THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Khamis, 11 Februari 2010

SELAMAT TAHUN BARU CINA - JERIT


JARINGAN RAKYAT TERTINDAS ( JERIT)
JERIT mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada komrad, sahabat seperjuangan dan rakyat Malaysia yang berbangsa Tiong Hua. Ini adalah tahun harimau mengikut kalender Cina yang dikatakan tahun yang akan membawa tuah dan hasil lumayan dengan usaha rajin. Tersangatlah benar kerana bukan sahaja masyarakat Cina tetapi rakyat Malaysia keseluruhannya harus rajin untuk perkara berikut:

1) Berusaha keras untuk membantah cukai GST (Goods and Services Tax) yang bakal membaham duit rakyat. Kita sudahpun kesuntukan masa kerana Rang undang-undang GST akan dibentang pada dalam masa 6 minggu dan seterusnya pengimplementasian pada tahun hadapan.


2) Teruskan sikap matang yang menolak sikap sentimen perkauman yang di gembar-gemburkan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka. Kita harus buktikan sistem ‘pecah dan perintah’ sudahpun lapuk dan tidak berkesan bagi negara kita.


3) Membela ruang demokrasi rakyat yang semakin tergugat akibat permainan politik kotor BN. Contoh paling baik ialah perebutan kuasa kerajaan negeri Perak yang telah mengetepikan pandangan dan keputusan rakyat Perak.


4) Menuntut sistem pendidikan yang berkualiti yang mampu dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat. Permulaan sekolah tahun 2010 telahpun menghisap kering darah ibubapa dengan yuran dan pelbagai bayaran sekolah.


Bangkitlah. ! Sembang kedai kopi tidak mencukupi untuk membawa perubahan tulen. Kita harus buktikan bahawa rakyat Malaysia bukanlah budak suruhan ahli politik. Peranan kita ialah:

a) Menyebarkan maklumat kepada kawan ataupun orang yang kita kenali agar perkongsian maklumat dan kesedaran dapat dipertingkatkan.


b) Turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang berkaitan yang dianjurkan oleh JERIT atau JK setempat anda;


c) Mulakan sesuatu tindakan bersama di kawasan tempat tinggal anda untuk membantah sebarang aktiviti /cadangan yang akan memudaratkan masyarakat keseluruhannya. Contohnya seperti cukai GST, ISA dan isu penswastaan perkhidmatan awam.


INGAT !!! Tuah/hasil tidak datang bergolek dan hanya boleh diperolehi dengan usaha bersepadu diantara kita. Oleh itu biarlah kita lebih bersepakat pada Tahun Baru Cina 2010 dan teruskan usaha-usaha ‘memerdekakan’ rakyat dari belenggu kemiskinan dan kegawatan.


Harimau mati tinggalkan belang, biarlah kita manusia tinggalkan nama .


Salam Tahun Baru Cina! Berhati-hati di jalanraya ! Salam perjuangan.


Sekretariat JERIT

Tiada ulasan: