THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Khamis, 16 Julai 2009

KENAPA PAS HANYA MENANG DENGAN 65UNDI DI MANEK URAI?


17 julai –
Pas kehilangan hampir 400undi di dalam PRK Manek Urai berbanding dengan keputusan PRU yang lalu. Penambahan undi di pihak BN pula adalah kerana peratusan keluar mengundi telah meningkat hingga ke 87 peratus berbanding dengan 78 peratus sewaktu PRU yang lalu. Namun begitu setelah post mortem awal di adakan punca utama Pas kehilangan undi ialah di sebabkan ketidakhadiran Ketua PARTI SARKAS atau ringkasnya Parti Pasar Batu Kawan di dalam PRK manek Urai ini.

Ketiadaan Pakar menghukum orang kafir ini telah menyebabkan pengundi-pengundi PAS yang lalu telah berkecil hati untuk memberi undi kepada Pas. beliau yang satu satunya pemimpin parti yang paling paling hebat di negeri Pulau Pinang ini malah di Malaysia juga adalah seorang yang cukup aktif berkonvoi membawa bendera kesana sini sewaktu PRU yang lalu. Kemengangan Pas dengan berjaya merampas kerusi Kuala Terangganu juga adalah hasil daripada kehadirannya membawa bendera kesana sini di dalam Bandar Kuala Terangganu.

Namun begitu ketidak hadirannya tidak boleh di salahkan kerana berkemungkinan beliau kini sudah tak ada duit kerana café nya ketiadaan pelangan. Kemungkinan juga setelah mendapat nasihat daripada penasihatnya si Lebai Sexs supaya jangan pergi ke PRK manek Urai kerana jika beliau pergi ke sana Lebai Sexs akan kehilangan kawan untuk di perbodohkan di samping dapat minum percuma di cafe anjing kurap.

Adalah di cadangkan kepada Pas pusat agar pada masa-masa hadapan perlulah memikirkan bagaimana untuk memastikan kehadiran ketua parti PASAR di dalam setiap PRU ataupun PRK kerana ketiadaan beliau untuk berkonvoi membawa bendera akan menyebabkan Pas akan mengalami kekalahan. -

Tiada ulasan: