30 November, Hadyai : Hotel Lee Gardens hari ini dipenuhi dengan anggota PKM yang juga adalah bekas perajurit TRM. Suatu perayaan besar-besaran untuk memperingati 20 tahun persetujuan damai Hadyai antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Diraja Thailand dan PKM diadakan dengan meriahnya. Pemimpin penting PKM yang menghadiri majlis tersebut ialah Chen Ping, Abdullah C.D., Ah Chen dan Suriani Abdullah. Bekas perajurit di 4 buah kampung perdamaian di selatan Thailand iaitu Kampung Chulabhorn Patana 9 (Banlang, Yala), Kampung Chulabhorn Patana 10 (Betong, Yala), Kampung Chulabhorn Patana 11 (Balok, Yala), Kampung Chulabhorn Patana 12 (Sukhirin, Narathiwat) dan sejumlah besar bekas perajurit yang pulang ke Malaysia yang tergabung dalam Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 telah menghadiri majlis tersebut. Walau bagaimanapun, kerana ruangan perayaan terhad, tidak semua mereka dapat menyertai. Kira-kira hampir 1,000 orang telah menghadiri tersebut.
Baca seterusnya di:
http://matamin02.blogspot.com/2009/12/perayaan-20-tahun-perdamaian-hadyai.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan