Bahagian Ketiga: Erti Besar Perang Anti-Jepun
Perang Anti-Jepun yang dipimpin oleh Parti kita mempunyai erti yang sangat besar. Satu, ia telah memberikan sumbangan-sumbangan yang besar bagi usaha pembebasan nasional Malaya. Ini ada dua segi. Satu seginya ialah perkembangan Parti dan tentera kita telah menambah kekuatan pembebasan nasional Malaya. Sejak mulanya anggota Parti berkembang dari 1,000 orang sampai 7,000 orang, tenteranya berkembang sampai 10,000 orang, lasykar rakyat 50,000 orang, kawasannya separuh kawasan pedesaan telah dikuasai oleh kita dan penduduknya separuh lebih atau 1/3 telah dipengaruhi oleh kita. Ini bukanlah satu kekuatan kecil, ini telah memperkuatkan kekuatan Pembebasan Nasional Malaya. Kedua pengaruh politik juga sangat besar. Pengaruh politik ini selama-lamanya akan tersemat di dalam sanubari massa rakyat.
Kesah-kesah perjuangan yang heroik dari Parti dan Tentera kita akan dijadikan pendidikan yang berharga kepada massa rakyat dan pendidikan-pendidikan rohaniah ini akan melahirkan senjata material yang tak terhinggakan. Ini adalah erti yang pertama. Ia telah memberikan sumbangan yang mulia, penting dan aktif bagi perang anti-fasis seluruh dunia. Pada ketika itu, tentera kita telah bertempur sebanyak 340 kali dan kita telah dapat membasmi kekuatan efektif musuh seramai 5,500 orang, merampas sejumlah senjata, ini telah memberikan pukulan yang hebat ke atas musuh. Parti kita telah mengorbankan sejumlah kawan-kawan pimpinan, kader-kader Parti dan kawan-kawan untuk usaha pembebasan rakyat. Selainnya kita juga telah mengikat ratusan ribu kekuatan tentera fasis Jepun di Malaya. Ini semuanya telah memberikan sumbangan-sumbangan yang besar bagi perang anti-fasis seluruh dunia.
Hasil yang ketiga ialah pengalaman-pengalaman perjuangan anti-Jepun yang berharga itu telah memberikan sumbangan yang penting bagi usaha revolusi kita. Ia bukan sahaja memberikan sumbangan-sumbangan bagi pembebasan nasional Malaya dan juga memberikan sumbangan-sumbangan kepada negeri-negeri serta rakyat-rakyat yang tertindas di dalam dunia ini. Pada waktu Jepun, perjuangan kita adalah perlu, perjuangan kita lingkungannya juga sangat luas dan juga sangat sesuai.
Oleh sebab itu kita telah memperolehi pengalaman-pengalaman yang kaya-raya. Apabila pengalaman-pengalaman itu disimpulkan, ia akan menjadi teori pembimbing dan mempunyai erti yang sangat besar bagi kita untuk kita meneruskan perjuangan. Dengan demikian, pengalaman-pengalaman Parti kita telah memperkayakan khazanah teori Marxisme-Leninisme dan Fikiran Mao Zedong. Inilah tiga erti besar perang anti-Jepun.
Kawan-kawan apakah sebabnya tercapainya kemenangan perang anti-fasis? Ini adalah hasil perjuangan bersama dari rakyat semua negeri di dunia khasnya rakyat Soviet Union di bawah dipimpin Kawan Stalin dan rakyat Tiongkok yang dipimpin oleh Kawan Mao Zedong. Maka akhirnya kita telah memperolehi kemenangan besar dalam perang anti-fasis. Perang Pembebasan Nasional Anti-Jepun yang berlangsung selama 3 tahun 8 bulan adalah perang rakyat yang pertama kali dalam sejarah negeri kita yang dipimpin oleh Parti proletar. Ia merupakan lembaran yang ditulis dengan tinta emas dalam sejarah negeri kita, rakyat negeri kita yang tertempa dalam perang itu telah meningkatkan kesedaran politiknya ke suatu taraf yang sangat-sangat tinggi, ke satu tahap yang merupakan titik balik iaitu ketika fasis Jepun menyerah diri, Parti kita telah menjalankan garis salah, imperialisme British telah dapat memulihkan semula kekuasaan kolonialnya di negeri kita. Untuk melawan penindasan imperialisme British yang kejam dan menggulingkan kekuasaan kolonial imperialisme British berserta boneka-bonekanya maka Parti kita sekali lagi memimpin rakyat semua bangsa, mengangkat senjata dan melancarkan perang Pembebasan Nasional anti-British pada bulan Jun tahun 1948.

---
bersambung dengan: 4: Pengalaman Sejarah Dan Tradisi Mulia Parti Kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan