THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Ahad, 23 Ogos 2009

TEAM PROPAGANDA UMNO KETINGGALAN 30 TAHUN






Setiap hari hp aku di hujani dengan sms dari pasukan propaganda UMNO yang memaki hamun Tok Guru dan penuh dengan bahasa perkauman melayu. Tak cukup dengan itu sepucuk surat juga dihantar ke kerumah aku yang memaparkan gambar Gobby menampar seorang anggota polis sewaktu hari penamaan calon tempoh hari. Surat yang penuh dengan kata kata memaki hamun dan menjadikan orang India(Di sebut Hindu di dalam surat itu) sebagai bangsa yang jahat dan melampau.

Inilah budaya Umno yang ketinggalan 30tahun di belakang. Strategi Umno ini mungkin akan laku jika ianya pada PRK di zaman Dr mahathir. Entah apa yang ada di dalam pemikiran pasukan propaganda Umno ini terhadap pengundi sehinggakan mereka merasakan dengan sms dan surat seperti itu boleh mengubah haluan seorang pengundi untuk mengundi BN. Mungkin Umno beranggapan pengundi di Permatang Pasir berfikiran seperti Pemuda pas batu Kawan yang bahalol itu.Umno ingin mengambarkan kepada pengundi supaya jangan mengundi Pas di dalam PRK Permatang Pasir ini kerana Pas hanyalah menjadi barua kepada orang India dan Cina sahaja di Pulau Pinang ini.

Inilah pemikiran Umno yang hanya di dalam ruangan sempit otak mereka. Mereka (Team Propaganda Umno) tidakpernah terlintas dengan menyiarkan gambar seorang aggota polis di tampar adalah satu kelebihan kepada Gobby. Di dalam dunia ini hanya mereka yang berkempentingan sahaja yang sukakan Polis. Polis adalah satu kerja yang mulia tetapi perbuatan dan kezaliman mereka telah membuatkan pekerjaan polis telah di pandang satu kerja yang keji di masyarakat.

Kalaulah polis ini di benci oleh penjenayah sahaja itu adalah perkara lumrah tetapi polis ini bukan saja di benci oleh penjenayah tetapi oleh semua golongan masyarakat. Mat Rempit bencikan polis, mereka yang di zalimi polis ketika berdemo bencikan polis, wakil rakyat bencikan polis, orang kampong yang di tahan polis kerana tidak memakai topi keledar sewaktu pergi sembahyang pun bencikan polis, orang Bangla, Burma, Nepal dan pendatang asing bencikan polis. Malah yang lebih sensasi ulama juga bencikan polis.Aku bencikan polis, anak – anak aku semua di ajar untuk bencikan polis.

Walaupun bencikan polis sehebat mana sekalipun kita hanya mampu berdiam kerana kuasa yang ada pada mereka. Bila gambar Gobby menampar polis di siarkan semua orang merasa cukup gembira. Penampar Gobby adalah wakil kemarahan rakyat selama ini kepada Polis. Mat Rempit yang selama ini menjadi pengusung bendera Umno turut bergembira. Doa para ulama yang selama ini agar Allah turunkan bala keatas polis akhirnya di realisasikan oleh Gobby.

Ini yang tidak pernah terpikir oleh team propaganda Umno. Yang mereka tahu hanyalah menyucuh api perkauman. Mereka tidak pernah terpikir bahawa undi Pas akan bertambah dengan propaganda lapuk ini. Mereka tidak sedar pengundi bukan melayu akan terus tidak akan mengundi BN kerana isu perkauman yang mereka mainkan.

SOSIALIS HIJAU