THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Selasa, 2 Mac 2010

suntingan terkini : GAMBAR2 SEKITAR PERHIMPUNAN MEMBANTAH PENSWASTAAN HOSPITAL



Hari ini telah berlansung perhimpunan serentak di 4 buah hospital bagi membantah kerajaan ketuanan Melayu untuk memberi hospital kepada tokey. Himpunan yang di selengarakan oleh satu-satunya parti politik di tanah air yang sentiasa memikirkan masalah rakyat iaitu Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Di saat pemimpin parti-parti politik lain sibuk bercerita tentang Fairuz, Zaharin, Zul Nordin dan perjuangan agama, bangsa dan negara, PSM tampil di tengah2 segala isu merapu tersebut menketengahkan isu rakyat miskin yang semakin di tindas oleh penguasa.




Di bawah adalah gambar-gambar tersebut.

HOSPITAL BESAR
SULTANAH BAHIYAH ALOR SETAR KEDAH


Sugu Dan Saras sedang lead perhimpunan



3 gambar di atas : Orang ramai yang menyertai himpunan tersebut... Tapi di mana Melayu? Ooo melayu semuanya sedang sibuk berpolitik. Orang Pas sibuk keluarkan fatwa siapa tak masuk partinya adalah ahli neraka. Orang PKR sibuk nak masuk umno demi bangsa agama dan negara. Orang UMNO pulak semuanya kaya-kaya belaka. Tak kisah kalau setakat nak bayar dua tiga ribu ringgit kalau masuk Hospiotal. Tak percaya hampa tanya mamat umno yang kerja sapu sampah..oppss ketua pemuda pas Batu Kawan pun kerja sapu sampaj jugak....

MP Jerai, Ustaz Firdaus Jaafar

MP Sungai Siput yang juga AJK Parti Sosialis Malaysia Dr Jeya Kumar

Mereka ini bukan sedang mengadakan perarakan Maulidur Rasul

Dr Mohd Hayati (MP Pendang) Ustaz Firdaus (MP Jerai) dan Dr Jayakumar (MP Sg Siput). mamat Pas yang sorang lagi tu gua tak kenai... Fadhil hang tolong mesej kat FB aku sat mamat ni sapa?

Chung Kai sedang di interview oleh seorang awek reporter,
lalu di belakangnya dalah seorang misi...


HOSPITAL SERDANG

SUNGAI BULOH - Kementerian Kesihatan digesa membekukan pelaksanaan Skim Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (FPP) di hospital-hospital kerajaan.

Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Mohd Nasir Hashim berkata, skim berkenaan dilihat akan memberi kesan negatif terutamanya kepada golongan miskin.

“Apabila skim ini dilancarkan pada tahun 2007, ramai pihak telah membantah pelaksanaannya kerana ia dibuat tanpa menjalankan sebarang kajian mengenainya.

“Pendekatan yang digunakan oleh kementerian mencerminkan kerajaan tidak serius terhadap tanggungjawab murni menjaga dan memupuk kualiti rawatan untuk pesakit biasa yang bergantung pada hospital-hospital awam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghantar memorandum bantahan kepada Timbalan Pengarah Hospital Sungai Buloh, Aminuddin Tauhid di sini semalam.

Penyerahan memorandum setebal dua muka surat itu hadir diserahkan bersama kira-kira 15 ahli serta penyokong Gabungan Membantah Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan (GMPPK).

Mohd Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara berkata, kementerian perlu menjalankan kajian terhadap kesan skim berkenaan terutamanya terhadap prestasi doktor-doktor pakar yang mengambil bahagian dalam skim terbabit.

“Ada sebahagian daripada pakar yang menumpukan terlalu banyak masa dan tenaga merawat pesakit swasta sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap pesakit biasa yang tidak membayar penuh.

“Malah, beberapa doktor pakar yang tidak mahu menyertai skim ini terasa tidak puas kerana mereka terpaksa menanggung kerja-kerja yang diabaikan oleh pakar yang melibatkan diri dalam skim terbabit dan ini membawa kepada kemerosotan semangat bekerja di kalangan doktor,” katanya.

“Kita juga meminta supaya pihak kerajaan agar meningkatkan bajet kewangan dan memperkasa untuk hospital kerajaan dan kita berharap pihak berkenaan akan mengambil berat serta tindakan sewajarnya untuk menangani perkara itu,” katanya.

Sementara itu di Serdang, GMPPK turut menyerahkan memorandum bantahan pelaksanaan skim itu di Hospital Serdang.

Bantahan yang dibuat melalui piket aman itu disertai beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) dan parti politik Pas.

Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan berkata, protes secara aman itu turut diadakan serentak di turut diadakan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan Hospital Sultan Ismail, Pandan, Johor Bahru.

Arutchelvan berkata, protes berkenaan bertujuan meminta kerajaan membatalkan skim rawatan swasta berkenaan di hospital lain yang dicadangkan, namun pada masa yang sama mewujudkan skim gaji lebih baik untuk semua kakitangan kesihatan kerajaan.

“Kalau mereka mengamalkan skim berkenaan untuk mengelakkan doktor pakar berhijrah dari hospital kerajaan ke tempat lain, apa yang perlu dilakukan adalah menaikkan gaji mereka (doktor pakar) kepada tahap yang relevan bukannya mewujudkan rawatan swasta di hospital kerajaan.

“Kita tidak mahu kemudahan awam di hospital kerajaan digunakan untuk membuat kerja swasta semata-mata memberi keuntungan kepada doktor pakar, namun merugikan rakyat negara ini yang bergantung kepada perkhidmatan hospital,” katanya.
Ini malam Arul masuk TV. Hampa jangan dok ingat dia ni karam Singh Walia pulak.

Menyerahkan memorandum bantahan di perhatikan oleh
Athirah dari Dewan Aweks Pas Pusat.








Hospital Sg Buluh

Di ketuai oleh Dr Nasir Hashim ADUN Kota damansara. Lain lain ADUN sedang sibuk..tak boleh datang.... cukup bulan angkat gaji...

HOSPITAL SULTAN ISMAIL JOHOR BAHARU


SOSIALIS HIJAU

Tiada ulasan: