THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Rabu, 2 Disember 2009

PKM, Thai telah tunaikan janji, Bagaimana pula Malaysia?

Kerbau dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji. Setelah 20 tahun Perjanjian Damai Haadyai dimeterai antara Parti Komunis Malaya (PKM), kerajaan Malaysia dan kerajaan Thai, sejauh manakah janji yang termaktub dalam persetujuan ini ditunaikan?

Seperti yang dijanjikan, PKM telah menamatkan perjuangan bersenjatanya; kerajaan Thai pula, menghulurkan bantuan kepada anggota PKM untuk memulakan kehidupan baru. Kerajaan Malaysia kini menjadi tumpuan, lebih-lebih lagi apabila mengumumkan bahawa Chin Peng tidak dibenarkan untuk pulang ke tanahairnya.

"20 tahun telah berlalu, kami dengan bangga mengumumkan, pihak Parti Komunis Malaya telah melaksanakan semua janji dan kewajipan yang ditentukan oleh Perjanjian Damai Haadyai," kata IndraVijaya Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Majlis Memperingati Ulang Tahun ke-20 Penandatanganan Persetujuan Damai Haadyai.

Mengimbas kembali sejarah 20 tahun yang lalu, Indra Vijaya Abdullah mendakwa bahawa perjanjian damai tercapai kerana "semua pihak betul-betul ingin menyelesaikan masalah", dan berpegang kepada prinsip ikhlas, samarata, saling menghormati dan sama-sama menang.

Beliau juga mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada kerajaan Thai yang membantu anggota PKM melalui projek Kampung Puteri Chulabhorn, dan menerima mereka sebagai warganegara Thailand.

Baca seterusnya di :

http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=10470

Tiada ulasan: