THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Sabtu, 2 Januari 2010

JASA BESAR ALLAHYARHAM MOHAMED RAHMAT KEPADA GENERASI MUDA 20 TAHUN DAHULU.


Kemarin telah pergi seorang lagi bekas pimpinan tertinggi UMNO dari dunia ini. Mohamad Rahmad atau lebih di kenali dengan nama Tok Mat Bulat adalah salah seorang tokoh parti British Malaya yang memegang jawatan setiausaha Agung dalam tempoh yang lama.


Sebenarnya aku tidak mengenali Allahyarham sebagai seorang pemimpin Umno tetapi aku mengenali beliau sebagai seorang menteri penerangan kerajaan perseketuan 20 tahun yang lalu. Aku juga tak pernah ambil tahu berapakah banyakkah jasanya pada Umno atau Negara tapi aku hanya tahu bahawa beliau cukup berjasa besar kepada generasi muda pada ketika itu.


Pada ketika beliau menjadi menteri penerangan, beliau telah menunjukan sikap anti kepada anak muda pada ketika itu. Beliau telah mengenakan peraturan yang cukup zalim melebihi kezaliman undang2 ISA terhadap anak muda pada ketika itu. Dengan kuasa yang ada sebagai menteri beliau telah mengarahkan kepada semua stesyen TV dan Radio (Time tu hanya RTM & TV3 je) agar tidak membenarkan kumpulan muzik yang berambut panjang memasuki TV dan radio. Semua kumpulan muzik yg berambut panjang mestilah memotong rambut jika mahu masuk TV. Ini telah menyebabkan semua kumpulan muzik yang tergila-gila nak masuk TV telah memotong rambut mereka. Akhirnya yang tinggal hanyalah kumpulan gergasi pada ketuka itu iaitu Search dan Wings.


Pihak media cetak pula telah memainkan peranan membodeknya pada ketika itu dengan menyiarkan berbagai fitnah kepada pemuzik berambut panjang. Laporan atau cerita mereka tidak lagi di letakkan di dalam ruangan hiburan tetapi telah di letakkan di halaman utama akhbar. Dadah, Sexs, Arak dan segala yang tidak baik telah di hempapkan terhadap pemuzik berambut panjang. Di luar dunia pemuzik pula polis memulakan operasi menahan pemuda yang berambut panjang tanpa alasan.(Aku pun kena tahan gak tapi polis tak berani potong rambut aku sebab aku terer).



Brader yg sebelah kanan tu sebenarnya Din Binjai. Beliau adalah anggota kumpulan Crosstown . Beliau telah dinyahaktifkan daripada menjadi rocker kerana kegagalan beliau untuk mengempiskan kembali perutnya yang tidak rock itu. Blog nya anda boleh lawati di

Namun begitu kumpulan Search & Wings mencipta sejarah yang mungkin tidak pernah terjadi dalam dunia muzik rock umumnya apabila bersetuju muncul dalam satu upacara simbolik pemotongan rambut masing-masing pada 1 November 1992 di Auditorium Besar, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Upacara yang kelihatan penting tersebut dilakukan oleh Mohamed Rahmat (Menteri Penerangan Malaysia ketika itu) dan disiarkan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia secara langsung melalui saluran RTM1. Upacara tersebut mengakhiri tempoh sekatan yang dikenakan oleh Kementerian Penerangan Malaysia terhadap Search & Wings di mana lagu-lagu mereka tidak boleh disiarkan melalui radio & televisyen Malaysia, malah permit pertunjukan pentas juga tidak dikeluarkan kepada kumpulan rock yang berambut panjang melebihi paras bahu.


Ini adalah satu kejayaan yang paling besar dalam perjuangan pemuzik yang berambut panjang pada ketika itu. Walaupun Search dan Wings di lihat telah mengalah kepada Tok Mat tetapi atas kebodohan menteri penerangan itu beliau dengan penuh hina dina telah memotong sendiri rambut Amy dan Awie. Kerajaan pula terpaksa mengeluarkan perbelanjaan ratusan ribu ringgit kerana kos Siaran langsung upacara memotong rambut Amy dan Awie pada ketika itu.

Kumpulan Wings telah meluahkan segala rasa hati mereka di dalam album mereka “Bazooka Penaka”. Sasterawan Negara A Samad Said juga telah menyatakan sokongan beliau kepada anak muda pada ketika iti. Antara lagu yang menyatakan protes mereka terhadap menteri penerangan di dalam album tersebut bertajuk.


1.Bazooka Penaka
2.Bernafas Dalam Lumpur
3.Kuburkan Aku

4.Rock 'N' Roll Band
5.Amok

6.Satelit Puaka
7.Tangisan Marhain
8.Puisi Merdeka


Sikap anti anak muda berambut panjang yang di tunjukan beliau telah menyebabkan anak muda termasuk aku (time tu muda la bro) merasa benci kepada kerajaan Barisan Nasional. Inilah jasa Allahyarham yang cukup besar kepada anak muda. Yang tinggal dan masih menyokong BN hanyalah anak muda yang tak cukup akal seperti Mat Bunga, Mat Diskang dan Mat slow.


Walau apa bagaimana pun, Beliau kini telah pergi bertemu Ilahi. Marilah kita doakan semoga taubatnya di terima dan rohnya damai di sana. Al Fatihah.


Sosialis Hijau


Nota : Akibat terlalu marah dan bencikan Allahyarham aku telah bernazar jika Tok Mat mati aku nak buat kenduri pisang. Kemarin dia dah mati. Perlukah aku buat kenduri atas musibah yang berlaku ke atas orang? Tidak aku tak akan buat kenduri pisang kerana dia mati tapi aku akan buah sedekah pisang untuk Allahyarham. Hampa tau ka sapa yang sarankan aku buat kenduri arwah kat Tok Mat? Ala aku habaq pun hampa tak percaya punya la… Cuba hampa Tanya MB Perak Ir Nizar tengok?

Tiada ulasan: