THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Isnin, 23 November 2009

CHIN PENG MINTA MAAF

MERDEKA REVIEW:

CHIN PENG MINTA MAAF

Lim Hong Siang | Nov 23, 2009 03:22:38 pm

http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=10457

"Chin Peng minta maaf", demikianlah tajuk yang ditonjolkan pada muka depan China Press dan Nanyang Siang Pau pada hari ini. Hampir semua media cetak bahasa Cina menulis semula wawancara Star (akhbar bahasa Inggeris) bersama Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) yang disiarkan pada 22 November ini.

Wawancara yang disiarkan starmag pada Ahad lalu ini bertajukkan "Chin Peng, A prisoner of his past" di muka depannya, dan "So close and yet so far" dalam muka dalamnya; ketika diolah semula oleh media cetak bahasa Cina, masing-masing menonjolkan pengakuan Chin Peng bahawa PKM mungkin pernah membunuh mangsa yang tidak berdosa.

Menjelang ulang tahun ke-20 Perjanjian Damai antara Parti Komunis Malaya dengan kerajaan Malaysia, iaitu Perjanjian Hadyai ditandatangani, ditambah pula luahan hasrat Chin Peng untuk kembali ke tanah air kebelakangan ini, ikon PKM ini sekali lagi menjadi tumpuan media.

Pengakuan Chin Peng

"Mengakui PKM bunuh mereka yang tidak berdosa: Chin Peng meminta maaf buat kali pertama". Demikianlah tajuk muka surat depan Nanyang Siang Pau, malah mengolah semula wawancara Star dengan menonjolkan pengakuan Chin Peng bahawa PKM mungkin membunuh mangsa yang tidak berdosa ketika zaman peperangan.

Walaupun tidak bersetuju untuk "membunuh mereka yang tidak berdosa", tetapi Chin Peng menganggap PKM mungkin melakukan kesilapan dalam "keadaaan tertentu".


"Kalau kami membunuh mangsa yang tidak berdosa, saya meminta maaf. Saya juga meminta maaf kepada keluarga mangsa," demikianlah luahan Chin Peng yang dipetik oleh Nanyang Siang Pau. Setiausaha Agung PKM ini sudi bertanggungjawab terhadap semua tindakan rakan seperjuangannya, tetapi menambah bahawa "mereka sukar membezakan antara yang berdosa dengan yang tidak berdosa di medan perang".

Biarpun Chin Peng telah meminta maaf, tetapi dirinya tidak menaruh harapan agar rakyat memaafkannya. Chin Peng hanya berharap agar mereka dapat mengetepikan perbezaan antara satu sama lain. "Itulahnya peperangan. Itu (berlaku) pada ketika itu. Jikalau anda berkata kami (komunis) membunuh orang, komunis juga dibunuh oleh pasukan keselamatan."

Kebanyakan akhbar Cina menonjolkan pengakuan Chin Peng sulung kali ini sebagai sudut penulisan berita ini.

Hasrat untuk disemadikan di tanahair

China Press yang turut menyiarkan "pengakuan Chin Peng" di muka surat depannya, menonjolkan kedahagaan Chin Peng untuk kembali disemadikan di tanah air Malaysia, apabila berita ini disambung pada muka surat A4. China Press melaporkan bahawa keadaan kesihatan Chin Peng semakin merudum, malah daya ingatannya semakin lemah.


Chin Peng dipetik berkata, "Saya orang tua. Apa lagi yang boleh saya lakukan? Hingga menarik trigger pun tak larat lagi-lah sekarang." Pemohonan Chin Peng untuk kembali ke Malaysia telah ditolak oleh mahkamah sebelum ini, malah Perdana Menteri Najib Abdul Razak juga mengulangi pendirian bahawa kerajaan tidak membenarkan Chin Peng untuk kembali ke Malaysia pada 27 May 2009.

Satu-satunya hasrat Chin Peng adalah untuk disemadikan di Malaysia, tanah di mana beliau dilahirkan dan ibu bapa beliau dikebumikan. Chin Peng berkata, "Saya ialah orang Malaysia. Satu-satunya hasrat saya ialah untuk meninggal di mana saya dilahirkan, dan dikebumikan bersama nenek moyang saya. Ini adalah hak saya dan saya berharap tiada orang menafikan hak saya ini."

Menurut Chin Peng, beliau telah memesan empat orang rakan seperjuangan yang rapat untuk menguburkan abu mayatnya secara senyap-senyap di perkuburan nenek moyangnya, sekiranya hasratnya untuk kembali ke tanah air tetap tidak tercapai ketika beliau meninggal dunia.

Kerajaan mungkir janji

Sinchew Daily pula menulis semula wawancara ini pada muka surat 07, sementara Oriental Daily pula menyiarkannya pada muka surat A10. Berita tersebut tetap ditunjangi "pengakuan Chin Peng", di samping memetik Chin Peng yang mendakwa bahawa kerajaan Malaysia telah memungkiri janji.

Chin Peng menceritakan bagaimana kerajaan berkonspirasi untuk menghalang kepulangannya ke tanah air selepas Perjanjian Hadyai. "Beberapa minggu selepas perjanjian ditandatangani, pegawai kerajaan yang bertanggungjawab membawa saya pulang telah memberitahu saya untuk bertemu di satu tempat, di sempadan Malaysia-Thai. Tetapi apabila saya sampai di situ, pegawai kerajaan tersebut tidak menjelma. Mereka pula mendakwa bahawa mereka menunggu saya di tempat yang lain, namun saya tidak muncul."

Chin Peng menganggap insiden tersebut merupakan muslihat kerajaan untuk menghalang kepulangannya ke Malaysia.

Pemohonan maaf tidak diterima

Walau bagaimanapun, media cetak bahasa Cina tidak memetik kandungan wawancara Star bersama bekas Menteri Penerangan Zainuddin Maidin, bekas IGP Hanif Omar, bekas Superintendent of Special Branch Paul Kiong dan bekas L/Kpl Suparman Taib yang menolak keras kepulangan Chin Peng.


Laporan yang berjudul "Apology not accepted" ini disiarkan bersama wawancara Chin Peng, mengulangi hujah bagaimana kepulangan Chin Peng akan mencungkil dan menyinggung perasaan mangsa dan keluarga mangsa.


*Kaleidoskop adalah "digest" kandungan akhbar bahasa Cina. Akhbar yang dirujuk bertarikh 23 November 2009, berkisar pada wawancara Star bersama Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM).

Tiada ulasan: