Sekarang kita berada di bulan Ramadhan, bulan yang menjanjikan limpahan pahala dengan ibadah yang kita lakukan. Selain dari menahan diri dari lapar dan dahaga kita juga adalah di larang untuk membuat perkara-perkara yang diharamkan. Bukan bererti di bulan yang bukan ramadhan kita boleh berbuat perkara itu tetapi jika ianya di buat di dalam bulan puasa bukan sahaja ianya mendatangkan dosa malah ianya juga akan mengurangkan pahala puasa kita. Akhirnya yang tinggal hanyalah lapar dan dahaga tanpa sebarang imbuhan pahala.
Antara perkara yang di larang untuk kita lakukan ialah mengumpat. Mengumpat atau mencari cacat cela orang adalah satu perkara yang tidak terlepas dari kita manuasia yang lemah ini. Namun begitu sedarkah anda siapakah yang paling banyak mengumpat? Orang yang paling banyak mengumpat adalah orang yang selalu melarang orang lain mengumpat. Mereka ini akan megeluarkan nas dan dalil larangan mengumpat dan balasan neraka kepada orang yang suka mencari keburukan orang. Mengapa saya kata begitu? Ianya adalah kerana golongan yang selalu menegah orang mengumpat ini adalah orang yang takut akan keburukannya di dedahkan orang. Maka dengan itu meeka ini akan mengunakan agama bagi menutup segala kebusukan hati mereka itu. Mereka takut perbuatan mereka seperti mengantarSMS dan surat lucah kepada isteri dan tunang orang akan di ketahui orang. Mereka ini takut perbuatan meraba budak budak yang belajar Quran di rumahnya di dedahkan. Maka mereka ini mengharamkan mengumpat kepada orang lain tetapi menghalalkannya kepada diri mereka atau kumpulan mereka.
Inilah yang di sifatkan sebagai perangai Zionis. Zionis mengharamkan riba di kenakan sesama mereka tetapi menghalalkannya jika ianya di kenakan terhadap orang lain. Anda adalah salah seorang yang mengumpat bila mengulas tulisan ini tetapi anda boleh halalkan perbuatan mengumpat anda itu jika anda ianya datang dari anda.
Sosialis Hijau