THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Ahad, 23 Ogos 2009

PENYOKONG UMNO TAK MASUK SYURGA!!!!

Sama ada apa yang di hebohkan tentang kata-kata Tok Guru tentang syurga dan neraka itu betul atau tidak bukanlah persoalan pokok kepada tulisan ini.Jika kata-kata itu tidak keluar dari mulut Tok Guru maka akan berkata-katalah tangan yang menulis berita itu di hadapan Allah nanti. Jika benar ianya keluar dari mulut Tok Guru maka ianya sudah pasti tidak lepas dari persoalan di mahsyar nanti. Sudah pasti tok Guru punya hujahnya untuk berkata demikian dan kita sentiasa menghoramati kealiman yang ada pada Tok Guru walaupun tok Guru juga hanya manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Tok Guru dalam ulasannya di dalam menjawab apa yang di hebohkan umno itu telah membetulkan apa yang telah di tulis media. Tok Guru berkata bahawa beliau tidak menyebut ahli umno tidak masuk syurga tetapi penyokong umno tidak masuk syurga. Kita kena faham apa yang di katakan Tok Guru ini. Bila Tok guru berkata yang tidak masuk syurga itu adalah penyokong umno, ini bermakna maksud Tok Guru bukan saja ahli UMNO yang tidak masuk Syurga tetapi penyokong umno juga tidak masuk syurga. kerana Umno mempunyai ahli seramai lebih dari 3juta.

Memang betul tiada siapa yang boleh menentukan kemanakah berakhirnya perjalanan hidup kita ini. Lebih-lebih lagi insan yang jahil akan agama seperti saya ini untuk membuat ulasannya. Namun begitu apa yang di katakan oleh Tok guru itu perlu di perhalusi. Kenapa Tok Guru berani mengeluarkan ucapan kontervasi begitu di saat Pas sedang menghadapi PRK Permatang Pasir? Yang pertamanya yang patut di fikirkan kepada siapa yang Tok Guru tujukan perkara itu? Jawabnya UMNO. Maka yang perlu di bincangkan adalah kenapa ToK Guru berkata UMNO tak masuk syurga.

Siapa UMNO?

Di dalam kamus Politik UMNO adalah sebuah parti perkauman melayu yang kononnya membawa idealisme kebangsaan. Kebangsaan dalam istilah idiologi pula membawa kepada perkataan Nasionalisme. Maka Umno adalah bermaksud parti nasionalis melayu yang di tubuhkan atas dasar kebangsaan melayu untuk membawa idialisme perkauman melayu yang anti kepada lain lain bangsa.

Istilah Umno juga boleh membawa maksud kepada sesuatu yang amat buruk dan keji iaitu setiap yang buruk dan setiap yang jahat itu adalah Umno. Umno juga boleh di samakan dengan Zionisme. Kita harus sedar yang dikatakan Zionisme itu buka bererti kaum Yahudi. Perkataan zionis adalah bermaksud kekejaman, kezaliman, perkauman dan kehancuran. Zionisme adalah satu idialisme yang terdapat kepada manusia-manusia yang mempunyai sifat-sifat tersebut. Di sebab kan manusia yang terkenal mempunyai sifat-sifat tersebut adalah di kalangan kaum yahudi maka orang yahudi selalu di sinonimkan dengan perkataan Zionis.

Ideology zionis sebenarnya telah di anuti oleh ramai umat manusia di dunia ini tanpa mengira kaum atau agama. Namun begitu perkataan zionis hanyalah di gunakan kepada penganutnya di Negara haram Israel tetapi bagi Negara-negara di luar Israil perkataan zionis akan di tukar mengikut kesesuaian dan keserasian kaum di Negara tersebut. Jika di Malaysia istilah zionis membawa maksud Umno, MCA, MIC dan 11 parti politik lagi yang membentuk Barisan Nasional. Parti-parti politik ini adalah zionis di Malaysia kerana mereka membawa idialisme rejim zionis di Israel. Mari kita lihat sifat persamaan UBN dengan rejim Zionis

1. Kezaliman
2. Perkauman
3. Anti bangsa selain dari bangsa mereka.
4. Menghalalkan sesuatu perkara kepada mereka dan mengharamkan kepada orang lain.
5. Hanya mereka yang lebih baik daripada orang lain.
6. Suka membunuh.
7. Suka memfitnah
8. Sombong dan angkuh
9. Munafik ( berpura-pura)
10. Berbohong
11. Sukakan kepada kehancuran

Itu adalah sebahagian daripada sifat-sifat persamaan Umno dan Zionis. Maka dengan itu Umno adalah membawa maksud zionis. Sifat-sifat itu adalah yang membawa kepada dosa. Dosa bererti tida pahala. Tiada pahala bererti tiada rahmat dari Allah. Tiada rahmat dari Allah bermakna tiada tempat di syurga dan tiada tempat di syurga adalah bermakna akan di humbankan ke neraka.

Sekarang jelaslah bagi persolan yang pertama mengapa tok Guru berkata Umno tidak masuk syurga. Sekarang kita cari kepada kepada siapa Tok guru maksudkan dengan penyokong Umno. Perlu di ingatkan sekali lagi Tok guru menafikan yang beliau berkata ahli Umno tetapi beliau menegaskan penyokong Umno. Perlu di fahamkan ahli membawa maksud yang berbeza dengan penyokong. Ahli adalah seseorang yang telah mendaftar atau berbaiah dengan sah dengan sesuatu persatuan tetapi penyokong tidak memerlukan kepadanya untuk menjadi ahli. Ini bermakna penyokong yang di maksudkan oleh Tok Guru adalah sesiapa saja yang menyokong dasar Zionisme yang di amalkan Umno.

Siapa penyokong UMNO (sebut Zionisme)?

Seorang yahudi tidak semestinya penyokong idialisme Zionis dan seorang Zionis tidak semestinya pula seorang yahudi. Begitu juga dengan UMNO, tidak semestinya yang menyokong idialisme Umno itu adalah hanya dari kalangan ahli Umno sahaja. Penyokong Umno adalah terdiri daripada sesiapa saja rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama yang seramai 27juta orang itu. Selain daripada ahli Umno, penyokong Idealisme Umno juga terdapat dari kalangan ahli lain-lain parti.

Oleh itu ucapan Tok Guru bahawa penyokong Umno tidak masuk syurga sebenarnya tidak di tujukan kepada ahli Umno sahaja. Ucapan itu sepatutnya di pandang secara umum oleh semua umat Islam di Malaysia. Sebenarnya Tok guru bermaksudkan kepada mereka yang berperangai seperti UMNo itu tidak akan masuk syurga. Dengan itu orang pas yang berperangai seperti Umno juga tidak akan masuk syurga.

Orang pas tak usah mendabik dada mengatakan hanya mereka yang di pilih Allah untuk menjadi pejuang Islam di muka bumi Malaysia ini. Sifat ini sama dengan sifat zionis yang mengatakan bahawa hanya umat Yahudi sahaja yang di pilih oleh Allah sebagai makluk yang mulia di muka bumi ini. Oleh itu orang pas yang mengatakan hanya mereka yang berada di jalan lurus dan menafikan perjuangan orang lain juga tidak akan masuk syurga kerana mempunyai mereka ini mempunyai sifat yang sama dengan Umno yang membawa idiologi zionisme.

Orang Pas yang suka memfitnah adalah berfahaman zionis. Orang Pas yang pengecut dan pembohong juga berfahaman zionisme. Orang Pas yang yang suka berSMS lucah dengan tunang atau isteri orang adalah berfahaman zionis. Orang Pas yang suka berbohong adalah Zionis. Orang Pas yang hidup berpura-pura dengan islam adalah berperangai Zionis. Oleh itu apa yang Tok guru maksudkan dengan penyokong Umno tidak masuk syurga sebenarnya di tujukan kepada mereka-mereka yang berperangai seperti Umno tetapi berada di luar umno.

Sekarang jelaslah bahawa penyokong Umno sememangnya tidak masuk syurga kerana mereka yang menyokong idialisme umno bererti bermazahadkan kepada zionisme. Maka dengan itu tidak timbul lagi hanya ahli ahli Umno tidak masuk syurga tetapi yang turut sama tidak merasa nikmat syurga adalah mereka yang berada di luar Umno yang di gelar sebagai penyokong Umno.

Kini timbul pula masalah bagaimana hendak terangkan kepada rakyat apa yang di maksudkan Tok Guru penyokong umno tidak masuk syurga. Seperti Islam Hadhari yang di perkenalkan oleh matan PM, yang menjadi masalah ialah bagaimana pemimpin atau ahli di bawah hendak terangkan kepada rakyat tentang Islam yang tidak pernah mereka dengar itu. Maka ustaz-ustaz Umno terpaksa bertungkus lumus untuk mencari jawapan kepada persoalan Islam hadhari.

Apakah orang seperti Ketua Pemuda Pas Batu kawan mampu untuk merongkaikan apa yang dikatakan oleh Tok Guru itu. Kalaulah soalan SRP pun beliau tak mampu jawab bagaimana hendak bercakap perkara yang berada di luar kotak pemikirannya. Menuduh orang itu sesat orang ini kafir memang mudah seperti yang di buatnya tetapi mampukah orang seperti Ketua Pemuda Pas batu Kawan yang bernama mohd Sofi itu membawa hujah dan fakta apa yang dikatakannya.

Berapa peratuskah dari umat islam di Malaysia yang berada di masjid untuk menadah telingga untuk mendegar penjelasan dari ulama atau ustaz? Yang paling penting berapa ramaikah orang Pas yang boleh menjawab persoalan itu kepada diri mereka sendiri? Sedangkan di dalam kehidupan mereka, mereka tidak pernah lepas dari melakukan perkara perkara yang boleh disamakan dengan sifat Umno.

Kesimpulannya, janganlah merasa megah dengan mengatakan bahawa hanya diri kita saja yang betul dan orang lain semuanya salah. Maki hamun Umno siang dan malam sedangkan diri kita berlapis dengan dendam kesumat dan perasaan hasad dengki. Kita sama-sama manusia yang di jadikan Allah dengan penuh kelemahan dan sentiasa melakukan kesilapan. Politik dan agama tidak boleh di pisahkan tetapi mengunakan pakaian agama untuk mengaburi mata orang adalah perangai Zionis dan Umno. Perangai Zionis dan Umno ini tidak akan masuk Syurga.

Sosialis Hijau