THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Ahad, 29 November 2009

BADAN CHIN PENG DI PASANG BOM JANGKA

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hwa adalah seorang pimpinan tertinggi Parti Komunis Malaya iaitu parti pertama di tubuhkan di Tanah Melayu. Beliau di lahirkan pada 21 oktober 1924 di Setiawan Perak dan pada usianya 23 tahun beliau telah di lantik untuk memegang jawatan tertinggi parti setelah setiausaha agung partinya di bunuh kerana merupakan seorang ajen perisik 3 kepada pihak penjajah. (jika jawatan no 1 PKM boleh menjadi perisik apalah nak di hairankan jika seorang Yang di Pertua Pas kawasan menjadi perisiK).

Kini usianya sudah melepasi umur 85 tahun setahun lebih muda daripada pengerusi parti itu iaitu Bapak Abdullah CD yang di lahirkan pada 2 oktober 1923 dan setahun lebih tua daripada matan perdana Menteri Dr mahathir Bin Mohammad.yang bakal menyambut ulangtahun ke 84 kelahirannya pada 20 December ini.

Lihatlah betapa 3 orang tokoh negarawan ini Allah panjangkan usia mereka dalam keadaan mereka masih sihat (walaupun sedikit uzur kerana faktor usia) Sedangkan kawan-kawan yang seumur dengan mereka seperti Ghafar baba,(umurnya sama Dr Mahathir, Samad Ismail, Rashid Maiden, Ahmad Boestamam (jika masih hidup usianya 89tahun), Shamsiah Fakeh(sama umur dengan Chin Peng) dan lain2 telah pun pergi mengadap ilahi.

Pada hari ini setelah termeterinya perjanjian damai di Hatyai 20 tahun lalu telah timbul bagaimana pemimpin parti komunis Malaya ini masih belum berkesempatan untuk pulang ke Tanah Air sedangkan sewaktu perjanjian damai tersebut adalah di sebut bahawa semua anggota bersenjata komunis di benarkan pulang ke tanah air mereka setelah mengikuti beberapa syarat yang di kenakan. Malah di dalam perjanjian tersebut juga di sebut bagi anggota komunis yang bukan daripada warganegara Malaysia juga di benarkan untuk menetap di Malaysia jika mereka mahu. Mereka juga telah di janjikan dengan memberi kad pengenalan sebagai tanda menjadi warga negara Malaysia.

Ramai yang telah mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia dan ada yang masih mahu terus menetap di selatan Thailand namun begitu mereka adalah bebas untuk keluar masuk antara Malaysia dan Thailand mengikut undang2 yang sedia ada. Shamsiah Fakeh dan suaminya yang pada ketika perjanjian damai itu di menterai berada di negeri China juga akhirnya di benarkan pulang setelah beberapa kali membuat permohonan dan akhirnya menghembus nafas terakhirnya di bumi Malaysia setahun lalu. Malangnya sehingga kini Chin Peng orang yang menandatangani perjanjian damai antara kerajaan Malaysia dan PKM itu sendiri tidak di benarkan pulang ke Tanah air.

Tiada apa yang patut kita rasa pelik dengan sikap kerajaan Malaysia hari ini. Kerajaan UMNO di setiap kebaikan yang di buat sudah pasti ada kejahatannya dan begitu jugalah dengan setiap kejahatan yang di buatnya sudah pasti yang ada juga kejahatan. Walaupun perjanjian Damai antara PKM dan Kerajaan Malaysia di sambut baik oleh semua rakyat tetapi sebenarnya di sebalik itu tetap tersembunyi seribu muslihat pihak kerajaan yang di kepalai UMNO ini. Apakah nilai yang ada dengan janji janji UMNO yang masih kita harapkan. Jika perjanjian dengan kerajaan negeri yang sah di pilih rakyat boleh di kelentongnya hanya kerana kerajaan negeri itu di bawah pentadbiran pakatan Rakyat apatah lagi dengan chin peng yang partinya tidak pernah mendapat pengitirafan undang2 di Malaysia ini.

Isu Chin Peng dan PKM adalah bom jangka yang telah di pasang sejak sekian lama oleh British dan anak didiknya UMNO untuk mempertahankan perkauman yang selama ini menjadi benteng kepada penguasaan politik mereka di Malaysia. Benteng perkauman adalah antara 3 benteng yang di gunakan UMNO untuk terus berkuasa selain daripada benteng Raja dan Agama. Menyedari tembok perkauman ini hampir runtuh pada PRU yang lalu, UMNO berusaha keras untuk membinanya kembali bagi meneruskan suvival mereka di persada politik malaysia. Sudah pastilah UmNo masih mampu bertahan apabila sempat bersembunyi seketika di sebalik benteng keduanya iaitu raja-raja melayu.

Untuk terus menghidupkan semangat perkauman bom jangka yang telah sekian lama di pasang akan mereka gunakan bila-bila masa yang terdesak.. Nah inilah bom jangka mereka yang mereka rasa akan terus untuk mendapat kembali sokongan orang melayu. CHIN PENG orang No 1 Parti Komunis Malaya yang kebetulan seorang yang berbangsa cina.

Siapa Chin Peng dari pandangan mata orang melayu?

Mungkin bagi generasi milinium ini siapa Chin Peng dan ada apa dengan Chin Peng bukan lagi menjadi idola mereka. (Kecuali anak aku sebab dari umur 4 tahun sudah aku beritahu kepada mereka bahawa Chin peng adalah hero Malaya). Namun jika kita bangkitkan persoalan siapa Chin Peng kepada generasi saluran 1 – 3 apa yang anda akan dengar dari mulut mereka adalah Chin peng adalah seorang komunis yang telah membunuh ramai orang melayu. Apakah jawapan yang mereka beri ini akan di kira salah jika iannya adalah soalan peperiksaan SPM? Jawapan ini adalah betul kerana pendidikan sejarah yang di ajar kepada kita adalah berlandaskan perasaan bukannya bersandarkan kepada fakta. Oleh itu jawapan yang mengambarkan keburukan chin peng yang jika di tanya kepada orang melayu saluran 1-3 adalah benar dari segi apa yang mereka dengar.

Pernahkan anda dengar ucapan dari seseorang yang berbangsa melayu ungkapan seperti ini? - “Orang cina ni jahat macam komunis” Sudah pasti anda pernah mendengarnya malah anda adalah salah seorang pentuturnya. Mengapa mereka menyamakan kejahatan itu dengan komunis dan mensinonimkan komunis itu dengan orang cina? Sebenarnya inilah bahan peledak yang terdapat di dalam bom jangka yang mereka pasang itu iaitu cina dan komunis.

Apabila Chin Peng mengemukakan hasratnya sekali lagi untuk pulang ke tanah airnya maka ini sebenarnya adalah perkara yang amat-amat di nantikan oleh kerajaan UMNO. Alasan untuk menekan punat bom tersebut adalah cukup kukuh iaitu dengan membakar semula api perkauman. UMNO merasakan inilah masanya untuk membawa kembali sokongan orang melayu kepada parti. Rakyat akan di sumbat dengan segala kejahatan komunis dan sudah pastilah yang di beri gambaran kepada rakyat ialah komunis itu adalah orang cina. Dengan membakar semangat perkauman ini umno berharap orang melayu tidak akan lagi menyokong Parti-parti seperti DAP dan PKR dan PAS pula akan di gambarkan sebagai boneka kepada DAP yang sinonim dengan kaum cina itu.

Namun begitu strategi UMNO sebenarnya akan memakan diri mereka sendiri. UMNO masih merasakan bahawa rakyat hanya boleh menbaca sejarah daripada buku sejarah tingkatan 3 sahaja. Umno terlupa bahawa rakyat pada hari ini sudah tidak lagi boleh di lalaikan dengan cerita dongeng di dalam buku Mastika atau kisah cerita Mat Skinhead makan sampah. Isu Chin Peng akan terus membuat generasi hari ini bertanya sipakah Chin Peng? Mereka tidak akan membuat rujukan dengan membelek kembali buku sejarah tingkatan3 tetapi mereka akan mencari sendiri jawapannya di dalam buku memoir Chin Peng

Sesungguhnya kuasa Allah telah melanjutkan usia pemimpn tertinggi kedua2 parti ini. Perjanjian damai telah di tandatangai dengan peersetujuan Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri pada ketika itu. Ghafar baba timbalan perdana menteri pada ketika itu adalah orang yang menjadi perantara pertama perjanjian damai ini dapat di jayakan telah tiada. Jika Allahyarham masih ada sudah pasti beliau akan bersama dengan Chin Peng dan sahabat seperjuangannya Abdullah CD untuk membawa kembali Chin Peng pulang ke Malaysia dengan penuh penghormatan sebagai seorang pewira negara.

SOSIALIS HIJAU

Tiada ulasan: