THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Jumaat, 8 Januari 2010

TERKINI : MEMORANDUM KEPADA KETUA POLIS NEGARA

MEMORANDUM KEPADA

TAN SRI MUSA BIN TAN SRI HJ. HASSAN

KETUA POLIS NEGARA

6 JANUARI 2010

KES PENYEKSAAN ISAI KUMAR

BUKIT AMAN MESTI SIASAT KES DAN DAKWA MEREKA YANG BERTANGGUNGJAWAB

DARIPADA:

PARTI SOSIALIS MALAYSIA (CAWANGAN SEREMBAN)

1273, TINGKAT 2, JALAN RASAH, 70300 SEREMBAN,

NEGERI SEMBILAN

KES PENYEKSAAN ISAI KUMAR –

BUKIT AMAN MESTI SIASAT KES DAN DAKWA MEREKA YANG BERTANGGUNGJAWAB

Kami, yang menandatangani memorandum ini mendesak Ketua Polis Negara membentuk satu Jawatankuasa Khas untuk menyiasat dan mengambil tindakan ke atas anggota polis yang terlibat dalam mendera, menyEksa, mencederakan dan menghina Isai Kumar a/l Sathieyananthan .

Kami telah membuat aduan polis di Balai Polis IPK Seremban pada 17.12.09 setelah Ketua Polis Negeri Sembilan dan Timbalannya tidak mahu berjumpa dengan kami untuk mendengar aduan kami. Kami kemudian telah memaklumkan kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Daerah Seremban DSP Ramlan bahawa kami mahu siasatan ini dilakukan oleh pihak Bukit Aman.

Pada 17.12.09 peguam mangsa N.Surendran telah menulis kepada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dan meminta pihak Bukit Aman membuat satu pasukan khas untuk menyiasat kes ini. Sehingga pihak Bukit Aman belum memberi maklumblas mengenai permintaan kami. Kami juga mengambil keputusan untuk tidak memberi kenyataan kepada mana-mana bahagian polis yang lain.

Latarbelakang

  1. Isai Kumar a/l Sathieyananthan telah ditahan polis untuk siasatan pada 6.12.09 dan kemudian telah direman sehingga 14.12.09 di IPK dan IPD Seremban.

  1. Beliau ditahan di Petronas, Pekan Nilai lebih kurang pukul 9.00 pagi dan dibawa ke IPK Seremban bersama kereta LIMOnya bernombor LIMO 2940 W.

  1. Setiba di sana, dia telah dibawa ke bilik siasatan tingkat bawah dan dipukul serta ditendang oleh enam orang pegawai polis.

  1. Sewaktu itu, seorang polis berpakaian biasa telah menyuruhnya membuka baju dan seluar. Beliau dibogelkan dan selepas itu, dia mengambil gambar kemaluan Isai Kumar.

  1. Beliau kemudian telah dipukul sehingga pukul 4 petang dan tidak diberi makan dan minum.

  1. Selepas itu, pegawai polis telah membawanya menaiki van polis ke IPD Seremban. Setiba disana, beliau dibawa ke bilik siasatan di tingkat bawah. Sewaktu disana, Isai Kumar telah ditendang di muka oleh Inspektor Sobry. Selain itu, beberapa pegawai polis lain juga memukul dan menendangnya. Makanan dan minuman tidak diberi dan dia terus dihantar ke lokap nombor 13.

  1. Keesokan hari 7.12.09, Isai Kumar dibawa ke mahkamah dan telah diberi reman 4 hari. Selepas itu beliau dibawa balik ke IPD Seremban pada pukul 1 petang untuk memberi statement. Insp Sobry telah mengambil statementnya. Sebelum mengambil statement, Insp Sobry telah mengaku tuduhan terhadap Isai Kumar adalah palsu dan dia sendiri mengaku repot pengadu tidak sahih. Selepas mengambil statement Isai Kumar dibawa ke lokap.

  1. Pada 10.12.09, Isai Kumar dibawa ke mahkamah sekali lagi dan remannya disambung 6 hari. Sebelum pergi ke mahkamah Insp Sobry telah mengarah, supaya tidak bercakap dengan Majistret semasa mengambil reman di mahkamah.

9. Beliau terus dibawa balik ke lokap IPD Seremban. Semasa di lokap, Isai Kumar dibawa ke bilik siasatan D7 Korporal bergari belakang dan dipaksa duduk berlutut dengan paip PVC yang diletak di belakang lututnya. Di sana beliau mendapati pengadu yang membuat repot palsu terhadapnya berada di dalam bilik siasatan. Di dalam bilik tersebut terdapat seorang polis perempuan dan tujuh orang polis lelaki.

  1. Di situ Isai Kumar disoal dan semua jawapan yang berinya tidak diterima dan dipukul bertubi-tubi. Pengadu telah berbohong berkali-kali dan Isai Kumar menyangkah segala tuduhannya. Apabila beliau membantah, dia akan terus dipukul dengan paip PVC dan paip getah yang tidak berlubang ditengah.

  1. Polis perempuan yang berada di bilik tersebut, telah memegang rambutnya dan menampar berkali-kali. Selepas itu, dia menendang dada Isai Kumar menggunakan lututnya dan beliau terus terbaring ke lantai. Pegawai polis perempuan itu, duduk di atas dadanya dan memasukkan kasut yang dipakainya ke dalam mulut Isai Kumar. Dia memaksa kasut itu kedalam mulutnya. Isai Kumar boleh rasa kasut itu sudah sampai ke tekaknya.

  1. Sewaktu itu, pegawai polis tersebut mengatakan, mengapa Isai Kumar perlu jumpa pengadu kerana dia (pegawai polis) lebih cantik dan dia cuba menanggalkan tudung dan bajunya.

  1. Dia juga memaki hamun dengan perkataan lucah keluarga Isai Kumar. Selepas itu, pegawai polis perempuan dan pengadu keluar bilik. Lebih kurang 15 min kemudian, pegawai polis perempuan tersebut datang balik ke bilik Korporal D7 dan terus mengoncang kepala Isai Kumar dengan memegang rambut dan mengatakan pengadu itu membuat laporan palsu terhadapnya. Selepas itu, kesemua pegawai polis yang berada di dalam bilik tersebut terus mengatakan pengadu itu membuat laporan palsu.

  1. Kemudian Isai Kumar, dibawa masuk ke lokap semula. Di sana beliau tidak dapat menahan sakit badan dan mendapat demam selsema. Beliau telah meminta ubat, tetapi tidak diberi. Pegawai yang bertugas mengatakan lokap tidak mempunyai panadol atau ubat demam. Semasa dibebaskan dari lokap, Isai Kumar ternampak nombor plet kereta polis perempuan itu iaitu Proton Waja No. MAS 6043.

  1. Pada 11.12.09, Isai Kumar masih demam tetapi masih tidak diberi ubat. Beliau diberi makan, kari ikan. Selepas itu, seorang banduan di lokap itu mengatakan ikan tersebut telah basi. Isai Kumar terpaksa muntah. Beliau tidak diberi makanan lagi walaupun makanan yang diberi itu sudah basi. Pada waktu malam, Isai Kumar telah diberi ubat KK tiga biji kerana masih demam.

  1. Sepanjang di lokap, makanan yang diberi tidak mencukupi kerana di dalam lokap no 13 terdapat 7 orang. Roti yang diberi untuk sarapan pagi hanyalah 3 bungkus sahaja. Semasa mengambil statement, pegawai polis menggunakan kata-kata kesat dan lucah terhadap Isai Kumar.

Setelah beliau dibebaskan, pihak polis telah memberikan satu surat bertarikh, nombor rujukan yang ditandatangani oleh Insp Ahmad Sobri yang dengan jelas dan nyata mengatakan bahawa Isaikumar TIDAK BERSALAH!. Ini dengan ini jelas bahawa mangsa kini telah dibebaskan dari semua tuduhan setelah polis sendiri mengakui siasatan habis.

Pada 17th December 2009, Isai Kumar bersama peguam dan keluarganya telah dilarang memasuki IPK Negeri Sembilan untuk membuat aduan keganasan polis semasa menahannya. Mereka telah dilarang berjumpa dengan Timbalan Ketua Polis Negeri mengenai kes serius ini. Pintu gate utama telah ditutup di IPK dan Mangsa diminta membuat aduan polis yang kemudiannya mangsa membuat aduan polis. Beliau kemudian telah pergi ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Penutup

Kami telah mengenalpasti tidak kurang daripada 23 insiden dimana polis telah salahguna kuasa dan tindakan-tindakan polis juga berunsur jenayah dan kami percaya mereka yang bertanggungjawab boleh didakwa.

Polis juga cuba membuat siasatan berunsur penderaan dan menggunakan cara menyeksa, tidak profesional, tidak senonoh, ugutan secara jenayah untuk memaksa mangsa mengakui satu kesalahan yang tidak pernah dibuatnya.

Tuntutan:

  1. Dalam keadaan kita tidak mempunyai Badan Bebas dan berkecuali untuk menyiasat salahguna kuasa polis, kami mendesak pihak Bukit Aman membentuk pasukan khas untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggugnjawab.

  1. Kami juga berpendirian bahawa pihak IPD Seremban dan IPK Negeri Sembilan tidak mengetuai siasatan kerana kami berpendapat keadilan akan dikompromi.

  1. Kami juga mendesak supaya mereka yang terlibat dalam penderaan ini digantung kerja atau diberi tugasan lain sehingga siasatan tamat.

  1. Kami berharap pihak PDRM memastikan ada CCTV di tempat siasatan dan bukan sahaja di lockup dan ia boleh dipantau oleh polis yang berpangkat tinggi.

  1. Polis juga sentiasa mesti mematuhi prinsip”siasat dulu sebelum tangkap” dan bukan “tangkap dulu dan baru siasat”. Ini akan menyebabkan polis mempunyai tendency untuk memaksa pengakuan daripada OKT daripada menjalankan siasatan lanjut untuk mencari kebenaran.

PARTI SOSIALIS MALAYSIA (CAWANGAN SEREMBAN)

1273, TINGKAT 2, JALAN RASAH, 70300 SEREMBAN,

NEGERI SEMBILAN

Disokong oleh:

1. PARTI SOSIALIS MALAYSIA (PSM)

2. MAJLIS KEPIMPINAN PARTI KEADILAN RAKYAT

3. HUMAN RIGHTS PARTY (HRP)

4. JARINGAN RAKYAT TERTINDAS (JERIT)

5. SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA (SAMM)


6. DEMOCRATIC ACTION PARTY (DAP)

Nota: Dimanakah Pas dalam isu ini? Apakah kerana mangsa bukan berbangsa melayu maka Pas tidak terlibat dalam menyokong memorandum ini? Atau Pas sekarang sibuk nak berdemo hal isu nama Allah?

Tiada ulasan: