THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Jumaat, 1 Januari 2010

ZULKIFLI NORDIN ANTI KOMUNIS ATAU ANTI CINA?


Sebelum dari rampasan kuasa oleh anasir penjajah British di Perak pada tahun lalu sebenarnya telah terdengar ura-ura beberapa orang wakil rakyat dari PKR akan melompat parti untuk bersama-sama dengan parti tajaan British iaitu Umno. Antara yang paling popular adalah ahli parlimen Bandar Baru Kedah iaitu Zulkifli Nordin. Beliau yang menang atas tiket PKR menewaskan seorang India yang juga adik kepada Senator India merangkap ketua bahagian parti KIMMA Bukit Mertajam.

Zulkifli Nordin sewaktu menjadi calon di Bandar Baru ini telah di katakan melakukan satu kesilapan yang nyata semasa menyerahkan borang percalonan pada hari penamaan calon. Jika beliau di dapati bersalah maka beliau akan hilang kelayakan dan jawatan ahli parlimen yang baru di menanginya mesti di lepaskan. Namun begitu, walaupun kemenangan berkemungkinan besar kepada lawannya tetapi pemuda India yang pernah popular mahu membakar bangunan sebuah persatuan cina pada satu ketika dulu telah menarik balik petisyennya agar kerusi Bandar Baru di kosongkan.

Maka angin yang sebelum ini hanya bertiup dingin telah bertukar menjadi kencang dengan membawa berita Zulkifli Nordin telah kautim dengan pemuda India yang bernama Aziz agar kerusi itu kekal kepadanya dan beliau akan memasuki UMNO. Angin kencang ini bukannya bertiup kosong tetapi telah membawa bersamanya juga dengan bermacam-macam kisah Zulkifli Nordin yang sentiasa bertentangan dengan prinsip PKR dan Pakatan Rakyat itu sendiri. Beliau juga telah cuba menjadi superhero dalam isu yang melibatkan melayu dan Islam.


Walaupun begitu aku masih menyimpan satu perasaan baik sangka kepadanya. Aku mengangap semua itu adalah permainan media British. Aku mahu bertemu dengannya sendiri untuk mendapat berita yang sebenar. Kebetulan sewaktu aku berada di Baling beliau juga berada di sana untuk berceramah. Aku mengambil peluang ini untuk mendengar sendiri daripada mulutnya apakah semua berita tentang dirinya adalah benar ataupu hanya permainan politik pihak British. Maka beliau telah bercerita bahawa kerusi Bandar Bahru telah di serahkan kepada PKR dalam PRU yang lalu. Namun begitu PKR masih belum mempunyai calon untuk menjadi calon di keruis Parlimen tersebut. Di waktu itu juga katanya beliau masih menjadi pengerusi tetap PAS kawasan Bandar Tun Razak WP. Oleh kerana beliau adalah antara yang menjadi peguam kepada Anwar maka beliau telah di pelawa oleh PKR untuk mengisi kekosongan calon PKR di kerusi tersebut. Dengan penerangan panjang lebar olehnya yang ketika itu hadir bersama Adun Parit Buntar aku berangapan bahawa segala isu yang berkait dengan beliau selama ini adalah tidak benar dan beliau masih setia kepada Pakatan rakyat.


Walaupun masih kedengaran betapa beliau cuba untuk terus menjadi hero melayu di parlimen, aku tidak mahu mengambil kisah lagi dengan cerita beliau. Hinggalah pada bebarapa hari lalu beliau telah mengulas satu artikal yang di tulis oleh Puspawati di dalam Blognya tentang Chin Peng. “Dalam tulisannya bertajuk CHIN PENG: KOMUNIS ATAU TERORIS? Zulkifli menyatakan: “Chin Peng dan konco-konconya mahu memerintah negara, mereka mahu mengambil alih kerajaan dengan cara bersenjata, cara terorisme dan keganasan. Mereka mahu paksa rakyat menerima ideologi dan cara pemerintahan kukubesi mereka. Tidak ada beza antara Chin Peng dan Hitler, Mussolini dan mereka yang sewaktu dengannya.”.


Apabila beliau mengatakan Chin peng mahu mengambil alih kerajaan dengan cara bersenjata maka terpancarlah betapa beliau buta sejarah ataupun hanya lulus untuk menjadi peguam dengan membaca buku sejarah di sekolah menengah. Telah terpancar jugalah dari tulisannya bahawa beliau yang selama ini seorang yang anti cina dan india semenangnya cukup bencikan Chin Peng kerana Chin Peng adalah seorang cina.


Perjuangan bersenjata sebenarnya telah di mulakan oleh pejuang-pejuang Melayu sejak dari zaman kejatuhan kerajaan melayu Melaka lagi. Kehadiran warga Indonesia ke Tanah Melayu ketika itu bukanlah kerana mahu bekerja di tapak pembinaan tetapi adalah kerana mahu turut serta di dalam perjuangan bersenjata menghalau penjajah keluar dari Tanah Melayu. Apakah mereka ini yang datang dari luar Tanah melayu kerana membantu orang melayu menentang penjajah Portugis dan Belanda pada ketika itu boleh kita katakan pada mereka bahawa mereka ini mahu mengambil alih kerajaan dengan senjata secara teroris dan keganasan? Mengapakah Zulikifli Nordin tidak samakan warga Indonesia yang datang menentang penjajah Portugis dan Belanda ini dengan Hitler dan Musolini? Jawapanya mudah sahaja, ianya adalah kerana warga Indonesia ini bukan cina. Jika mereka juga berbangsa cina mungkin Zulkifli Nordin turut samakan pejuang kemerdekaan bersenjata sebelum kedatangan komunis ini sebagai teroris dan keganasan.


Penentangan bersenjata PKM juga hanyalah bermula apabila kedatangan jepun ke Malaya. Siapakah yang bangkit menentang Jepun pada ketika itu kalau bukan komunis dan parti-parti berhaluan kiri. Walaupun PKM mendapat senjata dari British untuk menentang Jepun namun PKM tidak pernah menjadi barua british seperti Zulkifli Nordin yang menjadi barua UMNO. Di sinilah bermulanya era perjuangan bersenjata PKM di Tanah Melayu sehinggalah Jepun di halau keluar dari Malaya pada tahun 1945. Apabila jepun menyerah kalah British telah melakukan provokasi terhadap komunis dan parti-parti kiri agar orang melayu beralih arah kepada sebuah parti yang telah di rancang dengan rapi oleh british iaitu UMNO. Walaupun British Berjaya menubuhkan UMNO agar orang melayu lebih mudah di perbodohkan namun sokongan kepada parti-parti kiri semakin bertambah. ini telah membuat British mengistiharkan darurat dan parti-parti kiri telah di haramkan termasuk parti komunis. Para pejuang tanpa mengira kaum ditangkap dan di bunuh oleh British pada ketika itu.


Jika Zulkifli Nordin sememangnya seorang yang pure PAS maka Zulikifli Nordin patut tahu bahawa presiden Pas yang ke tiga (sebut YDP pada waktu itu) juga adalah seorang sosialis Islam. Jika Zukifli Nordin mengenal betul dengan Dr Burhanudin maka sepatutnya Zulkifli Nordin juga patut kenal dengan kawan Dr Burhanudin iaitu Abdullah CD dan Ahmad Boestamam. Bukan suka-suka Dr Burhanudin menyertai Pas dan bukan suka-suka pula Abdullah CD masuk ke hutan mengangkat senjata menentang British. Begitulah juga bukan kerana mahu mencari glamer Boestamam memilih penjara dari menjadi seorang pengkhianat kepada perjuangan.


Ternyatalah Zulkifli Nordin sebenarnya punya dendam kesumat kepada Chin Peng hanya kerana beliau adalah seorang cina. Zukifli Nordin juga tidak memahami erti demokrasi yang beliau sendiri berdiri di parlimen dengan undi yang di beri rakyat. Atau Zulkifli Nordin sebenarnya tidak faham pada istilah komunisme dan memusuhi komunisme kerana mindanya turut sama terjajah oleh sifat perkauman yang menebal di dalam hatinya. Jika Zulkifli Nordin berjuang untuk tertegaknya sebuah Negara Islam maka apakah salah jika ada orang lain berjuang untuk menegakkan apa saja pegangannya atau idiologinya. Yang menentukan adalah pengundi dan jika Pas di takdirkan menang dengan majority di parlimen siapakah lagi yang mahu membantah hasratnya menegak Negara Islam. Begitulah juga dengan parti2 lain jika menang dengan majority parti itu bisa saja mengubal apa-apa yang mejadi dasar perjuangan mereka. Oleh itu jika rakyat mahukan system komunis dan mereka mengundi parti komunis maka mengapa pula Zulkifli Nordin mengatakan bahawa komunis akan memerintah dengan kuku besi?


Menuduh secara melulu tanpa kita kenali hati budi seseorang bukanlah cara seorang pejuang Islam. Di ketika ini Allah masih lanjutkan usia pimpinan tertinggi komunis. Jika betul komunis itu sesat dan menyesatkan maka sudah menjadi tanggungjawab kepada yang menuduh itu tampil membawa mereka kembali ke pangkal jalan. Ayuh Yang Berhormat Zulkifli Nordin kita ke sana bertemu mereka dan sampaikanlah walau satu ayat kepada mereka bahawa komunis itu sesat dan tidak percayakan Tuhan. Jika hanya berani munulis dan menuduh dari jauh sahaja percayalah tuduhan anda itu akan di bangkitkan kembali sewaktu di mahsyar nanti atau yang Berhormat Zulkifli Nordin boleh saja bertanyakan Mat sabu yang baru saja pulang dari perkampungan Sukhrin sama ada benarkan Abdullah CD dan anak buahnya ini sesat serta tidak percayakan Tuhan? Atau yang sebenarnya yang tidak percayakan Tuhan tu ialah manusia yang takutkan Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang?


SOSIALIS HIJAU

Tiada ulasan: