TIGA PULUH JUTA BERGANTUNG PADA SATU LUBANGAkhirnnya perbicaraan Anwar Ibrahim bermula. Ini kes ulang buat. Dalam dunia filem ulang buat ini bukan satu yang pelik dan menghairankan. Banyak filem yang diulang buat. Pengulangan ini kerana pembuatan pertama dianggap berjaya dari hasil jualan tiket.
King Kong - pertama kali dibuat pada tahun 1933. Filem ini diulang buat pada tahun 1976 dengan Minah cun Jassica Lange sebagai kekasih King Kong. Apabila teknoloji komputer berkembang sekali lagi King Kong diulang buat pada tahun 2005.
Psycho – klasik seram - dari kerja seni Alfred Hitchcock dibuat hitam puteh pada tahun 1960. Kemudian pengarah Belanda Gus Van Sant mengulang buat pada tahun 1998. Ulang buat dari kerja Mamat Belanda ini cukup rapi. Dia meniru bingkai demi bingkai kerja seni Mamat Gemok Alfred Hitchcok. Malah dari filem hitam puteh - Psycho telah menjadi berwarna berwarni.
Sayangnya kebanyakan filem diulang buat ini menjadi kantoi dan gagal. Psycho yang diulang buat dilihat sebagai lawak bodoh. Nasib baik pengarah Mamat Belanda itu tidak membunuh diri kerana malu. Jassica Lange menyesal tetapi ketika itu dia belum ada pilihan. King Kong 2005 juga menjadi lawak yang dipenuhi dengan kerja komputer dan bukan kerja membuat filem.
Malah, apabila ada sahaja desas desus sesebuah filem ingin diulang buat akan muncul lawak-lawak mengatakan betapa kurangnya idea dan cerita baru dari Hollywood. Ada pengarah yang akan menyurokkan muka ke bawah bantal kerana malu tidak ingin terbabit dalam kes ulang buat ini.
Warga Malaysia kembali belabon, bersembang dan berbincang apabila mendengar tuduhan terhadap Anwar. Akhirnya satu Malaysia ketawa dan tersenyum. Ini juga satu kes kerja ulang buat.
Tema sandiwara ulang buat ini cukup senang untuk difahami:
Anwar Ibrahim wajib dimasukkan kembali ke dalam penjara. Ini kerana Anwar telah berjaya membawa satu politik baru untuk Malaysia. Politik baru ini telah mengikat satu setiakawan diantara Parti Keadilan Rakyat, Demokratic Action Party dan Parti Islam.
Gabungan setiakawan tiga parti ini dipanggil Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat adalah satu ikatan politik baru yang akan menggantikan United Malays National Organisations dan Barisan Nasional untuk mentabir Malaysia.
Pilihanraya 8hb March 2008 yang lalu telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia telah berani dan sanggup menerima satu perubahan budaya politik baru. Dari nisbah kiraaan undi, terbukti majoriti rakyat Malaysia telah memilih Pakatan Rakyat. Ini menjadikan para gerombolan dalam Barisan Nasional terpaksa menahan kentut marah.
Justeru, Pakatan Rakyat wajib ditumpaskan. Satu konspirasi wajib diwujudkan sekali lagi. Konspirassi ini bertujuan untuk menumpaskan Pakatan Rakyat. Jalan pintas untuk memecahkan Pakatan Rakyat ialah dengan memenjarakan Anwar Ibrahim. Khalas. Period. Finito. The End. Fin.
Jika Pakatan Rakyat tidak ditumpaskan maka segala malaon dan pelesit yang selama berpuluh-puluh tahun ini menghisap darah rakyat akan menghadapi masa depan yang amat gelap. Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentabiran Malaysia maka segala kerja-kerja jahat mereka - harta-harta rasuah mereka - kes samun dan kes bunuh mereka – semuanya akan diadili oleh rakyat.
Justeru kerana takutkan balasan ini - tidak dapat tidak - Anwar Ibrahim wajib dipenjarakan sekali lagi. Apa sahaja yang wajib dilakukan akan dilakukan untuk memastikan Anwar Ibrahim masuk ke dalam sel sekali lagi. Inilah sebenarnya tema ulang buat sandiwara yang sedang kita lihat sekarang.
Kes ulang buat sama seperti kes dalam tahun 1998 dahulu. Seorang protoganis baru telah ditemui. Lokasi baru telah dikenali. Tetapi ulang buat ini masih menggunakan skrip lama. Apa yang telah diubah hanya dailok/kata bual. Dialok kali ini dilihat agak gempaq. Banyak dialok telah diubah suai dan diperbaiki dari kelam kelabut pengucapan kata bual seorang supir yang daya fikirnya sama seperti Zulkifli Nordin. Yang baru datang hanya si Pereka set, si Tukang lampu dan para Pak Pacak.
Manakala yang dibelakang kamera pun masih orang-orang jahat yang lama. Ramai orang-orang jahat ini hampir pencen tetapi mendapat talian hayat untuk membuat ‘the last bottom show’. Jika kerja jahat ini gagal mereka juga akan turut mati oleh serangan bom kentut berjuta-berjuta rakyat Malaysia yang pada hari ini sedang menyimpan gas setelah lama memakan petai jeruk dan pengat labu.
Awas – warga Malaysia wajib sedar – dibelakang semua ini ialah Mahafiraun. Mahafiraun amat sedar jika Anwar tidak dipenjara maka yang akan masuk ke dalam penjara ialah Mahafiraun sendiri. Kes jahat Mahafiraun ini sudah berkepok-kepok. Kalau hendak dihitung tidak cukup pasir dan batu di Telok Kemang. Kalau hendak ditulis – dakwat seluas Laut China Selatan akan kering.
Kalau Anwar tidak dipenjara, Mahafiraun sedar dia sendiri akan tenggelam lemas dalam air ludah rakyat Malaysia. Justeru hari ini Mahafiraun akan melakukan apa sahaja termasuk mencari rambut palsu baru untuk bininya. Semua kerja-kerja jahat Mahafiraun ini bertujuan untuk memastikan Pakatan Rakyat tidak akan dapat mentabir Malaysia.
Apabila Psycho keluar untuk pertama kali pada tahun 1960 dahulu – dunia filem gempar. Berpusu-pusu dan berbaris orang ramai dan kaki wayang datang untuk mengintai buah dada Janet Leigh yang basah dan mongel dalam babak mandi sebelum dia dibunuh oleh Mister Bates - Anthony Perkins.
Apabila Psycho diulang buat tak ada sesiapa yang percaya lagi tentang keupayaan pengarah barunya. Ianya dilihat sebagai lawak seram yang tidak menyeramkan. Pekara yang sama sedang berlaku kepada kes Anwar Ibrahim. Apabila kes Anwar diulang sekali lagi di Mahkamah Jalan Duta kelihatan tidak ada satu babak pun yang akan memeranjatkan warga Malaysia lagi.
Sebenarnya warga Malaysia merasa hiba dan pilu bukan untuk Anwar Ibrahim tetapi untuk pakar konspirasi yang dilihat amat bodoh dan bangang. Warga Malaysia terpaksa bersimpati sedih diatas kebodohan pihak yang merancang konpirasi ini.
Bayangkan betapa sedihnya tanah air kita hari ini. Sebuah negara yang penduduknya berjumlah 30 juta sedang terumbang ambing. Masa depan negara dengan 30 juta warga sedang bergantung kepada satu lubung - lubang jubur si Saifol.
Sedih lagi pilu. Ratap lagi meraung. Lubang sedap Saiful adalah talian hayat untuk Najib Razak. Lubang sedap si Saiful adalah perancang garis eknomi negara kita. Naik turunya Bursa Saham Kuala Lumpur sama seirama dengan tekanan taik dalam lubang jubur Saifol. Sistem pertahanan negara kita ini juga bergantung kuat dengan berapa lamanya taik si Saifol dapat berkumpul dalam lubang juburnya.
Dalam sejarah tamadun dunia pekara ini tidak pernah berlaku. Tiongkok dipertahankan dari serangan Mongol bukan melalui lubang jubur tetapi melalui Tembok Besar China. Alhambra dipertahankan dan berkembang sebagai tamadun bukan melalui lubang jubur tetapi melalui ilmu dan falsafah.
Inilah hakikat yang sedang berlaku ke atas negara kita hari ini. Tidak ada tangisan yang akan dapat mengalihkan hakikat ini. Memang betul - bunyinya amat lucah dan meloyakan. Loya lagi meloyakan. Malu lagi memualkan. Porno lagi menjijikan.
Lucah dan meloyakan terjadi kerana pada ketika ini United Malays National Organisation sedang cuba menarik nafas untuk mendapat talian hayat dengan menghidu rapat kepada lubang jubur si Saiful. Udara dari sebiji lubang ini diharapkan akan menyambung kembali nyawa United Malays National Organisation.
Kita tunggu dan lihat apabila lubang jubur si Saifol ini terbarai setelah tidak terberak selama 52 tahun. Tiga puluh juta warga Malaysia wajib bersedia. Isi-isi dari lubang jubur ini akan bertaburan. Ketawa salah hendak menangis pun kita tidak berair mata lagi.
(TT)nota:tulisan ini bebas untuk diambil
jika ianya akan membawa kebaikan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan