Persoalan isme sebenarnya bukanlah perkara yang baru, namun kita yang mendapat pendidikan separuh masak daripada kerajaan anti rakyat telah menyambung propaganda penjajah dengan melebelkan isme-isme dengan sesuatu yang buruk. Sekiranya kita membuka buku sejarah sekolah menengah kita akan di sajikan dengan perjuangan nasionalisme ataupun perjuangan kebangsaan yang telah di polopori oleh umno. Anda mungkin hanya akan berjumpa dengan nama-nama Boestaman dan Dr burhanudin tetapi mereka ini hanyalah di gambarkan sebagai pejuang nasionalis. Nama Pak sako hanyalah di ketegorikan sebagai seorang okoh sastera. Begitu juga dengan nama-nama seperti Rahi Kajai, Usman Awang dan lain-lain pejuang kemerdekaan yang berkhikmat dengan suratkhabar tidak di gambarkan sebagai pejuang kemerdekaan. Pelajar akan di sajikan dengan Dato Onn, Tengku Abdul Rahman dan lain lain tokoh bangsawan UMNO sebagai pejuang kemerdekaan tulin. Jauh lagilah kiranya nama-nama seperti Rashid Maiden, Chin Peng, Kamrudin the, Moktarudin Lasso dan lain-lain pejuang yang melibatkan diri dengan PKM untuk di sejarahkan sebagai pejuang kemerdekaan.
Seingat aku sewaktu sambutan 25tahun kemerdekaan temanya ialah Nasionalisme Teras Perpaduan. Aku bertanyakan pada guru sejarah apakah itu nasionalisme? Guru sejarah menjawab Nasionalisme itu maksudnya kebangsaan. Apa itu kebangsaan? Kebangsaan adalah satu isme yang di jadikan sebagai satu pentas perjuangan untuk mencapai sesuatu tujuan. Apakah kebangsaan itu satu idiologi? Kiranya nasionalisme itu kita kaitkan dengan UMNO jawapannya sudah tentu tidak. Kenapa? Kerana umno tidak menganut sebarang idiologi. Di dalam umno bukan tempat untuk beridiologi atau ringkasnya orang yang mempunyai prinsip tidak boleh bersama umno. Idiologi UMNO adalah apa yang boleh untung, apa yang boleh membuat umno menang.
Nasionalime sebenarnya mempunyai fahaman dari skop yang cukup besar. Menyamakan nasinalisme dengan perkataan kebangsaan sebenarnya adalah salah. Kebangsaan hanyalah sebahagian daripada prinsip nasionalime. Pendek kata UMNO bukanlah parti nasionalis atau parti kebangsaan. Apakah sama perjuangan nasionalis pemimpin umno jika di bandingkan dengan perjuangan nasionalis seperti Dr Burhanudin, Boestaman, Rashid Maiden dan lain-lain pejuang kiri. Apakah pejuang kiri bukan seorang nasionalis? Apakah nasionalis pejuang kiri meletakan melayu sebagai matlamat perjuangan mereka? Mereka juga berbangsa melayu, mereka juga beragama Islam tetapi mereka bukan manusia yang anti pada bangsa selain melayu. Apakah mereka ini anti melayu? Apakah mereka ini menjadikan Lenin dan Mark sebagai nabi mereka? Jawapannya TIDAK!
Sewaktu bersembang dengan seorang kawan yang berfahaman umno sewaktu PRK Permatang Pauh tempoh hari beliau telah melahirkan kebimbangan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana katanya sejak keADILan bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia(PRM) PKR telah di resapi dengan idiologi sosialis. Aku Tanya kepadanya kenapa pula dengan sosialis? Katanya sosialis adalah komunis yang tidak percayakan Tuhan. Aku katakan padanya “jadi sekarang ini Anwar Ibarhim dah jadi seorang atheis lah? Katanya bukan macam tu. Aku balas habis kalau bukan macam tu, macam mana pulah kau katakan sosialis tak percayakan Tuhan? Itu pandangan seorang ahli umno yang berstatus exco pemuda negeri terhadap maksud sosialis. Hanya boleh bercakap tapi tak tahu apa yang di cakapnya.
Ramai yang bercakap tentang soal kesyumulan Islam, betapa lengkapnya Islam yang telah di wariskan Rasulullah kepada umatnya. Semua idiologi-idiologi adalah sesat dan menyesatkan sama ada yang di panggil sosialisme, nasionalisme atau libralisme. Menurut mereka idiologi-idilogi adalah bertentangan dengan fitrah manusia.
Aku sendiri tidak pasti apakah prinsip socialisme yang bertentangan dengan fitrah manusia seperti dinyatakan.? Menuduh orang itu sesat, orang ini sesat tanpa hujah adalah sesuatu perkara yang memualkan. Sekiranya benar sesat bukankah menjadi kewajiban kepada mereka yang tidak sesat untuk membawa kembali orang yang sesat ke pangkal jalan. Apakah di hadapan Rabul jalil nanti anda boleh menjawab bahawa anda telah tunaikan tanggungjawab anda sebagai seorang muslim dengan memberitahu bahawa si polan dan si polan itu sesat. Bukankan Islam itu di tegakkan dengan hujah. Dimana hujah kamu mengatakan orang selain daripada ahli parti kamu adalah sesat?
Bercakaplah jika kita merasakan kita mampu untuk berhujah dengan pendapat kita tapi jika sekadar dengar-dengar tidak salah kalau kita bertanya.
Perbezaan Antara Jin, Syaitan dan Iblis
3 bulan yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan