THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Khamis, 19 November 2009

SAMBUNGAN CERITA AJK PASTI PULAU PINANG-MOHD ZAN BIN DURANY


Semalam aku berjumpa dengan seorang warga kampung aku yang bernama Pak Nayan. Sudah lama aku hendak berjumpa dengannya tetapi kebetulan semalam aku singgah sebentar di kedai makan adik iparnya di Taman Nagasari beliau juga berada di situ.

Pak Nayan yang serba sederhana kehidupanya adalah salah seorang mangsa penipuan kepada Mohd Zan Bin Durany iaitu seorang yang bijak berlakon dengan pakaian Islamnya. Di sebalik jubah dan lebai yang di pakainya terselindung satu sifat yang amat keji dan memalukan. Lebih memalukan Mat Zan yang di anggap suci oleh pemimpin Pemuda Pas Pulau Pinang ini adalah seorang pengerusi PASTI di cawangan dan AJK di peringakat negeri. Bagaimanalah manusia yang penuh dengan sifat keji ini mampu untuk menjadi contoh kepada kanak-kanak yang masih belum kenal erti kehidupan.

Aku mencari peluang untuk mencelah bila duduk semeja dengan Pak Nayan. "Pak Nayan tak pa la duit banyak.... buat nasi lemak untuk orang jual tak ambil duit pun" aku memancingnya dengan sindiran untuk membuka cerita hal Mat Zan ni. "Bukan kaya Ly tapi dah orang nak menipu nak buat macam mana". Kata Pak Nayan memakan umpan yang aku hulurkan. "Dia orang agama tak kan tak reti hukum hakam memakan hak orang lain" sambung Pak Nayan dengan gear 2 bercerita nasib malangnya di tipu oleh Mat Zan. "Berapa banyak yang di tak Bayar pada Pak Nayan?" aku menambahkan bahan pembakar yang berkuasa tinggi. "2ribu rnggit lebih." Katanya sugul. "Ahh itu silap Pak Naya jugak... kenapa masih bekalkan nasik lemak padanya sedangkan dia tak pernah membayar pada Pak Nayan" aku tambahkan pula minyak pelincir. "Mana nak tau Ly kita buat sebab percayakan dia" Pak Nayan membela dirinya.

Sebelum dioloq ini di teruskan lagi aku ceritakan sedikit apakah yang terjadi sebenarnya di sebalik cerita ini. Satu ketika dulu Mat Zan yang juga AJK PASTI Negeri Pulau Pinang kini adalah seorang peniaga kuih di tepi jalan Juru Perai. Setiap pagi beliau akan mengambil kuih dan nasik lemak di beberapa rumah di kampung ku untuk di jual. Antaranya ialah Isteri aku, Kak Salmah, Mi, Mak Nab dan Pak Nayan dalam cerita ini. Hanya Mak Nab saja yang tidak di kencingnya, mungkin kerana kegarangan yang ada pada Mak Nab membuat Mat Zan tidak berani untuk mengencingnya. Kesemua nama di atas telah di kencing oleh AJK PASTI Negeri Pulau Pinang ini. Isteri aku yang membekal bihun bungkus kepadanya juga telah di kencing sebanyak RM345.00 oleh Mohd Zan Duranyyang juga AJK PASTI P.Pinang ini.

Bukan saja pembuat kuih dan nasik lemak yang telah di kencingnya tetapi pekerjanya juga di kencing dengan tidak membayar gaji kepada mereka. Seorang pekerjanya yang bernama Jimi yang ketika itu berusia dalam belasan tahun telah di jadikan barua oleh Mohd Zan Durany iaitu AJK PASTI P.Pinang pada waktu ini. Mat Zan yang sentiasa menjaga standardnya walaupun dia sebenarnya langsung tidak ada standard sebenarnya malu jika orang tahu bahawa dia adalah seorang peniaga kuih. Di jadikan si Jimi yang di tipu ini sebagai kulinya untuk menunjukankan bahawa beliau adalah seorang tokey yang hensem. malang juga nasib .................... Sambung lagi.........

Sosialis Hijau

Tiada ulasan: