Semalam aku bertarawikh di rumah sahaja bersama anak-anak. Mulanya rasa nak bertarawikh di Surau Taman Pauh Indah kerana pada malam ini tazkirah di sampaikan oleh Ustaz Zakaria Hj Ahmad tetapi memandangakan seorang rakan yang akan datang dari jauh untuk bertugas di PRK permatang Pasir dan meminta aku menjemputnya di Butterworth maka aku ambil keputusan untuk bersolat bersama keluarga di rumah saja. Selepas solat witir aku sampaikan sedikit tazkirah kepada anak akan agar mereka menjadi diri mereka yang sebenar dan jangan hidup di dalam berpura-pura. Aku tunjukan contoh kepada mereka orang seperti Mat Zan Durany yang hidup dengan penuh kepura-puraan. Di luar kita dapat melihat dirinya berjubah dan berjanggut tetapi hakikatnya dirinya penuh dengan kebusukan dan kejahatan. Aku katakan pada anak-anak di mana saja kita berada janganlah kita menjadikan diri kita seperti dirinya dan mereka-mereka yang berperangai sepertinya. Yakinlah Allah mengetahui apa yang berada di sebalik hati kita. Walaupun di khalayak kita melihat dirinya yang begitu zuhud tetapi bila di belakang orang , dia sanggup berSMS lucah yang melampau dengan isteri dan tunang orang.
Aku katakan kepada mereka janganlah kita tinggalkan solat walau dalam keadaan Apa sekali pun. Lebih-lebih lagi di bulan ramadhan ini. Ramai yang berpuasa tetapi tidak bersolat. Aku katakan kepada anak-anak aku bagaimana hendan kita membina bumbung dalam keadaan tiada tiang yang di dirikan. Biarlah kita di kelilingi oleh teman teman yang bukan Islam tetapi tunjukanlah bahawa kita tak pernah berganjak dengan pendirian dan keIslaman kita.
Sebenarnya aku bersyukur kerana anak-anak aku dari yang pertama hingga yang ketiga sudah mampu menyelesaikan puasa mereka di usia 4 tahun. Cuma yang ke4 tidak dapat berpuasa penuh pada usianya 4 tahun pada tahun lepas. Aku dan isteri sentiasa memberi kata perangsang kepadanya agar bersabar untuk meneruskan ibadah puasa ini sehingga selesai.
Walaupun tazkirah aku tanpa deraian ayat al quran dan hadis tetapi aku merasa puas kerana dapat menyampaikan sesuatu yang menjadi satu kewajiban terhadap ku kepada anak-anak. Ramai yang berdegar memaki hamun Umno tetapi tidak sekali pun pernah berusrah bersama keluarga. Alasan mereka ini mudah sahaja… Sedangkan Nabi Noh tidak mampu mengajak anaknya bersama inikan pula kita. Inilah alasan popular manusia yang bernama munafiq. Mereka ini memaki hamun Umno dan mereka yang tidak bersama mereka. Tetapi di dalam masa yang sama kehidupan mereka jauh dari tuntutan Islam.