Lihat gambar di bawah ini. Anda bayangkan jika gambar itu keluar sebelum gambar Nizar memegang lilin. Apa yang anda rasakan akan di ulas oleh orang Pas? Adakah mereka akan menghalalkan apa yang di buat oleh Sugar Daddy Altantuya itu? Kebetulan gambar nizar memegang lilin lebih terdahulu menjadi isu maka kalau ada yang nak mengharamkan apa yang di buat oleh Sugar Daddy altantuya itu pun hanyalah sekadar cakap-cakap di kedai kopi sahaja.
Begitulah sebaliknya bagi pihak umno jika gambar boss mereka sedang menyalakan pelita itu terlebih dahulu menjadi isu dan gambar Nizar memegang lilin terkemudian maka gambar nizar memegang lilin hanyalah boleh di buat perbandingan untuk menghalalkan apa yang boss mereka lakukan.
Apa yang hendak saya timbulkan di sini ialah orang politik yang mengunakan agama untuk menunjukan mereka lebih baik daripada lawannya. Bukan hendak mengatakan ugama itu terpisah daripada politik tetapi saya hendak katakana disini bahawa sejak zaman berzaman penguasa sentiasa mengunakan agama sebagai talian hayat mereka untuk terus menindas. Seperti kata Tuan Guru Nik Aziz ulama atau orang ugama yang berada di dalam UMNO hanyalah seperti terompah kayu yang di gunakan apabila si tuan hendak ke jamban. Apabila selesai menunaikan hajat di bilik yang penuh dengan kekotoran itu maka terompah kayu tadi akan di tinggalkan di hadapan pintu jamban.
Karl Marx, pernah berkata:
"Religion is the opium of the people"
"Agama merupakan candu buat masyarakat”
Ini adalah salah satu daripada bahan propaganda pihak berkuasa atau yang ingin berkuasa mengambarkan betapa Karl Marx adalah seorang yang memusuhi agama. Ucapan Karl Marx ini akan di ulang ulang apabila sang pemerintah atau yang ingin memerintah merasakan idologi yang di bawa Marx akan mengugat atau akan menghalang mereka untuk terus berkuasa. Di sini mereka akan mengunakan orang agama untuk mengukuhkan lagi kebencian rakyat terhadap Marx. Orang agama akan mencari dalil dan nas untuk menentang satu idiologi yang menguntungkan rakyat. Orang agama akan berfatwa bahawa sosialisme / komunisme adalah sesat. Mungkin rakyat tidak sukakan penguasa tetapi rakyat sebenarnya lebih tidak sukakan orang menyesatkan agama mereka. Maka di saat ini penguasa akan terus berkuasa. Di saat kuasa rakyat ini sudah dapat di lemahkan maka orang agama tadi pula menjadi musuh kepada penguasa.
Sebenarnya apakah benar Marx adalah seorang yang anti agama atau ucapannya itu sebenarnya mempunyai maksud yang tersirat? Agama adalah sesuatu yang menjadi fitrah kepada manusia. Orang yang tidak beragama adalah orang yang menipu dirinya sendiri. Apakah pernah kita cuba untuk menyingkap apakah ada sesuatu yang hendak disampaikan oleh Marx dalam ucapanya itu?
Saya bukan orang yang berkiblatkan dengan Marx atau mana mana pemimpin. Bagi saya setiap pemimpin itu mempunyai kelebihan dan kelemahan mereka sendiri. Namun begitu saya sebenarnya mempunyai pandangan sendiri apa yang di ucapkan oleh Marx itu. Bagi saya apabila Marx berkata agama adalah candu kepada masyarakat, ianya adalah merujuk kepada perkara-perkara atau kejadian yang saya tulis di awal tulisan saya di atas.
Untuk menghukum sesuatu perkara itu orang-orang yang kononnya beragama ini akan melihat keuntungan dan kerugian kepada diri mereka. Sebagai contohnya jika yang membuat salah itu adalah dirinya atau orangnya maka hukum itu akan di sembunyikan atau di diamkan sahaja tetapi jika yang membuat salah itu adalah orang lain atau bukan dari golongannya maka dengan serta merta fatwa atau hukum agama akan di keluarkan bagi memberitahu masyarakat bahawa perbuatan itu adalah salah di sisi agama.
Contohnya begini : si A melihat bahawa si B tidak sembahyang. Si B adalah orang yang tidak sebulu dengannya maka akan keluarlah fatwa atau hukum dari mulutnya bahawa si B adalah sesat. Sedangakan si A yang mengeluarkan hukum sesat itu anak isterinya sendiri tidak menutup aurat malah solat jumaat pun tidak. Mungkin pendeknya bolehlah di kaitkan dengan simpulan bahasa “ Kuman di laut dia nampak, Gajah di depan mata dia tidak melihatnya.
Begitu jugalah dengan isme-isme yang di katakan sesat. Sedangkan mereka yang menuduh isme-isme itu sesat sendiri tidak boleh menyenaraikan apakah kesesatan isme-isme itu. Sepatutnya tuduhan mestilah bersama dengan fakta. Maka apabila mereka ini gagal untuk menyenaraikan fakta maka di sini mereka kan mengunakan kenyataan marxs sebagai hujah terakhir mereka. Mereka ini sendiri tidak pernah membaca tulisan tulisan marx, apatah lagi hendak mengenal Marx. Yang mereka dengar Marx adalah seorang komunis dan komunis itu tidak percayakan agama.
Kita lihat pula satu lagi contoh bagaimana Pas iaitu sebuah parti islam yang pernah bersatu dengan Parti Melayu Semangat 46. dalam masa yang sama mereka menolak umno kerana bagi mereka umno ialah sebuah parti nasionalisme. Apakah hujah mereka untuk membenarkan pergabungan dengan parti serpihan umno ini. Mereka sekali lagi mengabil hujah agama untuk membenarkan perbuatan mereka iaitu PMS46 bukan sebuah parti nasionalis tetapi adalah sebuah parti Patriotisme. Kata mereka patriotisme di benarkan dalam islam kerana patriotisme adalah sebuah perjuangan menyintai tanah air. Nah lihat disini! Hanya dengan mengubah istilah daripada nasionalisme kepada patriotisme mereka sekali lagi mengunakan agama untuk mencapai tujuan politik.
Sewaktu pembubaran PMS46 Rais Yatim berkata sewaktu bersama dengan Pas, mereka (PMS46) menjadi hipokrit. Masakan tidak katanya, mereka adalah melayu yang bermazahabkan umno, mereka di didik untuk atas asas perkauman, mereka di didik sejak dari kecil untuk membenci bangsa cina dan India. Mereka adalah perwaris warisan penjajah. Mereka tidak biasa dengan laungan Allahu Akbar, yang mereka tahu ialah laungan Hidup Melayu. Sekali lagi hujah agama di gunakan bagi membolehkan penceraian ini. Sehinggaka MB kelantan Tuan Guru Nik Aziz pernah berkata selagi dia masih hidup dia tidak akan benarkan bekas-bekas pemimpin PMS46 ini menyertai pas. Ini adalah di sebabkan 4 orang exco kerajaan negeri daripada PMS46 ketika itu enggan meletakan jawatan walaupun hanya menjadi exco tanpa portfolio. Antara yang di maksudkan Tuan Guru nik Aziz pada ketika itu ialah Ibrahim Ali dan Rosli Ibrahim (Ibrahim Ali telah melompat awal sebelum PRU9)
Kita lihat rendetan daripada peristiwa pembelotan bekas pemimpin PMS46 setelah 15 tahun berlalu. Pertamanya orang yang pernah dimaksudkan oleh Tuan Guru Nik Aziz iaitu Rosli Ibrahim telah berhijrah ke dalam Pas. Ini mungkin boleh di terima tetapi sekadar nak mengingatkan pembaca tentang apa yang di katakan oleh Tuan Guru Nik Aziz bahawa selagi beliau hidup mereka-mereka yang pernah mengkhianati kerajaan negeri tidak akan beliau benarkan masuk Pas. Yang hendak di ceritakan di sini ialah apabila Pas yang mengatakan nasionalisme itu sesat tiba-tiba menyerahkan kerusinya yang selamat kepada seorang nasionalis yang bernama Ibrahim Ali. Saya sendiri mendengar ceramah Ibrahim Ali ketika sebelum PRU12 di mana Ibrahim Ali sendiri berkata bahawa beliau hanya ingin menumpang di tangga rumah Pas tapi masih belum mahu untuk masuk kedalam rumah Pas walaupun telah di jemput oleh tuan rumah. Maknanya Ibrahim Ali tidak pernah rela sama sekali untuk menerima Islam sebagai dasar perjuangannya. Beliau adalah seorang yang kuat anti cina dan India sedangkan Islam tidak pernah mengajar umatnya berbuat demikian. Mengapa pula jika nasionalisme itu sesat masih lagi di beri kerusi kepada Ibrahim Ali yang secara terang terang pernah mengkhianati Pas satu ketika dahulu malam Ibrahmi Ali sewaktu keluar dari PMS46 dan memasuki umno adalah seorang yang paling kuat memaki hamun Islam. Apakah pas lupa pada satu ketika demi untuk menunjukan kelantangannya menentang Islam beliau telah mengadakan satu perarakan burung rasaksa di Kelantan. Di saat ini Pas telah mengeluarkan fatwa bahawa perbuatan Ibrahim Ali itu adalah syirik. Dan di saat membenarkan Ibrahim Ali bertanding atas tiket Pas di Kelantan maka satu lagi alasan agama telah di gunakan untuk membolehkan perbuatan itu.
Nah lihat saja daripada peristiwa di atas dan bandingakanlah dengan petikan ucapan Marx. Apa boleh jikalaunya kita membuat satu kesimpulan daripada ucapan itu bahawa Marx sebenarnya tidak bermaksud untuk membenci agama tetapi Marx merasakan bahawa agama telah di gunakan oleh mereka-mereka yang berkuasa atau ingin berkuasa untuk terus membolehkan perbuatan mereka. Rakyat akan menentang mereka sekiranya perbuatan mereka itu adalah atas dasar kezaliman atau ketidak adilan tetapi rakyat tidak akan menentang mereka jika mereka berselindung di sebalik agama.
Inilah yang telah lakukan oleh golongan penindas kepada rakyat. Golongan penindas muncul kerana mahu terus menguasai ekonomi. Mereka mahukan kuasa kerana untuk terus menjamin kekayaan Negara menjadi milik mereka. Rakyat yang bangun menentang mereka akan di takutkan oleh orang-orang agama dengan membawa dalil agama bahawa rakyat perlu taat kepada pemerintah. Orang yang menentang akan di anggap sebagai menderhaka kepada pemimpin. Perlu di ingatkan golongan penindas ini bukan sahaja ada pada penguasa atau kerajaan tetapi ianya juga wujud di dalam semua oraganisasi. Sang ketua akan mengunakan alasan agama untuk terus berkuasa dan mengelakan dirinya di jatuhkan. Pendeknya asalkan ada kuasa maka akan terjadilah penindasan dan penindasan itu akan di halalkan dengan alasan agama, maka siapakah yang berani menentang ketua jika sang ketua ini memberi fatwa anda akan di masukan ke neraka jika tidak taat kepadanya.
Jika anda di Tanya tentang komunis apakah yang akan anda jawab. Jawapan paling popular sudah pasti komunis itu adalah penganas yang menjadi musuh no 1 negara. Jawapan lain ialah komunis adalah orang yang tidak percayakan Tuhan. Apakah betul jawapan itu?. Ini adalah kerana sejak zaman sebelum kemerdekaan minda rakyat telah di sumbatkan dengan jawapan itu. Jika benar komunis tidak percayakan Tuhan bagaimana dengan gambar di bawah.? Mereka semua adalah bekas anggota bersenjata Parti Komunis Malaya. Bagi mereka yang hanya mengatakan bahwa hanya mereka sajalah atau parti mereka sajalah yang dijanjikan syurga saya sudah tahu jawapannya.
Maka dengan itu ucapan Marx sebenarnya perlu di nilai dari berbagai sudut pandangan. Mungkin betul Marx adalah anti agama tetapi sejarah perlu di ungkapkan semula, apakah situasi seWaktu itu sehinggakan Marx menjadi seorang yang tidak percayakan agama dan agama apakah yang di maksudkan oleh Marx pada ketika itu? Apakah yang di maksudkan Ugama pada ungkapan itu adalah agama Islam? Carilah faktanya sebelum anda memberi jawapannya.
Sosialis Hijau
Munculnya Ikan Oarfish Petanda Akan Berlakunya Gempa?
4 bulan yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan