THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Rabu, 10 Februari 2010

KALAU NAK SELAMAT DALAM PAS SILA ZIP MULUT ANDA



Di bawah ini gua pastekan posting dari Blog Ustaz Zulkarnain Abidin Bekas Ketua Pemuda Pas Perlis. Apa yang dapat anda bayangkan betapa Pas itu sememangnya UMNO. Lahir hasil dari hubungan sulit Umno dan penjajah British.

Batang Tubuh Dan Buah Fikiran

“Tak apa. Fikiran lebih berharga daripada batang tubuh.”

SMS yang saya terima daripada Ust Azizi Abdullah (Tuk Ya). Ada cerita di sebalik SMS ini tetapi biarlah cerita itu tersimpan rapi.


Saya sangat terkesan dengan SMS itu. Apa tidaknya; Imam Nawawi, al-Qurtubi, al-Bukhari dan banyak lagi, semuanya sudah wafat. Namun buah fikiran mereka yang termaktub kemas di dalam karya-karya yang mereka wariskan kepada kita tetap segar.


Biar pun karya-karya itu dibaca berulang kali, terasa seperti belum pernah membacanya. Buah fikiran mereka sentiasa segar dan baru.


Mereka mampu menulis puluhan bahkan ratusan tajuk kitab dalam usia mereka yang singkat, dengan kemudahan yang terhad; kita yang hidup kemudian ini untuk membacanya pun sudah tidak termampu.


Batang tubuh mereka sudah tiada tetapi buah fikiran mereka tetap berharga. Segar-bugar.


Kini, ada orang yang suka batang tubuhnya berada dimana-mana. Dia suka namanya disebut-sebut. Dia berbangga dengan jawatan yang diserahkan kepadanya untuk dipegang. Walau sudah banyak, kalau ditawar lagi pun dia sedia menerimanya.


Batang tubuhnya berada dimana-mana, tetapi buah fikiran? Kosong. Nil.


Tiada ulasan: