THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Selasa, 2 Jun 2009

ULASAN ARTIKAL RUHANIE AHMAD (KUDA KEPANG BLOGSPOT) TENTANG CHIN PENG


Di dalam sebuah artikal Ruhanie Ahmad di dalam Blognya Kuda Kepang, si kuda yang bertuhankan Mahathirisme ini telah menulis seperti berikut :

SEJARAH NEGARA KITA SEDANG DIPERSENDAKAN KE PERINGKAT PALING MAKSIMUM. MANA BOLEH KETUA PARTAI KOMUNIS MALAYA (PKM) BERNAMA CHIN PENG DIGELAR PEJUANG KEMERDEKAAN?

Habis tu siapa pula yang patut di gelar perjuang kemerdekaan? Apakah yang patut bergelar kemerdekaan itu ialah :-

1. Dato Onn?
2. Tengku Abdul Rahman?
3. Tan Cheng Lok?
4. Ataupun mak bapak dan tok wan Ruhanie itu sendiri?

Menjadi anak didik penjajah dan bekerja dengan penjajah, hidup sebagai golongan bangsawan dan bersekutu dengan penjajah untuk membunuh orang melayu Islam itu di katakan perjuang kemerdekaan? Dalam kebanyakan buku-buku yang telah saya baca termasuklah buku Kisah Singapura yang di tulis oleh sekutu Tengku sendiri Lee Kuan Yew belum ada yang tidak mengatakan bahawa UMNO itu pejuang kemerdekaan. Malah di dalam buku memoir ketua kaum ibu UMNO Srikandi Khatijah Sidik sendiri menceritakan bagaimana cara kehidupan para pemimpin UMNO ketika itu. Mereka di atas adalah sebahagian manusia yang menjadi talibarut penjajah. Mereka semua telah bersubahat dengan penjajah di dalam menangkap dan memenjarakan pejuang-pejuang seperti Boestaman, Burhanudin dan dan lain lagi UMNO adalah parti ciptaan dan warisan penjajah yang di tubuhkan bagi menyambung kesinambungan idiologi kapitalis penjajah.

SAYA KENALI CHIN PENG MENERUSI NAMANYA SEJAK SAYA KECIL DI KAMPUNG SEPARAP, SIMPANG KIRI, BATU PAHAT, JOHOR. AYAH, IBU DAN GURU-GURU SAYA SERING MENCERITAKAN HAL CHIN PENG DAN PKM KEPADA SAYA. DARI CERITA-CERITA MEREKA, SAYA INSAF BAHAWA CHIN PENG ADALAH PENGGANAS YANG PERLU DISULA.


Jelaslah Ruhanie Ahmad yang pernah di agungkan oleh sebahagian daripada penyokong PAS ketika waktu beliau menentang Bekas PM pak Lah dulu hanyalah seorang yang suka mendengar cerita daripada mencari bukti dan fakta dari kebenaran cerita itu sendiri. Akhirnya Ruhanie pula menambah cerita untuk menyedapkannya. Mungkin ruhanie yang berfahaman Mahathirisme hanyalah berminat dengan buku buku yang menceritakan kisah sang kancil dengan buaya atau pun kisah lebai malang je.

KATA IBU SAYA, DI KAMPUNG SAYA SENDIRI MASIH WUJUD BUKTI KEGANASAN PKM PADA TAHUN 1945. DI KAMPUNG SAYA BANYAK RUMAH DIBAKAR SECARA RAMBANG. DI KAMPUNG SAYA ADA SEKELUARGA MELAYU DI KUBURKAN HIDUP-HIDUP DAN BERAMAI-RAMAI OLEH PENGGANAS PKM. DI KAMPUNG SAYA ADA ORANG YANG DI SULA DAN DIGANTUNGKAN KE POHON PEDADA DI PINGGIR SUNGAI SIMPANG KIRI.DI SUATU KAMPUNG YANG KIRA-KIRA EMPAT KILOMETER DARI KAMPUNG SAYA, TERDAPAT SEJARAH PENDUDUKNYA DI HUMBANKAN KE DALAM MINYAK YANG MENGGELEGAK DALAM KAWAH GERGASI. MEREKA MATI BAGAIKAN KATAK.

Ha ha ha mungkin Ruhanie sesuai menjadi guru tadika daripada menjadi seorang wartawan. Ohh baru saya ingat sewaktu Ruhanie menjadi wartawan dulu beliau hanyalah mengendalikan ruangan kembang setaman dan mari bercerita. Aduh… Baru haru ini aku dapat menilai kecetekan pemikiran kamu. Wahai Ruhanie. Tidak ku sangka pemikiran kamu hanyalah sama taraf dengan ketua pemuda pas Batu kawan saja. Sekarang sudah zaman ultra milinium wahai Ruhanie. Jangan samakan zaman remaja anda dengan zaman ini. Cerita dongeng anda itu belum tentu di terima oleh budak tadika sekalipun.

DI SATU LAGI KAMPUNG PENDALAMAN KIRA-KIRA ENAM KILOMETER DARI KAMPUNG SAYA, SEBUAH SURAU PERNAH DIJADIKAN PUSAT PENGGANAS BINTANG TIGA (PKM) UNTUK BERPESTA MEMINUM ARAK DAN MENIKMATI JUADAH KHINZIR PANGGANG. DI SITU JUGA SEKUMPULAN PERAWAN MELAYU PERNAH DIROGOL DAN DIPERKOSA OLEH GEROMBOLAN PENGGANAS YANG SAMA.

Eh betul ke surau telah dijadikan pusat penganas untuk berpesta minum arak… ooo kalau macam tu apa bezanya dengan UMNO sekarang? Bukankah UMNO melarang orang mengadakan majlis ilmu di masjid dan surau? Bukankah UMNO yang kononnya sudah mendapatkan kemerdekaan dari bapanya penjajah itu memberi lesen arak kepada kapitalis2. Adakah kerana arak yang kononnya di minum oleh penganas itu tidak membayar cukai maka Ruhanie menghukumnya haram dan acara minum arak di dalam parlimen ketika awal kemerdekaan dulu halal kerana araknya berbayar cukai? Jika itulah perkiraan Ruhanie maka samalah Ruhanie dengan ketua pemuda pas batu kawan yang bahalol tu.

BERIKUTAN SELURUH PERISTIWA DI ATAS, BANGKITLAH ANGKATAN PEMUDA PARANG PANJANG PIMPINAN ALLAHYARHAM KIAYAI SALLEH. KUMPULAN INI LEBIH DIKENALI SEBAGAI PEJUANG SELEMPANG MERAH. MEREKA BERTINDAK DAN BERJUANG SEMATA-MATA UNTUK MEMANSUHKAN KEZALIMAN PKM. MEREKA ADALAH PAHLAWAN YANG TIDAK PERNAH DIDENDANG. MEREKA BERJUANG DEMI AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR.

Patutlah PKM semuanya lari ke dalam hutan.. rupa rupanya kena halau dengan parang panjang je… Ishhh Ruhanie rupa rupanya kamu ni suka berkhayal macam seorang lebai sexs di kampong aku.

SAYA BELUM PERNAH BERTERUS-TERANG SEBEGINI MENERUSI TULISAN DI BLOG INI SEBELUM INI KERANA KHUATIR DITUDUH SEBAGAI MENGAPI-APIKAN SEMANGAT PERKAUMAN. TETAPI, SAYA PERNAH SUARAKAN KISAH DI ATAS DI DEWAN RAKYAT SEHINGGA MEMBUATKAN PIHAK DAP SENYAP DAN TERGAMAM.

Ooo rupa-rupanya selama ini ruhanie adalah seorang pembohong di dalam tulisannya. Ooo baru saya ingat prinsip fahaman Mahathirisme adalah BOHONG. UMNO itu sendiri perkauman bagaimana pula Ruhanie mengatakan tidak mahu mengapi apikan perkauman. Ruhanie mungkin boleh membuat DAP terdiam kerana DAP juga lahir daripa api perkauman tetapi apakah mungkin Ruhanie boleh membuat mulut kami terdiam dengan cerita dongengannya itu.

OLEH ITU, TANPA APOLOGI KEPADA SESIAPA, HARI INI SAYA KATAKAN BAHAWA SAYA HILANG SABAR BILA ADA INDIVIDU MENGATAKAN PEJUANG KEMERDEKAAN NEGARA ADALAH CHIN PENG. PASTINYA LUAHAN SUARA BANGKANGAN SAYA INI DISETUJUI OLEH PENDUDUK DI SEKITAR PAGOH, BUKIT PASIR DAN BUKIT KEPONG, MUAR, YANG TERDAPAT WARIS-WARIS MEREKA DIBUNUH OLEH PKM YANG ZALIM. PASTINYA ORANG PONTIAN JUGA TURUT MENYIMPAN KISAH SEPERTI INI DALAM LIPATAN SEJARAH KELUARGA MASING-MASING.BEGITU JUGA DENGAN MASYARAKAT MELAYU DI BAHAU, NEGERI SEMBILAN; DI SEKINCHAN, SELANGOR; DAN DI SUNGAI MANIK, PERAK. MEREKA JUGA MEMPUNYAI SEJARAH KEGANASAN PKM YANG HAMPIR SERUPA BENTUK DAN KISAHNYA.BERIBU-RIBU KELUARGA BEKAS POLIS KHAS ATAU SPECIAL CONSTABLE (SC), POLIS BIASA DAN ASKAR MELAYU JUGA PASTINYA AMAT ARIF AKAN KEZALIMAN PKM. BERATUS-RATUS AYAH, PAKCIK, DAN ANGGOTA KELUARGA MEREKA DI BUNUH ANGGOTA PKM SEWAKTU MEMPERTAHANKAN TANAHAIR DI ZAMAN DARURAT.WARIS-WARIS ASKAR MELAYU YANG HILANG KAKI, HILANG TANGAN DAN HILANG NYAWA AKIBAT BOM DAN JERANGKAP SAMAR PKM DI LEMBAH GUBIR PUN PASTINYA MENGAKUI BAHAWA CHIN PENG DAN PKM BUKAN PEJUANG KEMERDEKAAN NEGARA.

Sekali lagi Ruhanie cuba membawa pembaca dengan kisah dongeng Bukit Kepong arahan sahabatnya Jins Samsudin. Polis dan tentera yang bekerja dengan penjajah di katakan wira oleh Ruhanie. Hukum akal yang macam mana yang di gunakan oleh ruhani jika polis dan tentera ketika itu di kata pejuang kemerdekaan. PKM mengangkat senjata menentang penjajah dan polis pula mempertahankan penjajah dengan menentang mereka. Tolong bagi ilham sikit wahai ruhanie dan sekutunya macam mana nak membolehkan aku mengatakan bahawa yang menjadi talibarut penjajah itu pejuang kemerdekaan.

Jika hendak di kirakan perasaan pernahkah Ruhanie terpikir selama ini dengan perasaan orang lain yang telah di zalimi UMNO. Bagaimana dengan perasaan balu syuhada Memali yang kehilangan suami mereka yang di bunuh secara kejam oleh polis atas arahan UMNO. Bagaimana dengan perasaan keluarga Kugan dan lain lain tahanan lokap yang mati ketika di tahan? Bagaimana pula dengan persaan keluarga tahanan ISA yang di kurung tanpa bicara oleh UMNO? Bagaimana pula perasaan pejuang pejuang tanah air yang kini berada di Thailand yang amat merindukan tanah air mereka. Ternyata Ruhanie tetap seperti dulu tak ubah macam Ibrahim Ali yang darahnya bergredkan Keris. Darah perjuangan pro penjajah sentiasa mengalir segar di dalam tubuh Ruhanie dan yang paling mengelikan hati Ruhanie rupa-rupanya peminat komik dongeng zaman 40an dulu.

CUKUPLAH SETAKAT INI CURAHAN RASA BANGKANGAN SAYA TERHADAP INDIVIDU YANG SEDANG MEMPERSENDAKAN SEJARAH PERJUANGAN BANGSA KITA MEMERDEKAKAN NEGARA.SAYA HARAP PIHAK BERKUASA AKAN SEGERA BERSUARA DAN BERTINDAK UNTUK MEMBETULKAN FAKTA DAN HAKIKAT SEJARAH YANG SEBENAR-BENARNYA.

Ya hanya ini saya setuju dengan dengan Ruhanie. Pihak berkuasa sememangnya perlu membetukan fakta dan hakikat sejarah yang sebenar-benarnya. Kita sudah berada di kurun ke 21. Cerita kura-kura dengan arnab sudah tidak releven lagi. Generasi sekarang hendak membaca cerita wira cybork dan Teminantor. Bagi kami Chin Peng Dan PKM adalah pejuang sebenar kemerdekaan tanah air hatta jika di bandingkan dengan PAS sekali pun perjuangan PKM adalah adalah perjuangan suci yang terulung. Perjuangan kemerdekaan PAS hanyalah bermula dengan penglibatan Dr Buhanudin al Helmi yang menjadi YDP Pas ketiga, jika tidak Pas langsung tidak boleh menumpang bangga dengan perjuangan kemerdekaan. Jika Pas sendiri hanyalah picisan dari perjuan kemerdekaan tulin apatah lagi dengan talibarut British yang bernama UMNO itu.

1 ulasan:

org memali berkata...

Tulisan sdr mmg berpengaruh bagi org2 yg belum merasai penangan kominis ini .Biar apa pun ideologi sdr , saya tidak kisah .Cuma saya minta sdr cuba selidik dan kaji dahulu berkaitan perjuangan kominis ini .Tak kan dgn sebab secupak beras ,insan tidak berdosa menjadi mangsa dan tak kan dgn sebab untuk ambil air sembahyang pada waktu malam ditembak . Mulia sangatkah perjuangan ini . Cuba sekali dlm seumur hidup bercakap benar dan berterus terang apakah perjuangan fahaman ini sebenarnya . Nak katakan menuntut kemerdekaan ,kenapa selepas kemerdekaan masih bermusuh dgn tentera kerajaan dan juga menganiaya rakyat jelata . Keadaan ini berterusan sehingga tahun 80an , adakah ini masih perjuangan menuntut kemerdekaan . Kejadian di Kroh , Ulu Legong dan Gubir masih segar diingatan . Perjuangan yg kamu banggakan itu lebih banyak menumpahkan darah anak bangsa kamu sendiri .