ketika itu. Apabila zaman itu telah berlalu, usahlah guna perkataan sebegitu...," katanya.

James Wong menyeru agar pihak kerajaan Malaysia kembali kepada perjanjian, yang melarang agar ketiga-tiga pihak menyifatkan pihak lawan dengan istilah seperti "pengganas", "anjing penjajah", "tali barut special branch" dan sebagainya.

"Semua (ketiga-tiga pihak) adalah manusia. Zaman berperang telah berlalu, ini zaman untuk berdamai... (kita) perlu ada semangat saling memaafkan, dari hati ke mulut!" kata James Wong.

Setelah perjanjian ditandatangani...

Semalam, James Wong (gambar kiri) menekankan betapa pentingnya apabila perjanjian ditandatangani. Beliau berkata, Rahim Noor pernah memaklumkan bahawa apabila rundingan damai dengan PKM bermula di sekitar tahun 1986 dan 1987, sehinggalah ianya ditandatangani pada tahun 1989, tiada suara bantahan dalam kerajaan sendiri.

Maka, James mempertikaikan mengapa bantahan kini dilontarkan kepada seorang tua yang berumur 85 tahun apabila beliau menyampaikan hasrat untuk pulang ke tanahairnya?

Beliau mengibaratkan keadaannya sedemikian, "Katakanlah saya telah bercinta dengan seorang tukang urut yang juga pelacur. Kemudian saya membuat keputusan untuk berkahwin dengannya."

"Selepas 10 tahun, saya nak bercerai dengannya kerana sebab-sebab tertentu. Saya tak boleh guna alasan bahawa dia seorang pelacur 10 tahun yang lalu. Saya telah menandatangan untuk berkahwin dengannya, secara sedarnya bahawa dia seorang pelacur ketika itu. Saya tak boleh ungkit perkara lama..."

James Wong walaupun bersimpati terhadap mereka yang terkorban semasa zaman perang,namun menganggap bahawa kita perlu melihat ke depan. Untuk berlaku adil kepada PKM, ramai juga yang terkorban ketika perjuangan bersenjata untuk menentang penjajah Inggeris dan Jepun.

"Ramai juga antara anggota PKM yang terkorban dan tercedera. Tetapi mereka tidak tampil ke depan mendakwa kaki atau tangan mereka terpatah ketika itu...kerana ia telah berlalu. Kalau asyik nak mengira, sampai bila kita nak mengira?" tanya beliau.

James Wong berpandangan bahawa maruah mereka yang terkorban, sama ada yang mati mahupun cedera perlu dihormati, dengan tidak menonjolkan atau memperbesarkan setelah peristiwa itu berlalu. Untuk James Wong, penonjolan betapa kejamnya seseorang dibunuh hanya akan menjejaskan maruah mangsa.

Asingkan apa yang membezakan...

Malah, James Wong mencadangakan agar perjuangan bersenjata PKM perlu dilihat dalam konteks sejarah. Beliau mengingatkan bahawa parti politik seperti UMNO, MCA, DAP dan sebagainya belum pun wujud pada tahun 1930-an. Maka PKM menjadi pilihan kepada mereka yang ingin menentang penjajah British dan Jepun.

Ketika menjawab soalan nisbah kaum dalam PKM, James Wong menjelaskan bahawa masyarakat kaum masing-masing berbeza pandangan terhadap penjajahan Bristish ketika itu. Beliau berkata, sebahagian masyarakat Melayu cuba "meminjam" kuasa daripada Jepun untuk menghalau penjajah Bristish pada tahun 1941.

Bagaimanapun, serangan Jepun ke China telah mencetus kemarahan masyarakat Cina di Tanah Malaya. James Wong berkata, "Sentimen ini mudah difahami. Lihat apa berlaku sekarang, apabila Amerika Syarikat menyerang Afghanistan, umat Islam di sini turut berkongsi kemarahan. Apatah lagi pada zaman itu, ramai orang Cina di sini masih mempunyai saudara mara di China?"

Keadaan ini menjelaskan mengapa nisbah orang Cina lebih besar dalam PKM, satu parti yang mengambil pendirian yang jelas untuk menentang penjajah Jepun.

James Wong juga mengingatkan agar dibezakan antara serangan "aggressive" dengan "defensive", dan antara "collateral damage" dengan "intentional damage". Maksudnya, serangan untuk menentang penjajahan tidak boleh disamakan dengan serangan untuk menjajah; malah kemusnahan yang disengajakan tidak boleh disamakan dengan kemusnahan yang tidak sengaja.

Beliau bagaimanapun menyanggah tanggapan bahawa hanya komunis yang menggunakan keganasan untuk membunuh mereka yang tidak berdosa, dengan mengambil pembunuhan orang cina oleh British di Batang Kali sebagai contoh, dan Agent Orange yang pertama kali digunakan di Tanah Malaya, sebelum Vietnam.

Apa yang ditunaikan...

Walau bagaimanapun, James Wong tidak menafikan bahawa kerajaan Malaysia telah menunaikan sebahagian tanggungjawabnya yang termaktub dalam perjanjian, seperti membenarkan anggota PKM untuk kembali ke Malaysia dan memulakan kehidupan baru.

Antara anggota PKM yang dibenarkan pulang juga dibenarkan untuk bebas bergerak, menerbitkan memoir dan sebagainya. Justeru itu, dua ketirisan yang tersebut di atas merupakan kecacatan pada pihak kerajaan Malaysia.


*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Melayu.

ARTIKAL TENTANG CHIN PENG YANG BOLEH ANDA BACA

Khamis, 2009 Disember 10

AMANAT DAN FATWA

ADALAH AMAT DUKA CITA DI MAKLUMKAN BAHAWA PERCUTIAN YANG INDAH INI TERPAKSA DI TERUSKAN LAGI KERANA GUA SEDANG SIBUK MENYIAPKAN SATU PROJEK GAJAH PUTIH. OLEH ITU GUA AKAN KEMBALI SEMULA PADA 12 DECEMBER NANTI. NAMUN BEGITU SEBAGAI TIDAK MENGHAMPAKAN PEMINAT MOHD ZAN DURANI ATAU LEBIH DI KENALI SEBAGAI LEBAI SEXS SADIS DI SEBELAH GUA SERTAKAN KUIZ MENEKA WAJAH SIAPA. PEMENANG AKAN DI TOP UP PREPAID OLEH MOHD ZAN DURANY YANG JUGA PENGERUSI PASTI KG TOK LONGKANG SEBANYAK RM10.00.

SILA LAWATI ARTIKAL DI BAWAH JUGA AGAR ANDA TIDAK BISA MENJADI BAHALOL MACAM KETUA DEWAN PEMUDA PAS BATU KAWA
N :


MANIFESTO PKM 1957

PERANG ANTI-BRITISH KESANNYA KE ATAS KAUM PENJAJAH

SIKAP PKM TERHADAP PERUNDINGAN BALING

MENGAPA PERANG MASIH BERLANGSUNG SELEPAS MERDEKA

PERISYTIHARAN DARURAT DAN PERJUANGAN BERSENJATA MELAWAN BRITISH

SOSIALIS HIJAU


Isnin, 2009 Disember 07

AMANAT PENTING

BESOK GUA AKAN BERCUTI SELAMA 2 HARI. DI KESEMPATAN ITU GUA AKAN HANTAQ PC BURUK GUA INI UNTUK DI UPGRADE..... GUA AKAN KEMBALI SELEPAS DARI CUTI... OLEH ITU SILA DATANG BALIK KE BLOG INI PADA 9 DESEMBER 2009. WALAUPUN BEGITU SEMUA EMAIL AKAN GUA BACA DI HP TOUCH LIGHT GUA... BA BAI......

SOSIALIS HIJAU

Fiesta Anak Muda!

Jom sertai Fiesta Anak Muda!

8.30 pagi bermula dengan makan sarapan dan pameran-pameran buku-buku, filem-filem dan sebagainya. Dan seterusnya dengan pelbagai program-program yang beza dan menarik...

Tarikh: 20hb December 2009 (Ahad)

masa: 8.30 pg - 11.30 mlm

Tempat: Dewan Serbaguna Seksyen 5, MBPJ

(dekat dengan Stesen KTM Petaling)

10.15pg - 12.15tgh

Perkongsian Filem: 'GADOH' Aku Bangsa Malaysia

Pengarah dan pelakon-pelakon filem akan menghadiri untuk berkongsi pandangan filem tersebut

2.00ptg - 4.00 ptg

Bengkel - Suara Anak Muda

(cit cat cabaran Anak Muda)

4.00 ptg - 5.30 ptg

Minum Petang bersama dengan pemimpin Anak Muda dan Wanita:

- YB Nik Nazmi Nik Ahmad

(ADUN Seri Setia ),

- YB Gan Pei Nei

(ADUN Rawang),

- Nalini.E

(Koordinator kempen Suara Rakyat Malaysia-SUARAM dan Sekretariat Jaringan Rakyat Tertindas-JERIT), dan

- Hilman Idham

(Pengerusi Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen-KAMI, Aktivis Mahasiswa)

8.30 mlm - 11.30 mlm

Konsert Akustika

- Meor Yusoff Azzidin

- Beeha

- Nik

- Rumah Anak Teater

- Dum Dum Tak

- Thepips

- Mistikus
- Couple

Anak Muda, Seni dan Muzik

Jom bersembang dengan

Mazir, Xifu Nassier (Algebra) dan Lim Ping Seng (binsen)

Makanan Sarapan, tengah hari dan malam disediakan,

kemasukan adalah percuma...

Sila hubungi Shiekh Omar Ali 013-2965724, Ong Jing Cheng 012-7583779 atau Medecci Lineil Repong 016-2208784 untuk maklumat lanjut.

Tolong sebarkan...

Anjuran bersama:

Penggerak Belia Tempatan Zon 12 (PeBT 12)

Penggerak Belia Tempatan Zon 13 (PeBT 13)

ADUN Bukit Gasing, YB Edward Lee

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)

Mantapkan ‘centre left’ lawan ‘centre right’ versi Malaysia

Oleh Zainuddin Mahmud

Apa yang dimaksudkan dengan centre left ialah tengah kiri dan centre right ialah tengah kanan dalam spektrum politik demokrasi. Selama ini tidak timbul kiri atau kanan dalam politik Malaysia. Ini kerana sejak kemerdekaan lagi, politik Malaysia sememangnya didominasi oleh parti kanan, iaitu Umno.

Oleh kerana rentak politiknya sudah kanan, maka sekutu-sekutunya juga terdiri daripada parti-parti kanan yang membentuk Barisan Nasional. Maka parti-parti kiri menjadi kecil dan tidak mampu mencabar Umno. Tetapi seperti juga apa yang berlaku di negara demokratik yang lain, untuk mendapatkan sokongan rakyat, semua parti tidak boleh keras memilih jalan kanan atau kiri. Mereka harus bergerak ke tengah. Tetapi apa yang dimaksudkan dengan tengah itu tidak boleh berdiri sendiri. Ia harus dikaitkan dengan sama ada kanan atau kiri bagi melambangkan sikap serta haluan parti berkenaan.

Maka Barisan Nasional pimpinan Umno merupakan aliran tengah kanan yang selama ini tidak menerima sebarang cabaran politik serius. Hanya dalam pilihan raya tahun 2008, terdapat tanda-tanda bahawa negara ini sedang menuju ke arah sistem dua parti. Maknanya lawan Barisan Nasional iaitu Pakatan Rakyat merupakan pihak tengah kiri.

Dari segi tradisi parti-parti Pakatan Rakyat, mereka sememangnya dari kalangan aliran kiri. Aliran Parti Rakyat Malaysia (PRM) adalah jelas. Parti Tindakan Rakyat (DAP) mempunyai asas aliran sosialisme demokratik. Walaupun Parti Keadilan Nasional yang asasnya merupakan parti kanan tetapi badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang mendokongnya terdiri dari kalangan yang tradisinya kiri.

Baca seterusnya di :

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/30960-mantapkan-centre-left-lawan-centre-right-versi-malaysia

SOSIALIS HIJAU

That complex entity called PAS — Farish A. Noor

NOV 15 — Political parties are, it has to be remembered, complex composite entities. It is common for us to talk about political parties as if they are invested with singular identities and personalities; and we often make the mistake of talking about political parties in the singular, when in fact all political parties are plural entities with plentiful internal complexities and differences.

The Malaysian Islamic Party, PAS, is no exception to the rule, and for that reason we need to be cautious when referring to PAS as if it was a singular person. PAS — like all the parties in Malaysia and elsewhere — is a complex composite entity with a myriad of streams, schools of thought, ideological leanings as well as a colourful history to match.

When PAS was first formed —as a splinter party from Umno, mind you —in 1951, it was led by moderate Islamists like Dr Abbas Elias who were mostly nationalists who were committed to the cause of national liberation and independence. It was during the leadership of Dr. Burhanuddin al-Helmy and Dr Zulkiflee Muhammad (1956-1969) that PAS was the Islamist party that was championing the cause of independence and which gave its support to progressive anti-colonial movements and workers groups both in Malaysia and abroad.

Baca seterusnya di :

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/opinion/breaking-views/43529-that-complex-entity-called-pas--farish-a-noor


SOSIALIS HIJAU

PAS KETURUNAN UMNO - PARTI ANTI KEMERDEKAAN


(Carta di atas menunjukan susur jalur parti-parti politik yang wujud sebelum dan selepas merdeka)- Klik untuk besarkan.
Hari ini ramai yang berbangga mengata hanya parti mereka yang benar2 memperjuangkan hak dan ketuanan rakyat. Yang lebih jenaka lagi mereka sanggup berbohong dan mencandu pengikit mereka dengan mengatakan bahawa parti mereka adalah pejuang kemerdekaan sebenar. Lalu mereka katakan bahawa parti mereka adalah kesinambungan daripada Hisbul Muslimin yang di dirikan di Gunung Semanggol Perak.

Setelah Hisbul Muslimin di haramkan maka di katakan oleh pemimpin mereka bahawa parti merekalah yang menjadi penganti kepada perjuangan ustaz Abu Bakar Bakir. Ini adalah pembonhongan fakta dan sejarah. Sedangkan parti yang memperjuangkan kemerdekaan dan menjadi pewaris kepada kesinambungan perjuangan rakyat di Gunung Semanggol yang masih wujud kini hanyalah Parti Rakyat malaysia (PRM). Inilah satu-satu parti yang di lahirkan sebelum merdeka dan masih kekal sehingga kini walau pun parti ini kini sedang kekurangan zat besi untuk terus hidup.

Selain daripada parti ini yang masih wujud sehingga kini adalah UMNO dan PAS sahaja. Umno di wujudkan oleh British pada tahun 1946 kemudiannya melahirkan anak pertamanya yang di beri nama PAS pada tahun 1951. Kedua-dua parti ini menjadi anak emas British. Selepas merdeka UMNO sekali lagi melahirkan anak keduanya yang di beri nama Semangat 46 namun umurnya tak panjang dan anak bongsu mereka pula lahir pada tahun 1998 yang di beri nama ke ADILan.

Apa yang perlu rakyat tahu bahawa UMNO dan PAS adalah daripada satu keturunan yang sama dan kata orang tua-tua carik-carik bulu ayam akan tetap akan bercantum semula. Parti2 ini tidak pernah menjadi ancaman kepada British malah menurut Subky Latif dalam satu tulisannya pada suatu ketika dahulu hubungan Pas dengan kedutaan america adalah cukup akrab. Parti ini juga langsung tidak pernah terlibat dengan perjuangan kemerdekaan kecuali beberapa orang pemimpinnya seperti Dr Burhanudin, Asri Hj Mudan dan beberapa nama lagi melalui KMM dan PKMM. Pendaftaran parti ini juga hanyalah mengambil masa sehari. Lebih cepat daripada kelulusan pendaftaran UMNO baru.

SOSIALIS HIJAU

Nota: Jangan tanya Ketua Pemuda Pas Batu Kawan sebab dia ni satu haram tak reti apa. Kah kah kah... dalam ertikata lain bodoooooooo.