THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Khamis, 14 Januari 2010

CATATAN SEBUAH MEMORI DI CAREFOUR


Petang tadi aku pi Carefour.. (tak payah cerita la aku pi buat apa) mulanya aku tak mau masuk dalam sebab urusan aku hanya di kaki lima Carefour tu saja (maklumlah orang miskin, nanti masuk Carefour pakai baju compang camping Aweks Carefour tu bukan nak layan). Entah macam mana tergerak hati nak masuk jugak. Masuk saja kat depan pintu carefour tu ada la seorang awek menjeling manja kat aku…. Ishh awek ni minat kat aku ka? Aku berkata dalam hati dengan penuh perasan yang amat mendalam. Aku pun jelling balik sambil buat-buat sakit mata… Rasa aku awek ni mai dengan mak bapak dia tapi tidaklah diri ini mahu melihat mak bapanya yang sedang membeli belah tu kerana setiap jelingan yang di palingkan kearah lain sudah pastilah merugikan mata aku yang penuh bersinar itu.


Memandangkan aku sedar akan diri yang sudah tua dan si awek pula datang bersama keluarganya maka aku terus dengan laju menuju ke tempat membeli barang.


Tiba tiba aku terdengar orang memanggil ku dari belakang. Ehh awek tadi ni dah terkena panahan arjuna mataku yang menawan inikah…. Aku kalih belakang…. Eh bukan awek la tapi mak awek tu… Hahhh makcik ni nak buat aku menantu ka sampai terkejar-kejar aku di dalam Carefour ni… Semakin dekat dia menghampiri semakin aku mula mengenalinya….. Aduhhhh… hampa tau ka sapa dia yang aku perasan nak jadikan aku menantunya tu…..


Rupa-rupanya Kakak aku la bro…. kah kah kah rupa-rupanya yang menjeling dan terjuling kat aku tadi tu adalah anak menakan aku sendiri….. kah kah kah… Betapa aku ini hanyalah seorang pencinta wanita yang teramatlah perasannya… kah kah kah. Aku ni ingat aku ni lelaki yang mengoda sehingga ada awek yang sebaya anak aku masih mahu menjeling aku… rupa-rupanya dia jelling aku sebab aku ni Pakcik dia… sekali lagi aku gelak time aku menulis ni (tapi gelak dalam hati saja takut nanti bini aku tanya gelak pasai apa).


Itulah akibatnya kalau tak mau balik rumah adik beradik. Nasib baik anak menakan aku ni mai dengan mak pak dia, kalau tak macam tu punya menjeling comfirm aku ayat balik punyalah… kah kah kah… Aduhhh…


Buat my mom and my family terimalah lagu Rendang Tak Berbuah dendangan Hattan di bawah ni… Ikut sukalah nak menyanyi macam mana pun asalkan jangan lupa lirik… kah kah kah…. Kalau nak nak dengaq yang ori punya cari sendiri la dalam Youtube.. nak upload kat blog ni mau la makan masa sekurun lamanya….


Ok lah Love You All….. and untuk Aswad Selamat Menjadi Pengatin… Jangan risau Pakcik comfirm pi punya…

Sosialis Hijau

Rendang Tak Berbuah

Sunyi Tenggelam
terlantar Dalam Telanjang
di Pintu Rindu
hidup Dan Mati
di Sisiku

sakit Yang Datang
menguji Kasih Dan Sayang
antara Merendang Semalam
mungkin Takkan Berbuah

hanya Meneduhkan
namun Tidak Mengenyangkan
musafir Lalu Nan Dahaga
di Jalan Panas Membara

begitulah Hakikatnya Oo
di Mahligai Kesakitan
yang Mengundang Sahabat
saudara Jauh Dekat
menghembus Nafas Pilu

ibu Mengertilah
aku Sengsara
lemas Berendam
air Mata

rendang Kasihmu
dalam Gelora
jadi Rebutan
selamanya

berikanlah Pengertian
waktu Ku Di Hujung Jalan
berbicara Bahasa Tuhan
yang Menoroh Penyesalan

manapun Aku Berlabuh
pastinya Untuk Disambut
biarpun Tak Bersungguh
biarlah Tak Tertangguh
di Telapak Kakimu

sakit Kurasakan
jadi Peneman
masa Semalam Yang Silam~

ibu Mengertilah
aku Sengsara
lemas Berendam
air Mata

rendang Kasihmu
dalam Gelora
jadi Rebutan
selamanya Woohoo

sakit Kurasakan
jadi Peneman
masa Semalam Yang Silam~


Tiada ulasan: