THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Rabu, 30 Disember 2009

Chin Peng bumiputera Malaya - Zaid Zahari

g Siang | Dec 29, 2009 11:34:02 am

"Chin Peng lahir di bumi Malaya. Dia lahir di satu tempat, namanya Setiawan. Setiawan ini adalah sebahagian daripada bumi Malaya. Kalau dia lahir di bumi Malaya, maka dia adalah bumiputera Malaya..."

Demikianlah hujah yang dianggap paling kukuh untuk mengulas isu kepulangan Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) ke tanahair Malaysia, dari mulut bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, Said Zahari (gambar kanan).

Untuk tokoh kewartawanan ini, tidak timbul soal sama ada Chin Peng boleh balik atau tidak. "(adalah) Hak Chin Peng untuk balik. Bukan (soal) dia boleh atau tidak. Dari segi undang-undang, tak ada seorang yang boleh mengatakan Chin Peng tak ada hak (untuk) balik (ke tanahair). Tanahair Chin Peng bukan China, bukan Taiwan, bukan Hong Kong. But it is in Setiawan," tegas Said Zahari.

"Bumiputera?" tanya wartawan MerdekaReview untuk mendapatkan kepastian. Dengan lantas dan lantang, Said Zahari membalas, "Ya! Undang-undang dunia mana sekali pun, di mana awak lahir, di situlah tanahair."

Said Zahari mengibaratkan bahawa seandainya diri beliau dilahirkan di Kuala Lumpur misalnya, dan Chin Peng pula dilahirkan di Setiawan, "...kedua-duanya di tanah Melaya. Saya bumiputera tanah bumi ini. Mengapa mahu buat Chin Peng bukan bumiputera? Kalau datuknya bukan bumiputera saya setuju...tapi...(tidak bersetuju dalam kes Chin Peng)."

Malah, Said Zahari yang lebih dikenali sebagai Pak Said ini sambil berseloroh menambah, "Yang penting, kalau mereka (yang menentang kepulangan Chin Peng) dapat buktikan Chin Peng bukan lahir di Setiawan, dia lahir di Tiananmen, itu cerita lain."

Tandatangan Chin Peng diterima

Said Zahari (gambar kiri) memperkukuhkan hujahnya untuk menolak alasan bahawa Chin Peng tidak memiliki dokumen kelahiran untuk membuktikan dirinya warga negara Malaysia, dengan mendakwa bahawa kesediaan kerajaan untuk berunding dengan Chin Peng, dalam kedua-dua Rundingan Baling dan Perjanjian Damai Haadyai, jelas menunjukkan bahawa kedudukan Chin Peng telah diiktiraf.

"Apabila kerajaan Malaya, mengakui mahu berunding dengan Chin Peng, Rashid Maidin dan Chen Tian (pada) tahun 1955, saya ada di situ. Itu sudah menunjukkan kita mengakui bahawa mereka ini rakyat Malaya yang memperjuangkan sesuatu. Tambah pula, Perjanjian Pendamaian Haadyai tahun 1989, itu bukti yang lebih besar," katanya.

Beliau mempersoalkan, "apa lagi yang kamu (mereka yang menentang kepulangan Chin Peng) mahu? Kalau kamu sudah boleh terima Chin Peng punya signature (tandatangan) sebagai satu perjanjian yang membawa kepada pendamaian antara rakyat di Malaya, apa bukti yang you mahu? Apakah you masih insist dia bukan rakyat jelata? Kita sudah zalim..."

Said Zahari menjelaskan "hak" Chin Peng (gambar kanan) yang dimaksudkannya termaktud dalam Perlembagaan Persekutuan secara amnya, dan Perjanjian Damai Haadyai secara khususnya. Perjanjian Damai Haadyai yang dimeterai antara pihak PKM, kerajaan Malaysia dengan kerajaan Thai membenarkan anggota PKM untuk kembali ke Malaysia selepas pasukan bersenjata PKM dibubarkan.

Walau bagaimanapun, hasrat Chin Peng untuk kembali ke tanahairnya tidak kesampaian apabila kedua-dua orang Perdana Menteri, Najib Abdul Razak dan Timbalannya, Muhyiddin Yassin telah menolak permintaan Chin Peng tersebut secara terbuka. Isu ini bertambah hangat apabila sesetengah bekas perajurit turut mendesak agar pemimpin komunis ini tidak dibenarkan menjejak kaki ke Malaysia.

Pada tahun 1955, Said Zahari yang berusia 27 tahun ketika itu, berada di Baling sebagai salah seorang wartawan yang membuat liputan untuk rundingan bersejarah antara PKM dengan Tunku Abdul Rahman, yang menyandang jawatan PM pertama kemudiannya.

Bekas Ketua Pengarang yang pernah memimpin permogokan menentang pengambil alihan Utusan Melayu oleh UMNO pada tahun 1961, juga adalah mangsa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 17 tahun. Beliau kini berusia 81 tahun, menerima wawancara MerdekaReview untuk berkongsi pandangan beliau dalam isu kepulangan Chin Peng. (Bahagian pertama, bersambung)

Bahagian kedua: Said Zahari: Perikemanusiaan harus ambil kira PKM

Bahagian ketiga: Said Zahari: Tunku tidak berniat selesai dengan Chin Peng

Tiada ulasan: