THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Selasa, 2 Jun 2009

CHIN PENG. STRATEGI UMNO YANG MEMAKAN DIRI.






Heboh dua tiga hari ni tentang wira Negara Kesatria Chin Peng. Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hwa. Chin Peng adalah anak kelahiran Setiawan Perak 85 tahun yang lalu. Beliau yang juga merupakan setiausaha agung kedua Parti Komunis Malaya iaitu jawatan tertinggi di dalam haraki Parti Komunis Malaya (PKM). Kini adalah di beritakah bahawa beliau tinggal di Thailand setelah menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia pada tahun 1989 yang lalu.

Pengerusi gerakan Pulau Pinang Tan Hock Nan tiba2 saja hendak menjadi hero setelah parti mereka di tolak 100% di Pulau Pinang oleh masyarakat cina telah menyuarakan agar kerajaan memberi peluang Chin Peng pulang semula ke tanah airnya. Maka hirok pikuklah segelintir penyokong-penyokong penjajah British membantah cadangan itu. Yang langsung tidak pernah membaca sejarah pun nak tunjuk terer berhujah bahwa Chin Peng dan komunis itu ganas. Bagi mereka wayang Bukit Kepong yang di siarkan setiap tahun menjelang hari kemerdekaan sudah cukup untuk mengambarkan kekejaman komunis.

Cerita Chin Peng timbul di tengah-tengah kehilangan kepercayaan rakyat terhadap parti yang telah di wakilkan British ketika meninggalkan Malaya. UMNO BN yang sudah tidak mampu lagi untuk menepis serangan yang di halakan kepada mereka.cuba mencipta beberapa isu untuk menutup segala kepincangan mereka. Lebih memalukan lagi apabila UMNO/BN menyerah kalah sebelum berperang di Penanti. Akibat ketakutan yang amat sangat UMNO/BN juga terpaksa melepaskan ADUN Kota Alam Shah dari tahanan ISA apabila di kejut oleh pemimpin Hindraff itu untuk meletakan jawatan. Maka untuk mengalih segala kemaluan yang sudah tertutup itu UMNO/BN melalui sekutunya Gerakan telah menimbulkan isu Chin Peng yang kemudiannya serta merta di jawab oleh menteri pertahanan yang telah di ketahui umum terpaksa berulang ke tandas seperti S.samsudin dalam cerita seniman Bujang Lapuk kerana tidak berani berdepan dengan Hussam Musa.Kemudian disambung pula oleh si Rais Yatim dan kini oleh konco konco melayu keparat.

Mengapa isu Chin Peng di timbulkan?

Isu Chin Peng adalah rendetan perancangan UMNO/BN dalam membuat propaganda membina kembali tembok perkauman yang telah runtuh pada mac 2008. Tembok perkauman yang selama ini menjadi perisai kepada kekuatan UMNO runtuh akibat dari Tsunami politik tanah air dan semakin runtuh dengan kekalahan yang memalukan UMNO di Bukit Gantang. Jika anda perihatin dengan suasana politik Malaysia anda akan tertanya-tanya mengapakah Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah di beri kelulusan setelah kekalahan UMNO pada pilihanraya yang lalu. Saya membuat andaian begini.

1. Idiologi sosialisme dan komunisme adalah sesuatu yang telah di momokkan sebagai satu ajaran yang bertentangan dengan Islam. Komunisme juga di anggap sebagai sesuatu yang menentang Islam atau lebih tepat lagi Anti Islam.
2. propaganda yang di buat oleh British yang kemudiannya di sambung oleh anak muridnya UMNO, komunis adalah kejam, kuku besi dan segala yang buruk itu adalah komunis.
3. Komunis juga di gambarkan sebagai satu pertubuhan atau parti politik yang di miliki oleh bangsa cina, oleh itu mereka gambarkan perperangan menentang penjajah adalah peperangan menentang melayu.
4. Di gambarkan juga bahawa komunis telah banyak membunuh orang melayu walau pada hakikat dan faktanya yang menjadi korban perperangan kebanyakannya adalah orang cina.
5. Sosoialime pula di anggap sebagai adik kepada komunis. Oleh itu kebanyakan pemimpin parti kiri telah di tahan sejak Negara belum merdeka dan sehingga kini kebanyakan pemimpin politik yang sentiasa di tahan polis adalah daripada PSM bukannya PAS dan PKR apatah lagi DAP.
6. PSM adalah sebuah parti politik berhaluan kiri yang mempunyai hala tuju dan prinsip yang jelas tanpa berselindung telah di tubuhkan hampir 11 tahun yang lalu, namun permohonan untuk mendapat kelulusan daripada ROS sentiasa di tolak di atas alasan keselamatan Negara.
7. Namun begitu setelah kekalahan UMNO pada PRU yang lalu secara tiba2 Kementerian dalam Negeri yang menterinya pada ketika itu Hamid Albar telah berlembut hati untuk memberi kelulusan pendaftaran kepada PSM dan akhirnya PSM kini dapat bergerak secara sah di pentas politik Malaysia.
8. Jika alasan ROS selama ini ketidak lulusan PSM adalah kerana keselamatan Negara, mengapa pula kini di luluskan? Apakah PSM telah berubah prinsip perjuangan? Tidak!!! PSM Bukan UMNO atau MIC.

Andaian saya begini lagi.

1. Usaha UMNO untuk memecahah belahkan Pakatan Rakyat dengan isu perkauman ternyata gagal. Pakatan rakyat semakin utuh dan tembok perkauman telah di ratakan. Mungkin tembok perkauman di dalam Pakatan rakyat hanya tinggal di Pulau pinang, itupun hanya segelintir dari kalangan pemimpin pemuda negerinya. (Ketua Pemuda PAS Batu Kawan tidak boleh di ambil kira sebab dia SRP pun lingkup)
2. UMNO sebenarnya berharap PSM menjadi sebahagian daripada pakatan Rakyat tetapi malangnya PSM bertindak tidak bersama Pakatan Rakyat walaupun sentiasa menyokong PR di dalam program2 yang membela nasib rakyat.
3. Harapan UMNO ialah apabila PSM bersama PR maka sekali lagi jarum propaganda sosialisme anti agama akan berjalan dan akhirnya PR menjadi sasaran mereka dengan mengatakan PR kini sudah di resapi dengan sosialis yang anti Islam. Sudah tentu muncung senjata itu di hala terus kepada PAS kerana dasar Islam yang PAS perjuangkan.
4. Jika jarum suntikan itu berjalan maka harapan UMNO ialah akan berlaku perpecahan di dalam PR dan ahli PAS yang bodoh macam ketua pemuda PAS batu kawan akan memboikot setiap program parti yang melibatkan DAP, PKR dan PSM seperti yang telah mereka lakukan didalam PRK Permatang Pauh dan Penanti.
5. Media akan memainkan isu ini bagi menjauhkan rakyat dengan PR kerana kononnya PR kini telah bergabung dengan komunis dan akhirnya tembok perkauman yang anti cina akan kembali di bina oleh penyokong PR itu sendiri.
Oleh kerana PSM tidak bersama dengan PR maka rancangan yang telah di rancang oleh UMNO itu gagal. Namun begitu tembok perkauman masih perlu di hidupkan seperti masa yang dirancang. Maka secara sengaja Pengerusi Gerakan Penang telah di amanahkan untuk mengutarakan isu Chin Peng kerana beliau adalah seorang cina. Maka di hayunnya Chin Peng setiap hari di dada akhbar dan TV. Tujuannya tiada lain melaikan untuk mengapi apikan perkauman agar perasaan marah orang melayu terhadap orang cina terbakar semula.

Akibat sifat UMNO yang suka berbohong sejak 63 tahun lalu segala propaganda yang mereka jalankan sudah tidak di percayai rakyat lagi melainkan segelintir melayu keparat seperti ketua pemuda pas batu kawan yang bahlol itu. Strategi yang umno gunakan sebenarnya sudah ketinggalan jauh kebelakang. UMNO masih merasakan generasi muda mempunyai pemikiran seperti pemuda UMNO @ ketua pemuda pas batu kawan.

Isu Chin Peng ini akan berakhir dengan kebenaran akhirnya pasti menyinar. Rakyat akhirnya akan sedar siapakah pembela tanah air dan siapakah menjual tanah air dan menjadi talibarut British. UMNO mungkin boleh menipu ketika era tiada kecangihan IT dengan menulis buku sejarah tingkatan 3. UMNO hanya boleh menipu orang2 seperti ketua pemuda pas batu kawan yang lingkup SRP tu.

Cerita Chin Peng akan terus di bongkar. Buku Chin Peng dan yang berkaitan dengan perjuangan bintang tiga akan terus laris. Usaha UMNO untuk memburukkan Chin Peng sebenarnya hanyalah satu promosi percuma kepada Chin Peng dan PKM. Blog-blog pro komunisme akan terus mendapat pertambahan rating kerana akan ada ramai yang akan mencari maklumat sebenar dari mulut ahli PKM itu sendiri. Riwayat UMNO sebenarnya sudah sampai ke penghujung. Teori RAHMAN sudah pasti akan menjadi kenyataan dan UMNO sepatutnya sudah bersedia menerima hukuman dari rakyat atas penipuan mereka sejak 63 tahun yang lalu. Pejuang sebenar tanah air akan pasti berada di tempatnya pada suatu hari nanti. Pejuang itu ialah Kesatria Chin Peng Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya.

Viva La Chin Peng
Viva La Revolutions

Sosialis Hijau
http://greensocialis.blogspot.com

3 ulasan:

JJB berkata...

The truth is out there.... Bongkarkan Xfile ini

Cheguman berkata...

PKM tidak ganas di Malaysia? Atuk awak tak cerita ke? Atau dia pun komunis jugak?

Sosialis Hijau berkata...

cerita.. kenapa pulak tak cerita.. di cerita kisah arnab dan kura kura