THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Jumaat, 12 Februari 2010

Perjuangan Rakyat Sudah Bermula Di Cameron!!!



Pada 23 Februari 2010, PSM Cameron akan mengadakan PROTES BERJALAN ke Pejabat Daerah Cameron Highlands. Protes ini adalah kerana Pegawai Daerah Cameron, Dato' Mohd Noor Abd Rani yang tidak mahu lagi berjumpa rakyat untuk berbincang dan menyelesaikan masalah rakyat. Berikut ialah isi kandungan risalah yang sedang diedarkan mengenai PROTES BERJALAN INI:

Perjuangan Rakyat Sudah Bermula Di Cameron!!!
Adakah anda ingin turut serta?

Pekebun Kecil Blue Valley
30 tahun bertani, tetapi tiada hak memiliki tanah?
Pejabat Tanah Cameron Highlands (PTCH) tidak mahu memberi Lesen Pendudukan Sementra [LPS] walaupun mereka sudah beratni 30 tahun.Oleh sebab tiada LPS, masalah-masalah mereka:
1. Jalan masuk dihalang oleh pekebun lain. 2. Dibuli oleh pekebun lain.
3. Tidak dibenarkan membawa jentolak masuk untuk menyelesaikan masalah banjir di kebun.

Tidak Memiliki LPS Kawasan Rumah
40 tahun tinggal di rumah sama,tetapi akhirnya kawasan rumah diberikan kepada orang lain. Kawasan rumah Ezumalaidiberikan geran kepada orang lain walaupun Ezumalai telah tinggal di sana selama 40 tahun dan telah memohon terlebih dahulu.

Permohonan Membuka Gerai Ditolak Dan Kawasan Diambil Orang Lain
Sudah pohon 3 kali...
Inilah masalah yang dialami oleh En.Palanisamy dan keluarganya.Setiap kali permohanan ditolak,alasan yang digunakan ialah Polisi Kerajaan Pahang membekukan pembukaan tanah baru sejak tahun 2001.
Tetapi macam mana orang lain boleh dapat LPS untuk kawasan sama dan selepas tahun 2001???

Melalui Majlis Perwakilan Rakyat (MPR), rakyat telah mengambil langkah berikut untuk menyelesaikan masalah mereka:
1.) Aduak kepada SUHAKAM.
2.) Laporan polis terhadap Pegawai Daerah kerana gagal menjalankan tugas.
3.) 5 surat kepada Pegawai Daerah meminta mengadakan perjumpaan.
4.) 1 surat bersama lebih 100 tandatangan meminta Pegawai Daerah menyelesaikan masalah rakyat Cameron.
5.) 2 kali berkumpul di Pejabat Tanah Cameron untuk berjumpa dengan Pegawai Daerah.

Semua permintaan ditolak oleh Pegawai Daerah Cameron, Dato' Mohammad Noor bin Abdul Rani dengan alasan tidak munasabah.
Hanya 1 perjumpaan sahaja diadakan.
Itupun hanya selepas 50 rakyat berkumpul di hadapan Pejabat Dato' Mohammad Noor. Banyak pegawai polis telah dipanggil walaupun ini hanya perjumpaan rakyat dengan pegawai kerajaan.

Oleh itu,
Bersama-sama kita turun protes terhadap PEJABAT TANAH CAMERON HIGHLANDS mengambil langkah segera menyelesaikan masalah-masalah tanah, rumah dan gerai dan di Cameron Highlands sscara adil dan saksama.Sertai:

Perjalan Menunutut Hak 23Feruari 2010

Untuk maklumat lanjut,sila hubungi Suresh:019-569 6964

Satu lagi masalah yang memerlukan perhatian PTCH ialah Pekerja Ladang Teh Blue Valley
Apakah Nasib Mereka ?

Pekerja ladang Teh Blue Valley kini berada di dalam keadaan yang tidak menentu!
1. Gaji kurang (di antara RM 250 ke RM 350)
2. Gaji tidak dibayar pada waktunya
3. Camuran PERKESO dan KWSP tidak menetu
4. Majikan tidak sediakan peralatan kerja
5. Tiada kemudahan kesihatan/pengangkutan ke hospital
6. Tempat belerja dipenuhi semak
7. Kemudahan air tidak bersih
8. Gaji dipotong sesuka hati majikan
9. Rumah lama / tidak sesuai untuk didiami
10.Majiakn melarang pekerja mengadakan mesyurat dan mengantung kain banner
11. Pejabat Buruh lambat/tidak mengambil tindakan
12. Majikan cuba merobohkan rumah bekas pekerja walaupun pekerja masih tinggal di situ.

Satu lagi masalah untuk pekerja Ladang Teh Blue Valley
PETISYEN UNTUK SYARIKAT BLUE VALLEY PLANTATION BANKRAP (WINDING-UP)

Bagaimana dengan masalah mereka?
# bila kerajaan akan buat undang-undang untuk lindungi pekerja seperti mereka?
# majiknan sudah fail petisyen winding-ip. Ladang boleh ditutup bial-bila. Ke mana mereka akan pergi jika ladang ditutup?
# apa mereka akan dapat selepas kerja keras majukan ladang selama beberapa generasi?
# majikan telah mengaut keuntungan selama ini. Tetapi apabila syarikat rugi, pekerja tidak dipedulikan.
# mereka sudah tua. Susah untuk berpindah dan cari kerja baru di tempat lain.

Apa yang boleh anda buat untuk menolong mereka:
1.) Tulis kepada Pejabat Buruh (JTK) Tapah/Ipoh dan minta mereka selesaikan masalah pekerja.
a.) JTK Cawangan Tapah, Tingkat 3, Bangunan Tabung Haji, Jln Raja, 35000 Tapah, Perak.
b.) JTK Negeri Perak, No.2A3, 2A4, 2C1, Tingkat 2 Blok A, Bangunan Gunasama Persekutuan Ipoh (Greentown), 30430 Ipoh, Perak.
2.) Tulis kepada Pegawai Daerah Cameron meminta menolong pekerja Blue Valley jika mereka diminta keluar dari ladang Blue Valley.
3.) Sertai dalam aktiviti-aktiviti kami menolong pekerja Blue Valley. Hubungi Selvaraj 019-4343613 atau Suresh 019-5696964.

BERSAMA KITA MEMBANTU RAKYAT TERTINDAS

DITERBIT DAN DIKELUARKAN OLEH:
PARTI SOSIALIS MALAYSIA (PSM), 65B, JALAN CAMELLIA 3, JUTTA VILLA, 39000 TANAH RATA, CAMERON HIGHLANDS, PAHANG.

Lawati Blog PSM Cemeron Hinghlands di http://psmcameron.blogspot.com/

Tiada ulasan: