Di Ringkaskan daripada artikel oleh Dave Crouch, dari International Socialism, Jilid 110 (Musim bunga 2006).Penterjemahan Muhd Salleh.
Nota:Bolshevik adalah party socialist pimpinan VI Lenin yang telah membawa kepada kemenangan revolusi pekerja di Russia pada tahun 1917 . Revolusi ini telah menumpaskan rejim kejam Tsar Nicholas Russia.
Dari perspektif agama Islam, ideology Sosialisme biasanya dilabelkan sebagai pemahaman yang anti agama . Sosialis dengan mudahnya digelar sebagai golongan yang menolak kepercayaan kepada tuhan .Kewujudan pandangan tersebut dikalangan penganut Islam dan juga agama lain ada sebabnya . Tidak dapat dinafikan pelbagai kekejaman dan penindasan pernah dilakukan terhadap institusi agama oleh kaum yang mengelar diri mereka sebagai sayap kiri dan menegakkan sosialisme.
Walaupun sejarah tidak dapat dipadam dengan begitu mudah , apa yang penting ialah mengkaji fahaman sosialisme itu sendiri dan adakah benarnya ia menentang agama dan bergerak untuk menghancurkan institusi agama .
Sebaliknya juga terdapat banyak contoh pertubuhan sayap kiri yang muncul di kalangan penganut Islam. Malcolm X(seorang muslim) merupakan pengaruh besar pada para pemimpin Parti Black Panther revolusioner pada tahun 1960-an (menentang penindasan perkauman terhadap warga kulit hitam di Amerika).
Para pemimpin Mujahadin di Iran juga berdebat demi gabungan Marxsisme dan Islam dalam perjuangan gerila mereka menentang Shah Iran. Pada masa yang sama, kelas pemerintah di negara-negara Islamik sering bereksperimen dengan retorik sayap kiri untuk meningkatkan tarikan popular, seperti “sosialisme Islamik” yang dilaungkan oleh para pemimpin rampasan kuasa militer di Afghanistan pada 1973 atau oleh Zulfikar Bhutto semasa rancangan nasionalisasi di Pakistan pada pertengahan 1970-an.
Kalau kita kaji situasi di Russia selepas Bolshevik membina revolusi selepas 1917 di kalangan rakyat bekas Empayar Rusia, di mana 10 peratus daripada penduduk pada masa itu, lebih kurang 16 juta orang merupakan penganut Islam.
Sebenarnya pemerintahan di Russia selepas revolusi sosialis pekerja pada tahun 1917 boleh dipecahkan kepada dua tahap iaitu , tahap pimpinan dibawah Lenin dari 1917 hingga pertengahan 1920an dan selepas itu kepimpinan yang diterajui oleh Stalin. Saya akan mencuba menunjukkan bahawa polisi Bolshevik dari 1917 sehingga pertengahan tahun 1920-an sangatlah berbeza daripada serangan yang dilancarkan oleh Stalin ke atas Islam bermula tahun 1927, dan bahawa pada tahun-tahun awal tersebut, kaum Bolshevik mengalu-alukan penganut Islam kedalam perjuangan sosialis yang dibawa oleh Bolshevik.
Institusi Agama di bawah Bolshevik
Tanya kebanyakan orang beragama tentang USSR dan mereka akan mengutarakan senarai jenayah-jenayah benar Stalin ke atas apa-apa kepercayaan keagamaan. Seringkali semua sosialis dilabel dengan pandangan yang sama. Namun, kebenarannya adalah bahawa Stalinisme tidak mempunyai kaitan dengan realiti Parti Bolshevik pada masa Lenin, atau dengan tahun-tahun awal pemerintahan Bolshevik di Rusia. Sebagai contoh, syarat keahlian parti Bolshevik, agama merupakan urusan peribadi setiap warganegara. Tidak sekali pun ia memaksa sesiapa yang memasuki parti melepaskan kepercayaan agamanya terlebih dahulu.
Sememangnya orang ramai memegang idea-idea keagamaan apabila mereka berhubung dengan pertubuhan-pertubuhan sosialis. Apa yang ditegaskan oleh kaum sosialis ialah kepercayaan kepada diri sendiri , kepercayaan kepada kuasa rakyat sebagai kuasa pengubah dan penentu politik dunia.
Seringkali kita di kelirukan oleh pihak kapitalis bahawa Marx mengelar agama sebagai “candu rakyat” maka dengan itu , Sosialisme adalah anti agama dan Marxist menolak tuhan . Sebenarnya kenyataan Marx adalah seperti berikut ;
“Kesengsaraan keagamaan adalah, sekaligus, perluahan kesengsaraan benar dan protes menentang kesengsaraan benar(dunia realiti). Agama adalah keluhan insan yang ditindas, dan hati dalam dunia tidak berhati, dan jiwa keadaan-keadaan tidak berjiwa. Ia adalah candu rakyat.”6
Melalui kenyataan tersebut Marx sebenarnya menentang penyalahgunaan institusi agama. Propaganda pada ketika ( tahun 1800an ) adalah menyeru rakyat miskin dan tertindas menerima takdir mereka sebagai golongan yang ditindas . Segala keluhan mereka di salurkan sebagai doa kepada tuhan dengan harapan mereka akan lupa dunia sebenar yang kejam ini seketika.
Maka rakyat di seru berdoa setiap kali golongan kapitalis dan tuan tanah menindas mereka .Sebaliknya pihak sosialis menyeru mereka yang tertindas supaya berfikir kenapakah mereka ditindas. Bila rakyat faham bagaimana mereka telah diperkudakan oleh yang kaya dan tuan tanah, mereka akan berjuang. Inilah yang ditakuti kapitalis. Maka kapitalis telah bersekongkol dengan institusi agama mendesak rakyat untuk selalu sembahyang dan jangan tanya kenapakah mereka masih miskin??
Rakyat diperbodohkan pada ketika itu, kerana pihak berkuasa mengunakan propaganda agama sebagai suatu candu yang melalaikan rakyat miskin agar mereka lupa seketika kesengsaraan mereka. Ini lah yang ditentang oleh Marx, justeru mengelar agama sebagai ‘candu rakyat”
Sikap bukan sektarian Bolshevik terhadap agama diuji oleh permogokan umum di Petersburg pada Januari 1905. Ini berkemuncak dengan perarakan oleh 200,000 pekerja untuk menyampaikan petisyen kepada Tsar pada 9hb Januari, yang berakhir dengan pembunuhan oleh askar. Gerakan itu diketuai oleh seorang paderi Kristian, Georgy Gapon. Namun demikian, pihak Bolshevik menyertai demonstrasi itu, dan selepas itu Lenin berusaha untuk berjumpa dengan Gapon, berbincang dengan dia dan malah merekrut dia.10
Apabila Bolshevik mencapai kuasa pada Oktober 1917, mereka mengisytiharkan bahawa kerajaan Soviet tidak akan bersifat anti-keagamaan. Pada bulan Disember, gereka Ortodoks Rusia telah di reformasi. Gereja-gereja juga digunakan sebagai sekolah, dan tempat mengadakan aktiviti social yang sihat . Kumpulan-kumpulan keagamaan bebas mengunakan dengan percuma mana-mana bangunan bagi upacara keagamaan. Sekolah-sekolah bersifat sekular, tetapi bukannya anti-keagamaan.
Sebenarnya, beberapa gereja Kristian berkembang di bawah Bolshevik. Gerakan Protestan evangelikal – yang terdiri daripada beberapa pertubuhan denominasional, termasuk Baptis, Kristian Evangelikal, Pentekostal dan Adventis – bertumbuh daripada lebih kurang 100,000 peserta sehingga lebih daripada sejuta dalam dekad pertama pemerintahan Soviet. Pihak evangelikal ini terlibat dengan penyebaran agama secara berleluasa, mengambil kesempatan perlembagaan Soviet yang memastikan kebebasan propaganda keagamaan. Mereka menerbitkan pelbagai karya-karya keagamaan, mengendalikan sekolah-sekolah Kitab untuk melatih pengkhutbah, mengatur rancangan-rancangan kebajikan dan mengasaskan koperatif pertanian dan pengeluaran.
Lenin meyakinkan Majlis Pusat parti untuk meluluskan dekri yang mengkutuk ahli-ahli parti yang melanggara nasihat dia: “Secara khusus elaklah apa-apa yang akan memberikan dasar bagi mana-mana bangsa individu untuk berfikir, dan musuh-musuh kita untuk berkata, bahawa kita menindas orang kerana kepercayaan keagamaan mereka”.14
Islam dan penumbangan empayar
Penganut Islam telah mengalami kesengsaraan dalam tangan imperialisme dibawah Tsar Russia Kemarahan mereka timbul selepas permulaan konskripsi di Asia Tengah semasa Perang Dunia Pertama, apabila pemberontakan besar-besaran pada musim panas 1916 menyaksikan 2,500 kolonialis Rusia terkorban. Pemberontakan itu diikuti oleh penindasan ganas: pihak Rusia membunuh lebih kurang 83,000 orang. Maka, krisis Tsarism pada 1917 telah meradikalisasi berjuta-juta penganut Islam, yang menuntut kebebasan agama dan hak-hak kebangsaan yang dinafikan oleh empayar. Pada 1hb Mei 1917, Kongres Islam Se-Rusia Pertama diadakan di Moskow. Daripada 1,000 wakil, 200 merupakan perempuan. Selepas perdebatan sengit, kongres itu mengundi demi hari bekerja lapan jam, pembasmian harta bertanah swasta, rampasan tanpa gantirugi ke atas harta-harta besar, kesama-rataan hak politikal bagi perempuan, dan kelarangan poligami dan purdah. Kongres itu bermakna bahawa penganut Islam di Rusia merupakan yang pertama di dunia untuk membebaskan perempuan daripada larangan yang biasa bagi negara-negara Islamik pada masa itu.17
Pada masa itu juga terdapat perbincangan berleluasa di kalangan penganut Islam tentang kesamaan nilai-nilai Islamik dengan prinsip-prinsip sosialis. Para penyokong “sosialisme Islamik” merayu kepada penganut Islam agar mengasaskan soviet-soviet( kumpulan kuasa rakyat diperingkat tempatan). Slogan-slogan popular termasuklah: “Agama, kebebasan, dan kemerdekaan!” “Panjang hayat kuasa soviet, panjang hayat syariah!”
Satu perspektif akan sikap masa itu diberikan oleh Mohammed Barkatullah, bekas seorang profesor di Jepun, yang pada 1919 menjadi penasihat kepada keluarga di-raja di Afghanistan, yang sedang bersedia untuk peperangan dengan imperialis Britain. Barkatullah menjelajah ke sekitar Asia Tengah (yang pada masa itu dikenali sebagai Turkestan), mengagihkan risalahnya bertajuk Bolshevisme dan Politik Islamik. Senaskah jatuh ke dalam tangan polis rahsia Britain di India, yang menterjemahkannya dari Bahasa Parsi. Ada baiknya ia dipetik secara panjang-lebar:
Berikutan malam-malam autokrasi Tsaris yang gelap lagi panjang, subuh kebebasan manusia telah muncul di kaki langit Rusia, dengan Lenin sebagai mentari bersinar yang memberikan cahaya dan kemurnian kepada siang kebahagian manusia ini… Pentadbiran kawasan-kawasan luas di Rusia dan Turkestan telah diletakkan dalam tangan pekerja, petani dan askar. Perbezaan perkauman, agama dan kelas telah melesap… Tetapi musuh republik tulin lagi unik ini adalah imperialisme Britain, yang ingin mengekalkan negara-negara Asiatik dalam keadaan dijajahkan buat selama-lamanya. Ia telah menghantar tentera ke Turkesten dengan tujuan menebang pokok muda kebebasan manusia sempurna ketika ia sedang berakar dan menjadi kuat. Masanya telah tiba bagi penganut Islam sedunia dan negara-negara Asiatik untuk memahami prinsip-prinsip mulia sosialisme Rusia dan menyemaikan secara serius dan bersemangat. Mereka patut memahami dan menyedari nilai-nilai asas yang dididik oleh sistem baru ini, dan demi pertahanan kebebasan benar, mereka patut menyertai askar Bolshevik untuk menentang serangan penjajah dan penindas, iaitu pihak Britain. Mereka patut, tanpa berlengah, menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah Rusia untuk mempelajari sains moden, seni mulia, fiziks praktikal, kimia, mekanik, dsb. Wahai penganut Islam! Dengarlah seruan mulia ini. Genggamlah seruan kebebasan, kesama-rataan dan persaudaraan yang saudara Lenin dan kerajaan Soviet menawarkan kamu.23
Penganut Islam dan soviet-soviet
Kebebasan agama merupakan aspek penting daripada kebebasan kebangsaan bagi rakyat tertindas di bekas negara jajahan Rusia. Polisi Bolshevik bermatlamat, sejauh mungkin, mengganti-rugi jenayah Tsarisme terhadap minoriti kebangsaan dan agama mereka. Ini bukan sahaja diperlukan demi keadilan dan demokrasi asas, tetapi juga diperlukan untuk mendedahkan pembahagian kelas di antara penganut Islam. Maka, kebebasan kebangsaan dan kemerdekaan daripada Rusia merupakan aspek asas daripada polisi Soviet. Satu deklarasi Kepada Semua Pekerja Islam di Rusia dan Timur, diluluskan oleh kerajaan Soviet muda pada 24hb November 1917, menyatakan:
Wahai Muslimin Rusia… kamu yang telah melihat masjid dan surau kamu dimusnahkan, kepercayaan dan budaya kamu diinjak oleh Tsar dan penindas Rusia: kepercayaan dan upacara kamu, institusi kebangsaan dan kebudayaan kamu sentiasa akan bebas dan terselamat mulai sekarang. Tahulah bahawa hak kamu, seperti semua warga Rusia, berada di bawah penjagaan revolusi…
Tugu-tugu Islamik suci, buku-buku dan barangan yang dirompak oleh Tsar dikembalikan kepada masjid: al-Quran Suci Osman dipulangkan kepada Kongres Islam di Petrograd pada Disember 1917.25 Jumaat, hari upacara keagamaan Islam, diisytiharkan sebagai cuti di seluruh Asia Tengah.26
Adat syariah merupakan tuntutan utama penganut Islam semasa Revolusi Februari 1917 dan, apabila perang saudara mula reda pada 1920-1921, sistem makhamah baru diasaskan di Asia Tengah dan Kaukasus, dengan makhamah Islamik mengendalikan urusan perundangan berpandukan adat syariah di samping institusi-institusi perundangan Soviet. Matlamatnya adalah bagi rakyat mempunyai pilihan di antara perundangan keagamaan dan revolusioner. Sebuah Majlis Syariah diasaskan dalam Komisariat Perundangan Soviet untuk mengendalikan sistem itu. Pada 1921, siri majlis diikat kepada unit-unit tempatan pentadbiran Soviet dengan tujuan mengubahsuai kod perundangan Rusia berpandukan keadaan di Asia Tengah, membenarkan kompromi di antara dua sistem itu berhubungan persoalan seperti perkahwinan bawah umur dan poligami.
Sistem pendidikan paralel juga diasaskan. Pada 1922, hak memegang harta wakaf (Islamik) tertentu dipulihkan kepada pentadbiran Islam, dengan syarat ia mesti digunakan untuk pendidikan. Hasil daripada itu, sistem madressah – sekolah-sekolah keagamaan – bercendawan. Pada 1925, terdapat 1,500 madrassa dengan 45,000 murid di negeri Dagestan di Kaukasus, bertentangan dengan hanya 183 sekolah kerajaan. Menjelang November 1921, terdapat lebih daripada 1,000 sekolah soviet di Asia Tengah, tetapi jumlah murid seramai 85,000 agak kecil berbanding dengan angka potensi.28
Kesan polisi-polisi Bolshevik ini adalah pemisahan di antara gerakan Islamik sayap kiri dan sayap kanan. Ahli-ahli sejarah setuju bahawa majoriti pemimpin Islam meluahkan sokongan terhad demi kerajaan pekerja, yakin bahawa terdapat peluang kebebasan agama yang lebih besar di bawah kuasa Soviet.29 Maka, pihak Bolshevik mampu membuat persekutuan dengan kumpulan pan-Islam Kazakh, iaitu Ush-Zhuz, gerila pan-Islam Parsi di Jengelis, dan kaum Vaisit, sebuah kumpulan Sufi. Di Dagestan, kuasa Soviet didirikan secara umumnya kerana partisan pemimpin Islam, Ali-Hadji Akushinskii. Di Chechnya, pihak Bolshevik memenangi sokongan Ali Mataev, ketua sebuah kumpulan Sufi yang kuat dan yang memimpin Majlis Revolusioner Chechnya.30
Serangan Stalin ke atas Islam
Usaha-usaha Bolshevik untuk menjamin kebebasan agama dan hak-hak kebangsaan kemudiannya dilucutkan oleh kelemahan industri Soviet dan kegagalan memenuhi keperluan asas rakyat. Kemiskinan mengheret Russia selepas perang saudara. Pada 1922, subsidi Moskow ke Asia Tengah terpaksa dipotong dan banyak sekolah kerajaan terpaksa ditutup. Para cikgu meninggalkan kerja mereka kerana kegagalan membayar gaji. Ini bermakna bahawa sekolah-sekolah Islam yang dibiayai oleh masyarakat menjadi satu-satunya alternatif: Makhamah-makhamah syariah tidak lagi diberikan pembiayaan pusat selepas 1924.
Apabila Stalin mencuba memusatkan dan menguatkan kuasanya.Beliau ingin menjadikan Russia sebuah Negara yang kuta dan ditakuti . Birokrasi Stalinis mendapati bahawa nasionalisme Rusia, yang menekan persambungan di antara Stalianisme dan Tsar, boleh menjadi senjata kuat untuk mengikat pekerja kepada rejim Stalin . Oleh yang demikian, Stalin menggalakkan kelahiran semula cauvinisme Rusia. Dia menjumpai sokongan agenda ini di kalangan ramai bekas pegawai Tsaris, yang terpaksa diserapkan oleh kaum Bolshevik dalam tentera, kerajaan, dan ekonomi. Pada 1922, Lenin telah memberi amaran bahawa pihak Bolshevik bakal “tenggelam dalam laut kotoran cauvinis Rusia Besar seperti lalat dalam susu”.
Perkembangan cauvinis Russia ini, mulai pertengahan tahun 1920-an, menyebabkan pihak Stalinis merancangan serangan terbuka ke atas Islam di bawah panji-panji menentang “jenayah berdasarkan budaya,” dengan tumpuan pada “hak-hak perempuan” dan, di Uzbekistan dan Azerbaijan, pada tudung secara khususnya. Slogan kempen ini merupakan “Hujum,” yang bermakna “serangan” dalam bahasa-bahasa Asia Tengah. Selepas propaganda yang tidak efektif selama dua tahun, hujum memasuki fasa tindakan pada 8hb Mac 1927 – Hari Perempuan Antarabangsa. Di perjumpaan-perjumpaan besar, para perempuan dipaksa membuka tudung: kumpulan-kumpulan perempuan peribumi dijangka naik ke pentas dan membuang tudung mereka ke dalam api.
Seorang pengarang sejarah hujum menunjukkan bahawa, pada tahun-tahun awal kuasa Bolshevik, idea menggalakkan – apatah lagi memaksa – perempuan Islam untuk memakai tudung tidak pernah masuk ke dalam fikiran Bolshevik:
Penutup
Di bawah Lenin, kepimpinan Bolshevik setia kepada pemahaman Marxsis.bahawa kerajaan mesti bersifat secular dan bukannya anti-keagamaan. Masyarakat-masyarakat keagamaan diberikan kebebasan luarbiasa di bawah revolusi, walaupun agama empayar Tsaris disekat kerana hubungannya dengan bekas kelas pemerintah. Penganut agama, termasuk agama Islam, yang menganggap diri mereka sebagai revolusioner dialu-alukan ke dalam barisan Bolshevik. ..
Tuntutan penganut Islam demi kebebasan agama berhubung rapat dengan tuntutan demi hak kebangsaan. Kaum Bolshevik berjuang di sisi penganut Islam untuk memenangi hak-hak itu daripada pihak Tsaris dan penjajah Rusia, tetapi juga dari pihak ultra-sayap kiri. Hak-hak ini diperjuangkan dan dimenangi dalam revolusi, bukannya dihadiahkan oleh rejim anti-agama yang menanti masa untuk menyerang penganut agama. Serangan ke atas hak-hak ini berasal dari kalangan cauvinis Rusia dari bekas rejim, yang secara umumnya terdiri daripada pegawai tentera yang membanjiri jentera kerajaan selepas perang saudara dan akhirnya menyokong Stalin sebagai pemimpin kontra-revolusi. Namun, unsur-unsur ini dibantu oleh aliran ultra-sayap kiri di kalangan Bolshevik yang menolak pendekatan Lenin dan membenci perbincangan tentang hak-hak kebangsaan atau keagamaan. (Kebanyakan komrad-komrad ini dibunuh oleh Stalin.)
Tudung Islamik bukanlah isu bagi kaum Bolshevik di bawah Lenin. Serangan besar-besaran ke atas tudung dilancarkan pada 1927 oleh cauvinis Rusia dan Stalinis, pendahulu menakutkan akan malapekata kolektivisasi paksa yang bermula beberapa tahun selepas itu. Pemaksaan membuka tudung merupakan polisi Stalinis dan bukannya amalan seorang sosialis sepertimana yang dibawa oleh Lenin.
Maka, dengan berdiri demi hak perempuan Islam memakai tudung pada hari ini, berarak bersama penganut Islam menentang serangan ke atas Iraq, Palestin, dan Afghanistan, mempertahankan hak penganut Islam untuk menentang penjajahan dengan kekerasan, dan menyertai penganut Islam sayap kiri dalam barisan-barisan bersatu, pihak sosialis sebenarnya mempertahankan tradisi sosialis yang berasal dengan Lenin.
Sosialisme menjamin hak beragama, sosialisme menentang kezaliman , ia menuntut kesamarataan. Propaganda menkambing hitamkan sosialisme harus dihentikan, prinsip dasarnya yang mementingkan kuasa rakyat harus difahami . Sosialisme abad ke -21 tidak menerima kekejaman rejim Stalin Russia . Ayuh kembali ke nilai murni sosialisma .
Diedit dan diringkas daripada artikel asal oleh ,
Sivarajan
Parti Sosialis Malaysia .
Perbezaan Antara Jin, Syaitan dan Iblis
3 bulan yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan