Petang kemarin aku melepaskan 35% emosi aku. Macam mana aku nak cerita ya? Macam ni kat rumah aku sejak 7-8 bulan ni di bermasalah bila hujan turun. Sebenarnya pada asalnya bukan rumah aku yang kena banjir tu tapi rumah jiran aku kat sebelah depan tu. Bila hujan sikit je air mesti masuk rumah. Kadang2 tu 2-3 pagi hujan turun depa terpaksa bangun untuk mencurahkan air keluar dari rumah.
Sebagai manusia yang erlagak sosialis aku benarkan depa buat laluan air kedalam parit kat depan rumah aku. Itu pun setelah aku panggil TKM2 si Ramasamy tu mai tengok keadaan yang berlaku dan dia berjanji untuk buat satu longkang yang sempurna bagi selesaikan masalah ini. Sebelum tu aku minta jiran aku ni contact sendiri YB Ong Long Kang agar beliau datang untuk selesaikan masalah ini. Namun begitu walaupun nama YB Bukit Tengah ini Long Kang tapi bukan menjadi perhatiannya untuk melihat segala masalah penduduk yang memberi undi padanya.
Tunggu punya tunggu namun longkang yang di janjikan tidak juga menjelma dan akhirnya kami yang tidak pernah air masuk rumah sebelum ni pula menjadi mangsa bila hujan tiba. Petang kemarin dulu anak buah aku ambil keputusan untuk buat protes dengan mengambus parit yang di gunakan untuk saluran itu. Bila tiba saja lori tanah maka di sinilah bermulanya cerita yang bakal berlakunya pertempuran perang saudara.
Aku sebagai seorang yang semi pro bab menghasut ni telah menghasut kedua-dua belah pihak dengan meminta depa meletakan kesalahan ini kepada YB Ong Long Kang. Hasut punya hasut sampai polis mai. yang bestnya tu polis ni boleh kenai aku... ehh aku ni glamer jugak nooo.. Ishh setahu aku aku tak dak la rekod Jenayah dan yang aku tahu kalau Mat Zan Durany iaitu Pengerusi PASTI kampung aku tu ada la rekod berSMS lucah dengan pompuan... Ala apa yang nak aku takutkan dengan polis tu... aku bukan buat salah pun... Polis tu mintak kami sabaq sat sampai petang esok(Petang kemarin) kerana katanya YB Ong Long Kang nak mai... Aku sekali lagi di depan sarjan polis tu menghasut depa yang ada kat situ agar petang esok(petang kemarin) agar turun ramai2 dan tibai terus si penipu besaq ni. Dengan takburnya di depan polis tu aku hasut suruh depa boh penumbuk saja si Long Kang ni. Ceyyyy nak tunjuk terer la tu... kah kah kah.
Maka petang kemarin seperti yang di janjikan mai la rombongan ADUN kawasan aku tu... Sebagai hero aku keluaq last sekali....Bukan apa nak tengok dulu sapa yang mai. man la nak tau kot-kot dia bawak mai gangster sekali... rupa2nya yang mai tu 2 orang pegawai khas dia si Jordan dan Brader Din Binjai.... Ala tak kan hampa tak kenai Din Binjai.... Haa hampa tengok gambar dia kat bawah ni
Yang baju biru pakai kopiah tu kita punya brader la... Blog dia hampa boleh lawat di sini http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ Tangan dia buat macam tu bukan dia tunjuk penumbuk tapi dia boh tangan kat mulut ala ala Azli Senario buat terkejut dan budak hensem baju putih tu si Jordan dan blog dia hampa lawat di sini http://007malaya.blogspot.com/ . dia ni budak baik tapi pasai dia gang long Kang maka nasib la kena maki dengan aku.
Bila aku bersuara saja aku terus mengeluarkan keemosian aku yang sekian lama aku pendam tu. Kira nak jadi apa jadilah.. menang kalah no2 dan masuk lokap no 3 yang pastinya no 1 mesti kena lepas geram dulu.
Pendekkan cerita selepas mengeluarkan beberapa perkataan kesat yang di gunakkan oleh Mat zan Durany yang juga seorang pelakon watak lebai kat kampung aku semasa dia bersMS lucah dengan tunang orang tu maka selesailah masalah yang di hadapi penduduk selama ini. Brader din kita berjanji akan dapatkan segera peruntukan membuat longkang di sini.
Haa... kalau tak gaduh sampai bila pun tak boleh dapat. Kalau tunggu kucing bertanduk kira tak mustahil jugak tapi kalau nak tunggu Mat Zan menikah alamat sampai ada orang Pas serah anak perempuan depa la untuk dia buat ujikaji.
Apa pun kat sini aku nak mintak maaf la pada Brader Din Binjai dan Brader Hansem Mr Jordan. Bukan apa cuma nak bagi ada suasana protes sikit masa tu. kalau sembang lembut2 orang tak kata protes tapi orang kata ............. kata apa ntah... ikut sukalah nak kata apa pun.
Ini bukan Kg Buah Pala tapi Kg Tok longkang. kampung ku yang aku cintai... kah kah kah
Ni awek mana ni.... Ooo ni la awek dari surat kabar sinar.... dah kawin ke belum? kalau tak kawin aku boleh tolong mengawinkannya kepada diri aku tapi kalau dah kawin hati2 masuk kampung aku takut nanti ada sorang lebai... Dia ni kalau dalat no bini orang je emmmm hampa pi tanya dia sendirilah apa dia buat.......
Kah kah kah.... last2 yang untung Mat Burma yang dok depan rumah aku juga sebab dia yang dapat projek segera ni kah kah kah... Janji masalah selesai...
Begitulah cerita dari aku yang separa garang ni.... kah kah kah .
Sosialis Hijau
Munculnya Ikan Oarfish Petanda Akan Berlakunya Gempa?
4 bulan yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan