THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Sabtu, 16 Januari 2010

SIRI SEJARAH TANAH AIR - KISAH PENCEROBOHAN JEPUN - BAHAGIAN KE 2

Dalam masa Perang Anti-Jepun, selama 3 tahun 8 bulan, parti kita telah mencapai kejayaan-kejayaan dan memperoleh kemenangan-kemenangan yang besar bagi usaha pembebasan nasional Malaya dan juga bagi Perang Anti-Jepun seluruh dunia. Di bawah ini kita sebutkan tiga kejayaan yang besar.

Pertama, Tentang Berkembangnya Kekuatan Kita Sendiri. Di bawah bimbingan garis perjuangan bersenjata yang tepat, dan program pembebasan nasional yang tegas daripada PKM dan perjuangan-perjuangan yang gagah berani dan ulet, maka TAJRM telah dibentuk dan berkembang dan tumbuh membesar. Sampai tahun 1945 TAJRM telah berkembang sampai 10 ribu orang, semuanya 8 rejimen.
Ini adalah tentera rakyat yang pertama dalam sejarah negeri kita di bawah pimpinan parti komunis. Rejimen Pertama bertempur di Selangor. Rejimen Kedua bertempur di Negeri Sembilan, Rejimen Ketiga bertempur di Johor Utara dan Melaka, Rejimen Keempat bertempur di Johor Selatan, Rejimen Kelima bertempur di Negeri Perak dan Negeri Kelantan; Rejimen Keenam bertempur di Pahang Barat; Rejimen Ketujuh bertempur di Pahang Timur dan Terengganu; (Kawan-kawan kita pernah membaca buku panji merah menggulung pantai timur iaitu Rejimen 7) Rejimen Kelapan bertempur di Kedah. Partinya kita mempunyai anggota Parti seramai 7 ribu orang, pada mulanya hanya 1,000 orang sewaktu Jepun menceroboh Malaya kemudian berkembang sampai 7 ribu; selainnya kita ada lasykar rakyat seramai 50,000 orang. Ini satu kekuatan yang sangat besar. Inilah kejayaan yang pertama tentang kekuatan kita sendiri telah berkembang dan tumbuh membesar serta menjadi satu kekuatan yang perkasa di dalam perang anti-Jepun.

Kedua, kejayaan yang kedua ialah parti kita telah dapat membebaskan lebih dari separuh kawasan pedesaan seluruh negeri, massa rakyat semua telah disusun oleh kita di dalam kawasan-kawasan itu. Pada masa yang telah sudah, kawan pimpinan pernah memberitahu kita bahawa pada waktu Jepun 2/3 kawasan seluruh negeri telah dikuasai oleh parti dan tentera kita dan 1/3 penduduk seluruh Malaya telah dipengaruhi oleh parti dan tentera kita. Hampir semua bandar-bandar, pekan-pekan dan kampung-kampung di seluruh negeri telah dikuasai oleh parti dan tentera kita, kecuali beberapa buah kota besar seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka yang tak dapat dikontrol oleh kita. Akan tetapi kota yang paling besar ibu kota Kuala Lumpur umpamanya, di kawasan luar bandar pun telah dikuasai oleh kita, 3-4 batu daripada Kuala Lumpur semuanya telah dikontrol oleh kita, kawan-kawan kita tersebar di beberapa tempat dekat Kuala Lumpur, di luar bandar Kuala Lumpur. Maka tentera Jepun tak berani datang untuk menyerang kita. Pada masa itu orang ramai sangat-sangat menghormati parti dan tentera kita. Massa menggelar kita sebagai pemerintah hutan. Ertinya di luar ada pemerintah Jepun, di dalamnya ada pemerintah hutan atau kerajaan hutan. Maka tiap-tiap tahun massa rakyat mengutip padi-padi dan wang untuk parti dan tentera kita. Mereka juga meminta kita menyelesaikan semua pertentangan-pertentangan di kalangan mereka dan juga minta fikiran daripada kita. Ini bererti mereka memandang kita sebagai kerajaan. Oleh sebab itu pengaruh dan prestij parti dan tentera sangat-sangat tinggi pada masa itu. Inilah satu kejayaan yang sangat besar pada waktu anti-Jepun.

Kejayaan yang ketiga ialah pandai berjuang, pandai menang. Parti kita telah mencapai hasil yang sangat baik dalam lapangan ini. Kita telah melaksanakan dasar front persatuan yang tepat, kita telah mempergunakan pertentangan-pertentangan di kalangan musuh, dengan ini kita memperoleh hasil-hasil yang luar biasa baik. Di segi hasil kerja front persatuan, ada beberapa contoh umpamanya di bandar-bandar dan di kampung-kampung terdapat apa yang dikatakan Lembaga Keamanan yang terdiri daripada orang-orang atasan yang berkhidmat untuk fasis Jepun bagi menjaga keamanan tempatan. Pada mulanya mereka berkhidmat kepada fasis Jepun, tetapi kemudian telah berubah menjadi berkhidmat kepada kita. Mereka selain mendermakan wang dan material kepada kita juga sentiasa membekalkan maklumat-maklumat kepada kita. Umpamanya JIKIDAN banyak juga dapat dikontrol oleh kita. Mereka telah dapat dilumpuhkan oleh kita khasnya di pedesaan dan di bandar-bandar sederhana dan bandar-bandar kecil, semuanya dapat dikontrol oleh parti dan tentera kita. Mereka pada lahirnya berkhidmat untuk Jepun tetapi sebenarnya mereka mengawal untuk kita, sentiasa mereka gard untuk kita, memberikan maklumat-maklumat kepada kita. Bagi pihak askar dan polis boneka, sebahagian juga dihubungi oleh kita. Mereka memberikan maklumat-maklumat kepada kita. Kerana mereka dihubungi oleh kita, maka sebab itu kita pun kurang menyerang mereka. Apabila kita melancarkan serangan, mereka memberikan kerjasama yang baik kepada kita, umpamanya di Kuala Pilah Negeri Sembilan, pernah kita menyerang sebuah polis stesen, maka polis-polis di dalam polis stesen itu telah memberikan kerjasama yang baik kepada kita. Semasa kita menyerang mereka, mereka telah menyerahkan senjata sebanyak 80 laras kepada kita. Satu contoh lagi umpamanya di Johor utara pernah juga tentera kita melakukan satu kali serangan dalam masa satu hari dan menyerang lebih kurang 10 buah lebih polis stesen, maka kebanyakan polis-polis di dalam polis stesen itu telah bekerjasama dengan kita. Dalam masa itu kita telah dapat merampas senjata beratus-ratus laras. Satu contoh lagi umpamanya di Teriang, Pahang, Ketua Lembaga Keamanan di situ adalah kawan kita sendiri, kawan bekerja di bawah tanah. Dia pegang satu seksyen polis. Maka polis-polis ini hari-hari gard untuk kawan-kawan kita. Dengan demikian, tak perlulah kita menyerang mereka. Mereka hari-hari juga berkhidmat untuk kita.

Selainnya, pegawai-pegawai kerajaan juga ada sebahagiannya berhubung dengan parti dan tentera kita. Kapitalis-kapitalis nasional dan orang-orang atasan juga banyak mencari hubungan dengan kita. Pada waktu Jepun ada kawan khas bertanggungjawab untuk kerja ini. Di bawah pimpinan Area Komiti, biasanya ada seorang kawan khusus buat kerja front persatuan. Dengan ini kita telah memperoleh hasil-hasil yang sangat memuaskan.

---
nota: ceramah Ibu Suriani sempena memperingati 30 tahun Perang Pembebasan Nasional Anti-Jepun pada bulan Disember 1971.

Tiada ulasan: