THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Khamis, 7 Januari 2010

REJIMEN 10 DAN TANGGUNGJAWAB MELAKSANA PERINTAH AL-QURAN



Oleh Panji Darman

Walaupun lebih 1400 tahun al-Quran berada di sisi umat Islam namun mereka masih di dalam kegelapan, tidak berupaya membezakan dan mencari jalan tengah seperti yang dianjurkan oleh Al-Quran untuk menjadi satu umat yang kuat yang sukar dicerobohi atau “umatan wasata’ umat pertengahan.

Dialog dalam Sembang Internet antara Matamin48 dengan Rivolvers887 termasuk komen pembaca menarik kita untuk melihat bahawa Perjuangan Regimen 10 PKM adalah lebih dekat kepada cahaya Al-Quran. Pada prinsipnya mereka telah melaksanakan tuntutan seperti yang dianjurkan di dalam al-Quran.

“ Bagaimanakah dengan kamu, bahawa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah untuk lelaki-lelaki, dan perempuan-perempuan, dan kanak-kanak, yang dihinakan, yang berkata, "Wahai Pemelihara kami, keluarkanlah kami daripada bandar raya ini yang penduduknya zalim, dan lantikkanlah bagi kami seorang wali (pelindung) daripada sisi Engkau, dan lantikkanlah bagi kami, daripada sisi Engkau, seorang penolong." Al-Quran 4:74

Regimen 10 dan TPN telah menganjurkan perang mengusir imperialist British kerana penindasan terhadap orang-orang yang tidak berdaya adalah satu tuntutan Allah. Tanpa tentangan yang sentiasa meningkat hingga tidak lagi tertanggung oleh British mungkin mereka akan tinggal lebih lama lagi di bumi Malaya. Berapa lama lagi rakyat dan masyarakat marhein akan menderita dengan seluruh kekayaan bumi ini terus dipunggah keluar. Kini mereka hidup seperti dalam buangan dengan jiwanya yang lebih merdeka. Kepada mereka bergembiralah dengan jual beli itu kerana semuanya telah dibeli dan akan dibayar oleh Allah seperti yang dijanjikan:
”Allah membeli daripada orang-orang mukmin, diri-diri mereka dan harta-harta mereka, dengan Taman; mereka berperang di jalan Allah, mereka membunuh dan mereka dibunuh; itu ialah satu janji yang mengikat-Nya di dalam Taurat, dan Injil, dan al-Qur'an; dan siapakah yang lebih menepati perjanjiannya daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli kamu yang kamu memperjualbelikan dengan-Nya; itulah kemenangan yang besar.” Al-Quran 9:11

Kini negara sudah lama merdeka dan aman kerana kuasa imperialist sudah tidak ada, rakyat lebih bebas untuk bergerak dan bekerja serta menikmati kehidupan yang lebih baik daripada semasa di bawah kuku penjajah, maka wajarlah peperangan itu berhenti.

Rundingan Baling 1955 sebenarnya suatu yang amat terancang untuk menggagalkannya dengan memberi syarat-syarat tidak adil terhadap pihak kedua agar mereka dapat terus menguasai bumi ini meskipun di beri kemerdekaan. Misi ini dijayakan oleh David Marshal yang sentiasa di sisi Tunku. Perjanjian Damai Haadyai 89 pula berjaya ialah kerana syaratnya lebih menasabah kerana niat berdamai itu lebih jujur ketika negara di bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir. Justeru, peperangan tidak lagi wajar diteruskan.

”Perangilah mereka sehingga tidak ada lagi penganiayaan, dan agama semuanya untuk Allah; kemudian jika mereka berhenti, maka sesungguhnya Allah melihat apa yang mereka buat."
Al-Quran 8:39

Islam adalah “Deen” atau cara hidup sistematik dengan prinsip-prinsip kesejahteraan. Nabi Ibrahim seorang yang sangat revolusiner begitu juga dengan Nabi Muhammad . Menjadi revolusiner hanya apabila wujud kuasa jahat yang mengancam kesejahteraan. Perkataan “Deen al-Islam ” sebenarnya dimaksudkan satu sistem yang berteraskan kepada anjuran menegakkan kebaikan dan menentang kejahatan.

Ia juga mestilah satu sistem yang konsisten dan tidak boleh sama sekali bersifat agak-agak berdasarkan kenyataan-kenyataan seperti “ kata si anu daripada si anu ada berkata bahawa kononnya nabi ada berkata itu dan ini” Kata si anu dari puak yang lain pula bahawa nabi ada berkata yang lain pula” Sedang segala kenyataan ini apabila diperiksa di dapati bercanggahan dengan ketentuan Allah di dalam Al-Quran. Perkara inilah yang menyebabkan umat Islam begitu bercelaru terhadap mana satu yang betul. Di antara Ulama yang berserban serta Raja yang menyebelahi kuasa Penjajah atau Tentera Revolusiner PKM yang menganjurkan tentangan terhadap kuasa ini. Jika Ulama-ulama ini mulutnya telah disumbat pisang maka mereka sudah tidak akan dapat bercakap lagi meskipun di depan mereka penjajah sedang mencucuk satu demi satu cerucuk besi pada punggung rakyat yang tidak berdaya.

Sejak dari dulu lagi Malaya tidak pernah terjajah sepenuhnya. Golongan istana dan kelas atasan tidak dijajah malah diberi layanan yang sangat istimewa. Anak-anak mereka dihantar belajar di London dalam pelbagai bidang ilmu kemudian pulang bekerja dengan British seperti Dato’ Onn, Tunku dan ramai yang lain.

Selain itu Al-Quran juga tidak menyebut tentang sebarang ideologi sama ada Liberal Kapitalism, Socialism, Komunism, Fasis atau sebagainya untuk diikuti namun tentang prinsip-prinsip yang baik yang patut di ikuti dinyatakan dengan begitu jelas sekali. Bila terbaca tentang disiplin Tentera Pembebasan Nasional ketika berperang saya begitu terkejut kerana prinsip-prinsip ini seratus peratus mengikut ajaran al-Quran. Dalam al-Quran juga tidak ada istilah “Negara Islam” atau perlembagaan Islam. Perlembagaan Madinah yang ditulis oleh Nabi juga tidak menyebut negara Islam seperti yang dijaja oleh ulama-ulama hari ini. Negara Islam adalah negara yang adil dan sejahtera.

Al-Quran mengisytihar perbezaan pandangan dan pendapat sebagai satu hikmah dan menganjurkan musyawarah berdasarkan prinsip-prinsip kebaikan dan bukan kejahatan.

Apabila meneliti keseluruhan buku-buku yang ditulis oleh Abdullah CD, Abu Samah, Rashid Maidin, Suriani @ Eng Ming Ching malah Chen Ping sekalipun tidak didapati walau sebarispun kenyataan yang menyebut perjuangan PKM adalah untuk menegakkan sebuah Negara Komunis di Malaya.

Situasi keadaan dalam negara termasuk undang-undang darurat turut menjadi penghalang kepada rangcangan permaufakatan yang dicadangkan oleh PKM untuk menyatukan seluruh gerakan Nasionalis, Sosialis, Komunis dan Agama di Malaya. Jika permaufakatan ini berjaya mungkin kita dapat melihat satu realiti - gagasan ke arah sebuah negara yang dianjurkan oleh Tuhan. Seluruh perkara ini gagal dilihat kerana rakyat hidup tanpa cahaya al-Quran untuk membawa mereka melihat di antara baik dan buruk termasuk tidak mengenali yang mana satu kawan dan yang mana satu musuh. Dalam pada itu pula sesetengah ulama memperdagangkan agama dengan dogma-dogma palsu bagi melunakkan persekongkolan mereka dengan penjajah.

Tiada ulasan: