THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Isnin, 4 Januari 2010

PAS PULAU PINANG TERAJUI KERAJAAN PERPADUAN PAS / UMNO


Seperti artikal aku sebelum ini, apa yang di andaikan telah pun menjadi kenyataan. Umno telah berjaya mengolah isu yang pernah mereka jayakan sehinggakan terjadinya peristiwa 13 May 1969. Oleh kerana pemimpin Pas pada waktu itu tidak percayakan Tuhan mereka telah menyambut tangan Umno untuk bersatu di dalam Barisan Nasional. Segala tuduhan terhadap Umno dengan istilah Assobiyah, sekular, nasionalis dan kafir telah mereka halalkan setelah Parti Islam ini menyertai UMNO membentuk Barisan Nasional. Pas menyertai BN dengan alasan menyelamatkan kuasa Melayu pada ketika itu. (Jangan tanya Mat Sopi dia satu haram tak tau apa)

Hari ini Umno berjaya lagi meniup api perkauman dan agama untuk menjayakan apa yang dikatakan kerajaan perpaduan. Timbalan Presiden Pas dalam Buletin Utama kemarin telah mengeluarkan kenyataannya bahwa ini bukanlah isu politik tetapi isu aqidah. Lihat bagai mana pemimpin tertinggi Pas meniupkan asap candu agama kepada rakyat. Jika dulu mereka mengatakan politik tidak boleh di pisahkan dengan agama tapi demi untuk menjayakan impian kerajaan perpaduan antara Pas dan Umno mereka berkata ini tidak ada kaitan dengan politik.

Di bawah ini adalah gambar-gambar permulaan berputiknya bunga kerajaan perpaduan antara Pas dan UMNO. Sesungguhnya Pas di lahirkan di Pulau Pinang dari perut UMNo, maka hari ini parti ini juga telah sekali lagi berbisan demi sebuah kuasa melayu.


Tahniah PAS Pulau Pinang. Sikap perkauman sempit anda terselah kini. Bergembialah ajen-ajen kerajaan perpaduan yang berada di dalam Perhubungan Pas Negeri kerana tugas anda menghacurkan Pas sudah mula berputik. Tahniah sekali Lagi.

Sosialis Hijau

Tiada ulasan: