Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,
Al Baqarah183.
Al Baqarah183.
Umur ini dengan iradat Allah masih dipanjangkan sehingga dapat lagi kita bertemu ramadhan di tahun ini. Terasa begitu cepat masa berjalan sehingga tidak terasa ramdhan yang lalu telah pun setahun berlalu.
Ramadhan kali ini juga sudah tidak lagi di rasai oleh mereka yang terdahulu di jemput Allah. Entah mungkin ramadhan kali ini juga adalah Ramadhan terakhir bagi kita. Betapa sayunya ramadhan ini apabila orang yang tersayang yang pernah berbuka dan berterawikh bersama sudah tiada lagi pada Ramadhan ini.
Ramadhan adalah suatu bulan yang di nantikan oleh setiap manusia tanpa mengira mereka yang beramal dengan Islam mahupun yang hanya menjadikan Islam itu sebagai pengenalan di dalam kad pengenalan sahaja. Bagi mereka yang beriman, ramadhan di rindukan kerana di dalamnya datangnya rahmat dan keampunan dari yang Maha Pencipta. Ramadhan juga adalah sebuah bulan bagi mereka untuk melipat gandakan ibadah kerana setiap amalan yang di lakukan dengan iklas akan di beri ganjaran pahala berlipat kali ganda. Aku tidak mahu bercerita panjang bab amalan ini kerana tiadalah ilmu bagi ku untuk aku berbicara tentangnya.
Ramadhan juga di rindukan oleh golongan peniaga –peniaga. Selepas saja shawal yang lalu, golongan peniaga ini sudah berangan-angan akan apa yang patut di jual pada ramadhan yang setahun lagi akan menjelma itu. Mereka sangat merindukan ramadhan kerana ramadhan mendatangkan keuntungan kepada mereka berlipat kali ganda dari bulan-bulan biasa. Golongan kapitalis di kalangan bukan Islam juga sentiasa merindukan ramadhan. Jika para sahabat rasulullah mengharapkan Ramadhan sepanjang tahun maka begitu jugalah golongan kapitalis ini yang juga mengharapkan jikalau boleh di kurniakan nikmat ramadhan itu pada sepanjang tahun. Di ramadhan inilah mereka boleh menyorok gula dan tepung. Di ramadhan ini jugalah mereka boleh menaikan harga dengan berlipat kali ganda. Di bulan ramadhanlah orang Islam akan membelanjakan berlipat kali ganda wang mereka untuk membeli keperluan puasa dan hari raya. maka benarlah bahawa ramadhan ini di rindui oleh setiap manusian tanpa mengira yang Islam atau pun yang bukan Islam. Yang pastinya ramadhan adalah bulan keuntungan bagi setiap manusia. Keuntungan dengan ganjaran pahala bagi mereka yang beramal di bulan ini dan juga keuntungan dengan ganjaran wang ringgit bagi mereka yang berniaga didalam bulan ini.
Di bulan ramadhan ini masjid dan surau akan di penuhi oleh manusia untuk menunaikan solat sunat tarawikh. Begitulah rahmatnya bulan ini sehinggakan yang tidak pernah berjemaah pada solat waktu pun hadir ke surau dan masjid untuk bersolat tarawikh. Ada yang melakukannya lapan rakaat dan ada juga yang melakukannya 20 rakaat. Bila ada yang 8 dan ada yang 20 maka timbulah pula sangah menyagah soal 8 atau 20 rakaat yang betul. Yang bersolat 20 rakaat berhujah dan yang bersolat 8 rakaat pun berhujah. Ada yang berhujah dengan nas dari Hadis dan ada juga yang berhujah dengan dalil orang tua dulu dulu. Yang lebih menarik lagi yang menuduh orang lain seasat dan tidak betul, dia sendiri tidak pernah melakukan solat fardu pun tidak pada siang harinya.
Di ramadhan ini juga ada masjid dan surau mengadakan tazkirah atau ceramah di setiap malam. Ada yang di pertengahan tarawikh dan ada juga di penghujung tarawikh. Namun begitu ada yang suka dan ada juga tidak suka dengan program tazkirah ini. Yang suka kerana mereka ini sentiasa merindui majlis ilmu dan yang tidak suka pula kerana mereka ini sememangnya tidak mahu dengan majlis ilmu. Ada suka di mulut tapi berdendam di hati dengan majlis ilmu ini. Inilah manusia munafik atau menurut Syed Husin Ali sebagai manusia dua wajah. Di mulut mereka bergegar bercakap tentang Islam tapi di hati mereka begitu benci dengan Islam. Mereka ini kononnya pejuang Islam. Mereka ini kononnya telah di pilih oleh Allah untuk berada di landasan yang benar.
Di ramadhan ini juga telah di ceritakan bahawa semua iblis dan syaitan di belenggu. Yang tinggal hanyalah hawa nafsu. Namun begitu bolehlah di umpamakan apabila penjajah meninggalkan Malaya maka di wariskan sifat penjajah itu kepada UMNO maka begitu jugalah dengan syaitan yang tahu mereka akan di belenggu pada bulah ramadhan. Maka di wariskan kerja-kerja mereka kepada manusia yang boleh di harapkan untuk menjalankan tugas iblis dan syaitan di bulan ramadhan ini. Pewaris ini berserban dan berjubah pada pandangan mata kita tetapi di sebalik jubah mereka penuh dengan perasaan hasad dan dengki. Dihadapan orang mereka ini seperti manuasia yang maksum tetapi di belakang orang pewaris iblis ini melakukan kerja2 iblis. Di belakang orang dia akan berSMS lucah dengan perempuan tanpa mengira siapa.
Walau apa pun yang hadir di dalam ramadhan, semoga aku dan kita semua dapat menghayati bulan ini dengan penuh pengisafan. Ramadhan yang di umpamakan sebuah bulan yang mendidik nafsu dan perasaan setiap umat untuk menjadi manusian yang bertakwa. Semoga ramdhan ini akan menghindarkan kita dari sifat sifat kemunafikan. Semoga ramadhan yang di sambut ini juga akan mengubah sifat kita yang tidak baik kepada kebaikan dan yang baik kepada yang lebih baik. Dari merokok kepada seorang yang tidak merokok. Dari suka berpura pura kepada berada dalam reality kehidupan yang sebenar. Dari banyak bercakap kepada lebih banyak bekerja.
Akhir kata aku ucapkan Selamat menyabut ramadhan kepada semua umat Islam dan pembaca bloq ini. InsyaAllah perjuangan menentang kemunafikan golongan yang berpura pura dengan serban dan jubah akan tetap di teruskan. Kita jangan berhenti dari membongkarkan segala kelakuan orang seperti ini dan barua baruanya yang berlindung di sebalik topeng agama untuk melindungi perbuatan terkutuknya.
Salam Ramadhan Al Mubarak.
Sosialis Hijau