THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Khamis, 19 November 2009

JANGAN BINA PELANGI DALAM RIBUT


JARINGAN RAKYAT TERTINDAS ( JERIT)

Sidang akhbar JERIT bersama Ahli Parlimen Sungai Siput

Kenyataan Akhbar: 19 November 2009

JANGAN BINA PELANGI DALAM RIBUT ;MENTERI TIPU DI PARLIMEN

MANA ADA GAJI PEKERJA LADANG RM 1800?

Pada 19 Oktober 2009 YB Datuk Dr Tekhee @ Toko anak Lafe (Mas Gading) telah bertanyakan soalan lisan dimana beliau meminta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menjawab kepada soalan beliau berkenaan pengusaha ladang dan estet yang bergantung kepada industri perladangan dan upah yang diperolehi oleh pekerja. Menteri Perusahaan dan Komoditi pula menjawab bahawa Pekerja Ladang di Malaysia rata-ratanya menerima gaji bulanan antara RM 870- RM 1700 iaitu lebih tinggi dari garis kemiskinan luar Bandar peringkat nasional sebanyak RM 720 sebulan.

Menteri dengan segala imuniti di Parlimen terus mendakwa secara bertulis bahawa penoreh getah menerima RM 870 Manakala pekerja buah kelapasawit menerima RM 1700.

Ini adalah satu penipuan yang besar di Parlimen. Kenyataan bahawa Pekerja ladang mendapat sehingga RM 1700 gaji sebulan adalah satu yang tidak boleh diterima kerana:

i) Ia adalah fakta yang salah dan mengelirukan (misleading)

ii) Ia berniat jahat kerana ini akan menyebabkan Masyarakat pekerja ladang tidak mendapat faedah dari kerajaan kerana mereka diluar garis kemiskinan

Satu kajian serta-merta yang dilakukan oleh kami di beberapa ladang di Selangor dan Perak untuk menyemak kenyataan Menteri di Parlimen ini telah menimbulkan rasa marah dan terperanjat di kalangan pekerja ladang.

Kajian serta merta kami menunjukkan rata-rata penoreh getah , pemotong buah kelapa sawit dan buruh kasar di ladang mendapat gaji kurang daripada RM 700 dan di bawah garis kemiskinan RM 720. Sila rujuk lampiran 1 untuk mendapat gambaran sebenar. Ini jelas menunjukkan data dari Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi adalah satu penipuan besar dan menutup masalah sebenar pekerja ladang yang kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang.

Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML) sebuah gabungan dibawah Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) membidas Menteri kerana tidak bertanggungjawab dan gagal membela kaum pekerja ladang yang telah dikategorikan sebagai masyarakat miskin sejak pengubalan Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1970.

Kami mengutarakan persoalan-pesoalan berikut:

i. Jika gaji pekerja ladang adalah tinggi, mengapa ramai pekerja ladang telah meninggalkan industri ini sehingga kita terpaksa mengambil pekerja asing untuk bekerja dengan sektor ini.

ii. Pada tahun 1996, JSML melancarkan kempen gaji bulanan dan meminta RM 750 setiap bulan, cadangan itu ditolak oleh MAPA yang berkata bahawa ia akan ketidakstabilan dalam perhubungan industri.

iii. Sehingga hari ini, pekerja ladang tidak menikmati gaji bulanan. Cadangan Kajian Univerisiti Malaya pada tahun 2000 yang ditaja oleh MAPA sendiri telah menyarankan pekerja ladang diberi gaji bulanan tetapi kajian ini kemudian telah diklasifikasi sebagai sulit. Kerajaan BN juga tidak ada kewibawaan politik untuk memberi pekerja ladang gaji bulanan. Mereka membuat silap mata dengan memberi “Gaji minima wajib” iaitu satu struktur gaji yang masih berlandaskan struktur gaji penjajah dan masih adalah gaji harian.

iv. Respon Keraaan selama ini adalah mereka tidak boleh campurtangan kerana syarikat ladang adalah syarikat swasta. Namum pemegang saham terbesar syarikat-syarikat ladang ini adalah saham awam dimiliki Kerajaan.

v. Dua tahun yang lalu, pada tahun 2007, MAPA hanya bersetuju untuk memberikan kenaikan gaji sebanyak RM1.40 sahaja sehari untuk pekerja penoreh getah dan pekerja ladang am.

Apakah menteri ingin memberikan nombor-nombor yang cantik supaya boleh menipu masyarakat ladang dan rakyat Malaysia? Menteri kata, pekerja ladang juga menikmati banyak faedah iaitu kemudahan rumah, klinik dan pendidikan pra sekolah kepada anak–anak yang menetap di ladang.

Namun kami membidas bahawa:

i) Skim Perumahan sendiri Tun Abdul Razak 1973 diimplementasi oleh kurang daripada 5% ladang

ii) Hampir 100% klinik ladang tidak dikendalikan oleh doktor berkelayakan. Ia dikendalikan oleh dresser yang membuka klinik tersebut kurang dari 5 hari dalam seminggu. Kajian MMA sebelum ini mengatakan anak masyarakat ladang dikatakan paling banyak menghidap masalah cacing berbanding dengan masyarakat luar bandar yang lain.

iii) Hampir 100% sekolah Tamil di ladang adalah sekolah bantuan modal kerana Kerajaan tidak ada kewibawaan untuk menjadikan sekolah ladang bantuan penuh kerajaan.

JSML-JERIT juga ingin membawa perhatian kepada isu perumahan pekerja ladang . Baru-baru ini Menteri Sumber Manusia YB Dr. S.Subramaniam dalam satu kenyataan akhbar bertarikh 13 Oktober 2009, (Petikan daripada Malaysiakini-Online web portal) menyeru kepada Malaysian Agricultural Producers Association (Mapa) agar menyediakan tabung perumahan untuk pekerja ladang dimana majikan perlu menyumbangkan duit dalam tabung tersebut dan duit itu boleh dikeluarkan oleh pekerja ladang yang sudah bersara untuk membeli rumah sekiranya mereka menepati syarat-syarat tertentu. JERIT ingin menegaskan bahawa, sebenarnya masalah perumahan pekerja ladang ini seharusnya boleh diselesaikan sekiranya majikan dan kerajaan implementasikan polisi-polisi yang sudah sedia ada.

Sejak Rancangan Malaysia Kedua, pihak Majikan telah diminta mengimplementasi skim perumahan untuk pekerja apabila ladang tersebut hendak dibangunkan. Akan tetapi kebanyakan majikan tidak mengimplementasikan polisi ini. Sehingga kini kurang daripada 50 ladang melaksanakannya. Sila rujuk lampiran 2 untuk maklumat penuh kegagalan polisi perumahan pekerja ladang.

Jelas disini bahawa, majikan tidak komited dalam perlaksaanan skim perumahan sendiri untuk pekerja ladang. Maka apa gunanya Menteri minta MAPA adakan dana ini. Bukannya MAPA akan membuatnya. Bukankah lebih baik, Polisi Perumahan Pekerja ladang ini digubal sebagai undang-undang supaya ia mewajibkan syarikat ladang untuk mepraktikkan skim perumahan sendiri.

Cukup sudah penipuan dan pengabaian ini. Sudah 52 tahun masyarakat ladang di Malaysia ditindas. JANGAN BINA PELANGI DALAM HIDUP KAMI.

Kami dari JSML menuntut:

1) Menteri berkenaan meminta maaf, menarik balik kenyataan beliau atau menghujahkan kenyataan beliau di luar Parlimen supaya ia tidak terlindung dalam imuniti Parlimen.

2) Meminta Kerajaan memberikan angka-angka sebenar gaji pekerja dan bagaimana Kerajaan dapatkan angka-angka yang begitu menakjubkan dan tidak masuk akal.Kami tidak menafikan kemungkinan ada pekerja ladang yang pernah dan sedang mengambil gaji lebih RM 1,000 tetapi kebanyakan mereka membuat kerja antara 10 hingga 12 jam.

3) Kami juga ingi bertanya kepada Menteri supaya memberikan jawapan kepada persoalan berikut kerana ia akan mengukuhkan lagi pendirian kami:

i. Berapa banyak ladang di Malaysia sejak 35 tahun yang lalu mengimplentasi Skim Perumahan Sendiri Tun Abdul Razak?

ii. Berapa banyak sekolah ladang adalah bantuan penuh Kerajaan?

iii. Berapa banyak klinik kesihatan Kerajaan ada didirikan di ladang?

iv. Berapa banyak tadika Kerajaan masih beroperasi di ladang?

v. Mengapa pekerja tempatan tidak berminat di sektor ini?

vi. Mengapa kajian Gaji Bulanan oleh Universiti Malaya sehingga hari ini tidak mahu dijadikan umum oleh Kerajaan?

Kalau Kerajaan sekarang di bawah Perdana Menteri Datuk Sri Najib benar-benar komited dengan slogan Rakyat Diutamakan, maka kami tuntut isu pekerja ladang ini diselesaikan segera dan Akta Gaji Bulanan dan Akta Perumahan Sendiri Pekerja Ladang dijadikan undang-undang.

Dikeluarkan oleh

Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang

JERIT


Tiada ulasan: