Demontarsi sudah tidak asing dengan nama-nama seperti Mat Sabu, Aru, Dr Nasir, Dr Zul, Tian Chua, Gobby dan lain lain lagi nama besar dalam pimpinan parti pembangkang. Tidak asing juga dengan nama Dr Hatta Ramli Bendahari Pas Pusat dalam senarai memimpin demontrasi.
Namun begitu sehingga kini orang ramai tidak tahu siapakah Dr Hatta Ramli yang sebenarnya. MP Kuala Kerai ini selama ini berjaya menyembunyikan rahsia peribadinya daripada pengetahuan orang ramai.
Dr Hatta pernah tinggal di rumah aku sewaktu PRU 1999 dan aku juga pernah di tahan bersamanya di dalam satu himpunan membantah kenaikan harga minyak di KLCC 3 tahun yang lalu namun aku sama sekali gagal mengesan rahsia besar Dr Hatta.
Sehinggalah Demo 1 ogos lalu maka terurailah segala rahsia Dr Hatta Ramli selama ini. Rupa-rupanya nama sebenar Dr Hatta ialah Bruce Banner. Beliau adalah seorang pengembara dari satu negeri ke satu negeri. Yang paling penting lagi beliau sebenarnya di buru oleh seorang Pegawai Polis yang bernama
Mr McGee.
Aku tidak bercakap kosong. Gambar di bawah jelas membuktikan bahawa sebenarnya Dr Hatta Ramli adalah THE incredible-hulk.
Gambar di bawah menunjukkan Dr Hatta telah bertukar menjadi Hulk setelah ucapan popularnya kepada Mr McGee yang berbunyi “Mr McGee You Don’t’t make me angry, You’ll hate me when I’m angry” tidak di endahkan oleh polis yang bernama Mr McGee. Dr Zul yang berada di belakangnya cuba metenteramkan keadaan sebelum Hulk baling polis-polis tu ke atas bangunan Sogo.
jangan Marah ye YB.... sekadar terkenang zaman kecil2 dulu tengok gambar Hulk malam selasa di TV1....
Munculnya Ikan Oarfish Petanda Akan Berlakunya Gempa?
4 bulan yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan