Hari ini ramai yang nak bercakap pasal Islam. Pas cakap pasal Islam, Umno pun cakap pasal Islam… DAP pun nak bercakap pasal Islam. Bila cakap pasal Islam selalunya hanya mereka sajalah yang beramal dengan Islam… Hanya kumpulan merekalah yang mengamalkan Islam. Kalau belajar tarekat pulak Tok Guru akan kata hanya tarekat dia yang betul yang lain semuanya tak betul… Tabligh pun kata macam tu… jemaah lain semuanya tak beramal dengan ilmu.
Baguslah kalau semuanya berebut mahukan Islam. Baguslah kalau semua mahu beramal dengan Islam. Tapi bila semua mengaku yang hanya merekalah yang betul Islamnya dan orang lain semuanya tak betul sudah pasti ianya mengelirukan. Yang mana satu islam yang betul ni?
Jadi aku pun pening sebab depa kata Islam aku tak betul kerana berfahaman sosialis. Aku pun tak tahu apakah yang berkata itu faham apa erti sosialis kerana aku dengan nak menyebut sosialisme pun tak betul.. Tak apalah mungkin orang itu penyokong kuat penjajah British. Ia boleh di maafkan tapi bila aku tengok pakaian anak bini orang yang kata sosialis tak betul tu aku rasa ada yang tak betul. Tak kisahlah kalau yang berpakaian begitu pengikut bawahan dan baru nak berjinak-jinak dengan islam tapi ini adalah isteri dan anak seorang yang kononnya telah di pilih oleh Allah utuk masuk syurga. (Menurut kata seekor anjing yang tinggal di Juru kepada kawan aku Omaq bahawa mereka yang bersama YDP Pas Batu Kawan adalah manusia yang di pilih Allah masuk syurga)
Ishh aku betul betul keliru yang mana satu Islam yang betul? Kalau Islam yang mereka bawa itu betul maka sudah tentulah selesai bagi mereka hal-hal kecil yang islam tuntut. Macam manalah mereka bercakap soal hudud, soal Negara Islam sedangkan anak isteri mereka pun tak mampu hendak mereka bentuk?
Aku keliru dengan pakaian Islam hakiki yang nak isteri mereka pakai. Bila aku lalu depan rumah anak isteri tidak pula bertudung. Bila aku tengok anak lelaki mereka ada yang memakai seluar pendek. Bila aku tengok anak perempuan mereka ada yang berpakaian ketat. Jadi kalau itulah yang mereka katakan Islam yang betul maka paparan gambar di bawah ini sudah pasti tidak betul, kerana yang aku lihat anak isteri orang yang kata aku tak betul tu pakaiannya seperti di bawah ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan