Falsafah Pendidikan Negara.
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
Jika direnungi secara mendalam, sudah tiada sumbangnya Falsafah Pendidikan Negara ini. Namun apa yang menyedihkan apabila realitinya produk-produk yang lahir tidak seperti spesifikasi yang ditetapkan. Maka boleh disimpulkan bahawa terdapat kepincangan dalam proses pembuatan produk akademik kita. Lebih menyayat hati, produk-produk rosak ini yang menjadi mangsa kejian dan hinaan para pembuatnya. Anehnya, tidak pula kita mahu menyiasat apa yang berlaku semasa proses pembuatan produk ini.
Bila anak-anak muda sudah hilang jati diri, mereka menyalahkan pengaruh budaya kuning. Bila anak-anak muda runtuh moralnya mereka menyalahkan kurang didikan agama dari ibu bapa. Bila anak-anak muda ramai merempit dan berpelesaran, mereka menyalahkan masyarakat yang tidak prihatin.Tapi mereka lupa. Ibu bapa anak-anak muda ini juga lahir dari sistem pendidikan yang sama. Mereka juga lupa, masyarakat yang anak-anak muda ini bergaul juga lahir dari sistem pendidikan yang sama. Sudah tentulah yang patut dipersalahkan adalah sistem pendidikan itu, bukannya pengetua atau ketua bidang mahupun tukang kebun sekolah.
Sebagaimana acuannya, begitulah bentuk kuihnya. Guru kencing berdiri. Anak murid kencing berlari. Apa yang nak dihairankan bila pelajar merakam aksi seks apabila ustaz yang mengajar pendidikan Islam pun asyik melayan porno? Macam mana agaknya anak-anak muda mahu menjadi generasi berketrampilan dan berakhlak mulia bila guru-guru mereka dua kali lima? Jangan pula dilupa guru-guru ini juga lahir dari sistem pendidikan yang sama. Tak kiralah yang Guru Sandaran Tak Terlatih mahupun Guru-Guru Terlalu Terlatih. Itulah halnya bila ditanya mengapa kedudukan guru dalam masyarakat tidak lagi dipandang tinggi dan dihormati.
Modal atau aset paling berharga bagi sesebuah tamadun ialah generasi mudanya. Kelangsungan suatu ketamadunan bergantung kepada kualiti generasi pelapisnya.Jika hancur generasi muda ini, maka runtuhlah tamadun itu. Sebab itulah Zionis mengebom sekolah-sekolah , tadika-tadika dan rumah-rumah anak yatim. Mereka telah sedar, anak-anak kecil yang membaling batu ke arah tentera dan kereta kebal meraka itulah yang membesar dan menubuhkan HAMAS, lalu menyatukan rakyat Palestin. Anak-anak kecil itulah yang menjadi pemimpin hebat seperti As-Syahid Abdul Aziz Al-Rantisi. Anak-anak kecil itulah yang menjadi komander-komander Bridget Al-Aqsa!
Andai dikaji secara teliti, sesuatu gerakan revolusi samaada Revolusi Islam Di Iran hinggalah kebangkitan Toliban menjatuhkan kerajaan korup Mujahiddin bermula dengan gerakan pelajar. Usah dilupa, HAMAS juga lahir daripada gerakan pelajar. Jatuhnya Rejim Jeneral Soeharto juga akibat daripada kebangkitan Mahasiswa Indonesia.
Presiden Soekarno pernah berkata, “Berikan aku 10 pemuda, akan aku goncangkan dunia!”. Tidak ternafi lagi bahawa peranan anak-anak muda amatlah penting. Sesungguhnya pembentukan jati diri dan peribadi anak-anak muda ini bermula dari prasekolah hinggalah ke universiti. Oleh itu, peranan sistem pendidikan dilihat tersangatlah utama jauh mengatasi kepentingan cukong-cukong asing dan Ketua Cawangan UMNO.
Saya tidak punyai ilmu yang tinggi untuk mencadangkan KBSM atau KBSR yang baru. Cukuplah dengan merevolusikan silibus pendidikan kita dengan menyemai budaya ilmu dan berfikir. Bagaimana? Cedoklah acuan-acuan dari Negara yang telah membangun. Mudah bukan? Jika ada yang berkata, itu tidak sesuai dengan budaya majmuk masyarakat kita. Sesuaikanlah! Mana ada kemahuan disitu kita akan cari jalan. Bukan hanya asyik mencari alasan.
Pokoknya, jika Kerajaan mahu merevolusikan sistem pendidikan kita, dah lama dah mereka buat. Tapi kenapa tidak buat? Kerana takut lahir generasi yang berintelektual dan berilmu. Kenapa takut kepada generasi cerdik dan pandai? Kerana merekalah yang akan merevolusikan sistem politik Negara kita. Merekalah yang akan memperbaharui model ekonomi kita. Mereka jualah yang akan berusaha mewujudkan sebuah Negara berkebajikan.
Konklusinya mudah, demi untuk terus berada ditampuk kuasa, Kerajaan akan terus memastikan rakyat yang diperintahnya lebih bebal dan dungu dari mereka. Segala saluran dikerahkan untuk menbodoh-bodohkan rakyat. Terutamanya media massa dan agensi-agensi kerajaan. Disinilah punca budaya pembodohan ini. Mana tidaknya, jika rakyat berilmu, maka kerajaan yang jahil akan tumbang ke longkang!
p/s: aku juga hasil dari sistem pendidikan pembodohan ini. jika tidak tentu aku sepintar Adi Putra.Keh..Keh..
Artikal asal di ambil dengan kebenaran penulis di blog ini Muhammad Takiyudin Abdul Ghani
Tiada ulasan:
Catat Ulasan