THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Isnin, 23 November 2009

PAS SOKONG UNDANG ZALIM ISA - Bahagian Pertama


SEBELUM AKU MENERUSKAN TULISAN MENGENAI AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI DI BAWAH INI AKU MASUKKAN DULU UCAPAN TIMBALAN PERDANA MENTERI PADA KETIKA ITU SEWAKTU MEMBENTANGKAN AKTA TERSEBUT.


Tuan Yang di-Pertua, saya suka hendak terangkan sedikit berkenaan dasar Rang Undang2 ini. Saperti Ahli2 Yang Berhormat ketahui bahawa Kerajaan berchadang hendak menamatkan Dharurat yang ada pada ketika sa-sudah 121/2 tahun lama-nya ia-itu akan tamat pada 31 haribulan July, oleh itu mustahak-lah di-adakan Rang Undang2 termasok-lah Rang Undang2

Keselamatan dalam Negeri atau Internal Security Bill. Saperti yang telah diterangkan kerap kali bahawa sunggoh pun Dharurat akan tamat pada 31 haribulan July ini, tetapi musoh ia-itu

pengganas komunis maseh lagi ada dinegeri kita di-antara sempadan Tanah Melayu. Sudah saya terangkan tadi lebeh kurang 580 orang lagi pengganas komunis di-sempadan Tanah Melayu

dan barangkali 90 orang lagi ada dalam negeri Tanah Melayu. Jadi, mustahak-lah kita mengadakan satu undang2 supaya dapat Kerajaan meneruskan serangan terhadap pengganas2

komunis ini supaya dapat dihapuskan dengan seberapa segera. Begitu juga oleh sebab musoh maseh ada dalam negeri kita yang mana musoh itu di-sebabkan dan memikirkan 1191 21 JUNE 1960 1192 ang mereka itu telah kalah dalam peperangan yang akan menjalankan seberapa usaha tenaga-nya dengan chara meresap subversive hendak menjatohkan Kerajaan negeri ini dan

hendak merosakan keamanan. Oleh sebab itu, mustahak-lah kita mengadakan

undang2 bagi menchegah atau melawan anasir2 subversive itu. Undang2 atau Rang Undang2 yang ada ini bertujuan satu bagi hendak menjalankan peperangan di-sempadan

antara Tanah Melayu dengan Siam supaya pengganas komunis akan dihapuskan dengan segera. Kedua, hendak menchegah anasir2 pengganas Komunis yang ada dalam negeri ini yang menjalankan pekerjaan dengan chara meresap atau subversive. Berkenaan dengan bahagian yang kedua Rang Undang2 ini ia-itu bagi melawan pengganas komunis di-sempadan Siam,

dan oleh sebab peperangan akan diteruskan maka terpaksa-lah di-adakan kuasa2 yang banyak sedikit pada pehak Kerajaan dan pehak tentera dan juga pehak Polis bagi menjalankan tugas

mereka itu. Oleh sebab itu-lah di-dapati bahagian yang kedua dalam Rang Undang2 ini ada kuasa yang besar itu di-beri sa-tengah dari pehak Kerajaan dan pehak pegawai2 tentera, akaN tetapi kuasa itu hanya-lah boleh digunakan dalam kawasan2 yang tertentu yang telah di-istiharkan menjadi security areas, dan Kerajaan hendak menjadikan di-kawasan sempadan

Siam ia-itu kawasan2 di-sebelah utara negeri Perlis sebelah timur negeriKedah di-utara negeri Perak dansebelah barat negeri Kelantan. Kawasanyang lain tidak akan di-jadikan

security area.Jadi, kawasan yang kedua dalamRang Undang2 ini akan di-gunakandalam tempat yang tersebut sahaja.Berkenaan bahagian yang pertama dalamRang Undang2 ini sa-bagaimana

yang saya katakan tadi bahawa kuasayang di-kehendaki itu supaya hendak menchegah anasir2 subversive yang adadalam Tanah Melayu ini. Dan fasalyang mustahak sekali dalam bahagian

ini ia-lah bahagian Fasal 8 berkenaan dengan kuasa hendak mempertahankan

orang yang di-fikirkan merbahaya kapada Keselamatan dalam Negeri.Saya suka terangkan di-sini Kerajaan tidak suka hendak memberi perentah supaya sa-saorang itu di-tahan, akan tetapi oleh sebab di-fikirkan kadang2mustahak kerana keselamatan negeri,maka terpaksa di-gunakan kuasa ini,dan apabila sa-saorang itu telah ditahan,Kerajaan berusaha supaya mereka itu dapatdi-lepaskan dengan sa-berapa segera. Semenjak tahun 1957 hampir 200 orang tahanan telah

di-keluarkan, bagitu juga orang yangdi-tahan sekarang apabila Kerajaan berpendapat mereka itu tidak lagi merbahayakan kapada keselamatan negeri dan mereka itu benar2 ta'at setia kapada negeri ini, mereka itu akan di-lepas dan di-bebaskan dengan saberapav segera. Jadi itu-lah chara-nya Kerajaan menjalankan kuasa yang ada di-dalam tangan Kerajaan pada masa yang telah lalu. Dan saya boleh memberi akuan kapada Dewan inibahawa kuasa2 yang akan di-beri

kapada Kerajaan akan di-gunakan dengan chermat-nya dan dengan samata2

memikirkan kapada kepentingan dan keselamatan negeri. Oleh itu, saya harap Ahli2 Yang

Berhormat akan memberi sokongan kapada Rang Undang2 ini.


Ucapan di atas adalah pembentangan akta tersebut pada 21 jun 1960 bagi mengantikan undang 2 darurat oleh Abdul Razak Husin timbalan perdana menteri merangkap menteri pertahanan pada ketika itu.


SOSIALIS HIJAU

Tiada ulasan: