THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Isnin, 1 Mac 2010

FAIRUZ DAN SELURUH AHLI SILAT GAYUNG SIAP SEDIA PERTAHAN AGAMA BANGSA DAN NEGARA


Politik hari ini bukan lagi untuk membela dan memperjuangkan kepentingan rakyat. Politik hari ini adalah balas dendam dan menunjukan siapa kuat. Inilah politik Sang Kuriang pahlawan rimba.


Politik hari ini mengunakan agama bangsa dan Negara untuk menghalalkan setiap perbuatan mereka. Nak berzina pun ok jika demi agama bangsa dan Negara. Nak minum arak pun ok jika demi agama bangsa dan Negara. Nak lompat parti pun ok jika demi bangsa agama dan Negara.


Zul Nordin berselindung di sebalik alasan bangsa dan agama untuk berlindung perbuatan jahatnya bersekongkol dengan Mamak Azis Kadirrrrr demi untuk terus mendapat alaun dan kemudahan seorang wakil rakyat setiap bulan.


Zaharin berkata tindakannya keluar PKR demi bangsanya yang tertindas oleh DAP sebagai alasan menutup malu projek anaknya yang di tolak kerajaan P.Pinang.


Adun Changkat Jering dan Behrang pun guna alasan bangsa bila terjun ke lubang taik bini rosmah untuk menghalalkan perbuatan rasuah mereka. Berahim Ali jangan cerita lagilah.


Bila Pas terima Berahim Ali jadi calonya di Pasir Mas pun juga berselindung di sebalik alasan agama. Kononnya Berahim ali tak perlu masuk Pas untuk jadi calon parti itu tetapi cukup sekadar menumpang di tangga depan pintu rumah. Dulu pas keluar fatwa nasionalis itu sesat dan kafir tetapi bila parti itu mengambil Berahim Ali sebagai calon yang kafir pun bertukar menjadi beriman.


Begitu juga dengan DEWAN PEMUDA PAS PULAU PINANG. Mereka bercakap soal halal dan haram. Yang itu tak boleh yang ini tak boleh. Tapi untuk menghalalkan perbuatan terkutuk AJK PASTI PULAU PINANG yang berSMS LUCAH dengan isteri orang maka DPPPP pun bersidang untuk keluarkan fatwa bahawa adalah di bolehkan untuk menganggu anak isteri orang sekiranya anda memakai jubah dan lebai dan di tambahkan lagi dengan sedikit janggut.


Hari ini seorang lagi kaitkan bangsa dan agama untuk menghalalkan perbuatanya masuk ke parti yang memberi lesen arak dan judi. Penyertaan bekas TKM1 Pulau Pinang ke dalam umno disandarkan kerana mahu mebela bangsa dan agama.


Sebab itulah rasanya industri filem di Negara ini berada di tahap kebodohan tahap Mat Sopi Ketua Pemuda Pas Batu Kawan. Datangkanlah apa saja filem melayu, penonton sudah tahu akan jalan cerita dan kesudahannya. Dialoqnya juga sudah boleh di jangka.


Wahai mereka mereka yang nak masuk umno atau nak mampus atau nak apa saja. Tak perlulah anda keluarkan kenyataan sebab apa anda masuk umno kerana kami semua dah tahu sesungguhnya masuknya kamu ke dalam parti yang telah mengadaikan hak orang melayu, masuknya kamu kedalam parti yang menolak hukum hudud, masuknya kamu ke dalam parti penuh dengan rasuah dan penyelewengan adalah kerana AGAMA BANGSA DAN NEGARA.


Kami dah tahu..kami dah tahu kami dah tahu….jadi tak perlu bagitau kerana kami dah tahu… segalanya demi agama bangsa dan Negara..kah kah kah kah


SOSIALIS HIJAU

Tiada ulasan: