THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Sabtu, 20 Februari 2010

CATATAN BLOGGER KINI DAN SILAM BERSAMA BEKAS PERAJURIT ORANG ASLI TENTERA RAKYAT MALAYA.

RAKAN SEPERJUANGANKU SAUDARA ORANG ASLI


Sekian lama memendam cita-cita, tibalah saatnya aku mengunjung Kampung Perdamaian Betong di Wilayah Yala. Kampung ini, dihuni oleh bekas perajurit Cina yang juga rakan seperjuangan ku. Sebahagian mereka memang sudah aku kenal kerana pernah berkhidmat di Rejimen Ke-10 manakala sebahagian lagi tidak Kami ke sana dalam satu rombongan mewakili Kampung Perdamaian Sukhirin di upacara pembukaan Muzium sejarah PKM yang dibangunkan oleh kawan-kawan di Kampung perdamaian Betong.m

Di antara begitu ramai rakan seperjuangan di majlis tersebut, perhatian aku tertumpu pada sekumpulan bekas perajurit Orang Asli. Dari 100 meja jamuan makan yang disediakan, terdapat 4 meja Orang Asli. Aku melalui celah-celah ramai ke salah satu meja tersebut. Aku sempat merakam beberpa keping gambar dan bersalam dengan mereka.

Di suatu sudut pula aku ternampak 2 orang rakan seperjuangan Orang Asli berdiri sambil memerhatikan majlis yang sedang berlangsung. Tanpa buang masa, aku mendapatkan mereka dan bersalam. Mereka ialah, Leman (56) dan Ba Ol (49), dari Suku Temiar, menyertai pasukan pada tahun-tahun 70an.

Persoalan pertama yang aku lontarkan ialah mengapa mereka menyertai pasukan TRM?
Mereka menjawab, “kami datang menemui pasukan ingin mengetahui keadaan sebenarnya. Semasa di perkampugan Orang Asli, kerajaan kata langoi (tentera pembebasan) itu potong kepala orang. Tapi orang tua kami kata langoi itu orang baik.”

Kerana ingin mencari jawapan yang sesungguhnya, mereka datang menemui pasukan Tentera Pembebasan yang bergerak di situ. Pasukan tersebut ialah Pasukan Penggempur Ke-16 dari Rejimen Ke-12. Setelah melihat dengan mata kepala sendiri, barulah mereka tahu bahawa apa yang diceritakan oleh orang tua mereka itu adalah benar dan apa yang dikatakan oleh kerajaan itu adalah bohong. Sejak dari itulah mereka menjadi perajurit Tentera Pembebasan Nasional Malaya atau Tentera Rakyat Malaya.

Dalam pertemuan yang singkat itu, kami wakil dari Kampung Perdamaian Sukhirin sempat merakam gambar sebagai kenang-kenangan.

Bergambar bersama Leman dan Ba Ol


Tarian Orang Asli


Bekas perajurit Orang Asli sedang menjamu selera

Tiada ulasan: