Disini adalah di siarkan Bahagian kedua dari siri PAS MENYOKONG AKTA ZALIM ISA.
Ucapan Ahmad Boestamam (Presiden Parti Rakyat) – Ahli Parlimen Setapak Di Parlimen tahun 1960 sewaktu membahas usu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di bentangkan.
Bahagian pertama siri ini boleh di baca di
http://greensocialis.blogspot.com/2009/11/normal-0-false-false-false.h
Siri permulaan juga boleh di baca di http://greensocialis.blogspot.com/2009/11/peristiwa-memali-warisan-kezaliman.html
Ucapan Allahyarham Amad Boestamam ini adalah selepas daripada beberapa orang ahli parlimen Perikatan/British berucap menyokong usul ini. Dalam bahagian ketiga dari siri ini adalah ucapan daripada Timbalan Yang Di Pertua PAS Pusat ketika itu Allahyarham Zulkifli Mohamad.
Tuan Yang di-Pertua, dalam mengemukakan Internal Security Bill ini tadi Menteri Pertahanan menerangkan kapada kita tujuan-nya yang pertama untok menentang subversive dan yang kedua untok menentang bahaya dalam negeri, erti-nya Undang2 Keselamatan
Dalam Negeri ini terbahagi atas dua bahagian.
Tuan Yang di-Pertua, bahagian yang pertama dari undang2 ini menyentoh beberapa soal yang menurut anggapan saya bukan-nya untok menegakkan demokrasi akan tetapi untok menghanchor-
leborkan demokrasi. Tuan Yang di-Pertua, bahagian yang pertama
dari undang2 ini berhubong dengan larangan menggunakan pakaian saragam— uniform. Di-sini di-sebutkan "The Minister may from time to time" erti-nya Minister boleh dari sa-masa ka-samasa kalau "in the opinion of the Minister" menggunakan uniform itu membahayakan keselamatan dalam negeri. Tuan Yang di-Pertua, perkataan "in the opinion of the Minister" dan "may from time to time" ini menunjokkan
menggunakan uniform salah—ia, katakan menggunakan uniform itu salah bagi sa-siapa juga pun. Tetapi tidak, "may"—boleh, kalau "in the opinion of the Minister " dan di-sini menimbulkan kewas-wasan dari saya. Mungkin, Tuan Yang di-Pertua, "in the opinion of the Minister" pakaian sa-ragam tidak salah dan tidak membahayakan
tidak membahayakan keselamatan umum tidak di-haramkan. Kalau mahu mengharamkan penggunaan uniform, haramkan dia dengan tidak memberi kuasa kapada Menteri memikirkan memberi bahaya kapada keselamatan umum atau tidak-nya.
Tuan Yang di-Pertua, cheraian 7:"The Minister may, if he considers it in the national interest so to do, by order prohibit the manufacture, sale, use, wearing, display or possession of any flag, banner, badge, emblem, device, uniform or distinctive dress or any part thereof."
Tuan Yang di-Pertua, soalan yang pertama timbul di-sini, apa-kah istilah national interest itu, apa-kah istilah kepentingan kebangsaan ini. Di-sini, Tuan Yang di-Pertua, ada tersebut bendera, banner, badge. Ini ada-kah bendera atau banner Kominis umpamanya yang sudah memang haram? Tetapi kalau mengikut istilah ini bendera
Tuan Yang di-Pertua, saya berchakap tentang preventive detention ini sa-bagai sa-orang yang mempunyal pengalaman. Saya melihat,
is necessary so to do, the Minister shall make an order— (a) directing that such person be detained for any period not exceeding two
Tuan Yang di-Pertua, di-sini tidak ada ternyata apa-kah sa-saorang itu boleh di-tahan terus atau tempoh tahanan itu di-teruskan, sebab pengalaman saya waktu saya di-tahan dahulu juga tempoh tahanan itu tidak sampai dua tahun, tetapi bila direview apa yang datang kapada saya "CD." bukan "Corp Diplomatic",
Tuan Yang di-Pertua,
tetapi "continued detention" (Ketawa). Dua tahun, sesudah dua tahun
sa-tiap orang yang berkata menyalahkan pemerentah. Sa-saorang itu
merbahaya bagi keselamatan umum, bukan-kah lebeh baik membenarkan dia berchakap dalam rapat umum dalam public meeting, supaya di-situ dapat kita buktikan benar tidak-nya dia membahayakan keselamatan umum itu? Kalau dia berchakap mari kita memberontak mithal-nya, dengan tidak payah menggunakan sharat ini tindakan pemerentah tentu-lah dapat di-lakukan atas-nya.
public interest that such direction should be revoked." dia sudah di-tahan, dan Menteri sudah puas hati dia boleh di-bebaskan dengan di-kenakan sharat2; akan tetapim sharat2 itu boleh di-tarek semula kalau dia menentang keputusan ini atau— " that it is necessary in the public interest that such direction should be revoked." public interest, national interest dan entah apa lagi. Dan sa-sudah Menteri itu sendiri mengenakan sharat2 itu dia akan revoke balek. Tidak-kah ini aneh? Dan berkenaan dengan "security risk" ada baik-nya kalau kita meninjau kenyataan sa-saorang itu di-tahan dan kita tanya kenapa dia di-tahan? Kerana security risk. Tetapi, semalam sa-orang itu di-tahan berhubong dengan security risk maka hari ini dia dibebaskan
Tuan Yang di-Pertua,
berkenaan dengan Advisory Board. Pada zaman dharurat dahulu ada juga satu Committee of Review. Committee of Review atau Advisory Board yang datang-nya dari orang yang boleh menjadi Hakim. Kalau dahulu waktu Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ini belom di-pinda, kehakiman ada-lah satu badan yang bebas, satu badan yang tidak tundok atau tidak di-kuasai' oleh pemerentah, tetapi sekarang
sa-sudah pindaan perlembagaan di-adakan yang meletakan kehakiman itu bersangkut paut dengan pemerentah, maka kedudokan Advisory Board itu jauh lebeh tidak ada guna-nya daripada kedudokan Committee of Review dalam Undang2 Dharurat dahulu itu. Committee of Review yang dahulu ada kebebasan-nya (independent), ada kemerdekaan-nya, kita boleh perchaya, kalau tidak 100 peratus, 50 peratus, kerana Hakim2 itu tidak tunduk kapada
pemerentah, tetapi sekarang, Advisory Board ini mungkin, kerana kehakiman
sekarang di-kuasai oleh pemerentah, menjadi Advisory Board yang tidak sama sa-kali dapat menunjokkan kesama tengahan-nya. Walau pun,
Tuan Yang di-Pertua, Advisory Board ini dapat kita katakan orang yang akan menunjokkan sikap kesama tengahannya, tetapi Advisory Board ini mengikut Perlembagaan ini tidak mempunyai kuasa langsong, sebab di-sini ada dinyatakan: "Upon considering the recommendations of the Advisory Board under this section the Yang di-Pertuan Agong may give theMinister such directions, if any, as he shall think fit regarding the order made by the Minister; and every decision of the Yang di-Pertuan Agong thereon shall, subject to
the provisions of section 13, be final, and shall not be called into question in any Court." Jadi, Tuan Yang di-Pertua, Advisory Board ini sa-mata2 hanya suatu lembaga yang mahu menunjok2kan demokrasi negeri ini tetapi satu lembaga yang tidak mempunyai kuasa langsong untok menentukan, apa-kah sa-saorang yang di-tahan itu patut di-bebaskan atau tidak? Dia hanya boleh memberi
nasehat, tetapi nasehat-nya itu tidak di-katakan "mesti" di-terima.
Tuan Yang di-Pertua, cheraian 16 berbunyi: "Nothing in this Chapter or in any rules made thereunder shall require the Minister of any member of an Advisory Board or any public servant to disclose facts or to produce documents which he considers it to be against the national interest to disclose or produce." Ayat yang demikian ini ada dalam Undang2 Dharurat dahulu. Kalau ayat yang demikian ada dalam Undang2 Dharurat dahulu mungkin dapat kita ma'afkan, sebab waktu dharurat. Waktu kominis mengganas dahulu orang menggunakan kekuatan senjata, tembak sana-sini, memang keselamatan sa-saorang itu tidak terjamin, tetapi, Tuan Yang di-Pertua, sa-sudah dharurat tamat, kita kembali kapada undang2 yang biasa di-negeri ini. Saya tidak nampak, kenapa sebab2 ini harus di-adakan? Kita harus takut apa? Pemerentah harus takut apa? Apa-kah pemerentah takut kapada 1-2 orang yang barangkali mempunyai
senjata? Di-belakang pemerentah berdiri polis dan tentera, kenapa takut membuktikan kesalahan sa-saorang itu? Apa-kah ketidak sanggupan itu kerana tidak ada bukti, tidak ada keterangan pada tangan pemerentah untok membuktikan sa-saorang itu salah, maka di-adakan sharat ini? Dan bila ada sharat2 ini, kerana pemerentah
tidak payah hendak menunjokkan bukti2, maka perkara yang sewenang2 dapat berlaku. Tetapi kalau pemerentah di-kehendaki menunjokkan bukti atas kesalahan yang di-kehendaki, maka
mahu tidak mahu, baharu-lah dapat di-pastikan sa-saorang itu patut ditahan atau tidak. Berkenaan dengan "Special Powers relating to Subversive Publications", di-sini Menteri yang bertanggong jawab
dalam perchetakan (printing) boleh mengharamkan perchetakan2 itu ia-itu ada di-nyatakan jenis perchetakan yang boleh di-haramkan dan menyatakan dalam Government Gazette, perchetakan
ini, bahagian ini tidak boleh. Dalam cheraian 23, di-nyatakan sasaorang itu boleh mengemukakan bantahan (objection) terhadap keputusan Menteri yang menjaga soal perchetakan ini tadi dalam tempoh satu bulan kapada Yang di-Pertuan Agong, dalam cheraian ini mengatakan :
" . . . whose decision thereon shall be
final and shall not be called into question
in any Court."
Apa erti-nya objection ini? Dia boleh menghantar bantahan atas keputusan Menteri yang menjaga soal perchetakan ini, tetapi segala keputusan, terserah kapada Yang di-Pertuan Agong, dan
ini tidak boleh di-chabar dalam mana2 Mahkamah. Sa-sudah sa-saorang itu membantah sikap Menteri itu, kenapa ini tidak di-dengarkan dalam Mahkamah terbuka supaya dapat di-pastikan
siapa benar dan siapa tidak? Pada akhir-nya, Tuan Yang di-
Pertua, berkenaan dengan kuasa polis. Dalam cheraian ini di-sebutkan: saorang Pegawai Polis yang di-bawah pangkat Inspector boleh melakukan penangkapan dengan tidak ada menggunakan
warrant. Kalau dalam masa dharurat hak yang demikian itu diberikan
kapada polis menangkap sasaorang dengan tidak ada warrant,
barangkali dapat di-ma'afkan, tetapi dalam masa ini—dalam masa dharurat tidak ada, kenapa sa-orang Pegawai Polis itu tidak di-beri warrant untok melakukan penangkapan, pemereksaan, pengelidahan dan lain2? Tuan Yangdi-Pertua, saya menganggap bahawa kuasa yang ada kapada Pegawai Polis sekarang ini sudah terlalu luas, dan
PERBAHASAN AHMAD BOESTAMAM PADA 21 JULAI 1960 DALAM USUL KERAJAAN UMNO/BRITISH MEMBENTANGKAN AKTA ISA.
Bersambung….(Ucapan wakil PAS Zulkifli Mohamad)
SOSIALIS HIJAU
Tiada ulasan:
Catat Ulasan