THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Khamis, 14 Januari 2010

ANJING-ANJING POLITIK YANG KHAYAL DI DALAM PAS


Di bawah ini aku kisahkan sebuah cerpen hasil karya Moktar Petah berkisarkan anjing-anjing politik yang berada di sekeliling kita pada hari ini. Mengapa aku katakan mereka ini anjing politik? Kerana mereka ini umpama sekor anjing yang di sumbat kepala hotak mereka dengan asap candu jenama wala’ oleh pemimpin-pemimpin mereka agar mereka terus setia walau apa yang di katakan oleh mereka itu tidak benar.


Mereka-mereka yang bergelar anjing politik ini bolehlah kita samakan dengan seekor anjing pengesan yang di gunakan oleh polis dalam mengesan sesuatu yang telah di setkan ke dalam kepala hotaknya. Jika anjing itu di gunakan untuk mengesan dadah maka tiada lainlah yang dapat di hidu oleh anjing tersebut melainkan bau dadah. Jika anjing itu di gunakan untuk mengesan bahan makanan maka tidak di hidunya dadah walaupun berada di depan hidung.


Inilah perkara yang terjadi pada hari ini. Walau apa parti pun yang anjing-anjing politik ini sertai mata dan hati mereka sebenarnya telah di setkan agar terus taat dan setia. Hatta pemimpin mereka itu adalah seekor DAJAL pun mereka akan ikut. Kerana apa? Kerana di minda mereka Dajal ini telah setkan agar jangan melawannya kerana balasannya ialah neraka.


Anjing-anjing politik seperti Mat Sopi dan sekutunya sanggup lakukan apa saja untuk Dajal ini. (Hanya satu perkara saja sehingga kini anjing2 politik ini tak boleh ikut cakap Dajal ni. Nak tau apa dia? Serahkan anak atau adik perempuan kepada Mat Zan iaitu AJK Pasti Pulau Pinang untuk di buat ujikaji).


Menurut seorang pengikut Dajal yang aku jumpa, dia berkata bahawasanya sesiapa yang tidak bersama dajal maka orang itu sebenarnya telah di keluarkan oleh Allah daripada mereka yang berjuang Islam. Hanya mereka yang bersama Dajal sahaja adalah manusia yang di pilih oleh Allah.


Tiada lain yang di gunakan oleh Dajal ini untuk melalikan pengikutnya agar mereka hanya dengar dan taat melainkan dengan candu agama. Menentangya bererti menentang Jemaah, menentang jemaah bererti menentang Islam, menentang Islam bererti menentang Rasulullah, menentang Rasulullah bererti menentang Allah dan menentang Allah tempatnya di neraka.


Lihat betapa untuk menjadi seorang pemimpin yang syok sendiri Dajal ini akan mengaitkan satu persatu alasan agar dirinya terus ditaat. Maka apabila Mat Zan (AJK pasti Penang) menganggu isteri dan tunang orang, pengikt dajal yang sudah mabuk dengan candunya akan terus menghalalkannya. Mengapa? Kerana takut masuk neraka kalau melawan kata pemimpin mereka yang dajal ini.


Siapa yang tak tahu dengan perangai ketua pemuda Pas Batu Kawan yang kaki raba juboq budak2? Ramai yang tahu, tapi akbiat terhidu candu yang di asapkan oleh dajal, semuanya takut untuk bersuara. Mengapa? Kerana melawan cakap ketua akan masuk neraka. Akhirnya ahli Pas akan di perbodoh dan selamanya kan khayal dengan pembohongan pemimpin mereka. Yang makan free ialah pemimpin mereka, yang naik kereta besar pemimpin mereka, yang dapat habuan itu ini pemimpin mereka, yang hidup senang lenang pemimpin mereka. Jadi apa yang anjing-anjing politik ini dapat? Sila baca cerpen di bawah kemudian fikirkanlah. Cepat-cepatlah berubat kalau anda tahu bahawa selama ini anda adalah seorang penagih candu yang di bakar oleh pemimpin anda yang temberang itu.


POLITIKUS TEH TARIK- Hasil karya Moktar Pateh


Kulup Mejah warga kampung. Dia tidak pernah belajar ilmu politik. Bahkan pelajarannya sekadar darjah enam sekolah rendah. Tetapi saban hari dia bercakap fasal politik. Orang politik itu tak betul. Orang politik itu tak baik. Pendeknya dia macam penonton boleh sepak, walau sepuntung kakinya tempang, dia sentiasa marahkan pemain bola. Ada tak betul dan tak kena.


Pekerjaan Kulup Mejah tak menentu. Jadi broker, tukang pacak tiang bendera parti politik. Setiap pagi dan petang dia berulang ke warung teh tarik Pak Abu di kampung itu. Dia tumpang makan dan minum belanja percuma dari orang-orang yang datang ke warung teh tarik di kampung itu.

Rakan-rakan Kulup Mejah, Mat Kentoi, Bodin, Awang, Sayed Nontak dan Seman Cerut. Mereka berpelajaran sekadar pelajaran Kulup Mejah. Cara hidu dan perangai mereka juga sama dengan Kulup Mejah.

Kulup Mejah ada seorang isteri dan dua orang anak. Seorang dari anaknya cacat.


Oleh kerana Kulup Mejak sentiasa bercakap politik dan menjadi pelepak politik di warung teh tarik, maka isteri, Embun dan anak-anaknya hidup dalam kesempitan. Makan nasi dengan garam telah menjadi kebisaan. Makan sambal telunjuk berdiri menjadi amalan saban hari.


Mujurlah isteri Kulup Mejah pandai menjahit baju kurung. Dari wang upah menjahit baju-baju kurung perempuan-perempuan di kampungnya dan kampung-kampung lain dapatlah dia membeli beras, gula, kopi dan makan makanan perlu ala kadar.


Embun perempuan rajin. Dia berbudi kepada tanah. Kawasan tanah di sekitar rumahnya ditanami dengan pokok cabai burung, cabai besar, kunyit, serai, terung, pegaga dan sayur-sayuran lain.

Kulup Mejak orang politik. Dia tidak pernah menolong isterinya bercocok tanam. Kadang- kadang, bila rasa sedih dan tidak tahan menderita, Embun bersungut sendirian, “ semua atas embun ..., ambil air di perigi atas embun, jahit baju atas embun, cocok tanam keliling rumah atas embun ..., belanja anak sekolah atas embun ..., buat tu pun atas aku juga ...”


“Dolah Badawi tak tau politik, Najib mana tau politik, Anwar Ibrahim lagi tak tau politik, Nik Aziz, Haji Hadi mana tau politik ...,”Kulup Mejah berkata kepada rakan-rakannya di warung teh tarik.

Kulup Mejah telah jadi macam mubaligh politik di warung teh tarik itu. Bila bercakap dengan orang UMNO, dia puji Abdullah Badawi, Najib, Zahid Hamidi dan beberapa orang lagi, dia cerca dan umpat Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Nik Aziz dan menteri-menteri besar PAS.


Bila dia bercakap dengan orang PAS, dia puji Nik Aziz, Haji Hadi dan cerca Abdullah Badawi, Najib dan beberapa orang lagi.


Kulup Mejah orang politik lepak tidak sedar; kerana dia terlalu kerap dan banyak minum teh tarik, tubuhnya telah menjadi sarang kencing manis dan tenaga lelakinya telah menjadi macam daun bayam tengah panas sahaja.


Pada satu hari, Kulup Mejak pulang ke rumahnya. Hajatnya hendak makan nasi tengah hari. Tetapi bila dia tiba di rumahnya, di dapati isteri dan anak-anaknya tidak ada lagi. Di bawah tudung saji atas meja tidak ada makanan di sediakan.


Di bawah tudung saji itu ada sepasang lesung batu. Dalam lesung batu itu ada sebiji cabai burung yang masak dan merah. Ada lima cebisan kertas kecil tersusun di bawah buntut lesung batu itu.

Kulup Mejah membaca tulisan isterinya pada kertas-kertas kecil itu:


(1) ‘Politik abang kami jadi lapar’ ,

(2) ‘Abang berpolitik dapur kita tak berasap’,

(3) ‘Orang politik macam abang hanya tukang umpat orang’,

(4) ‘Embun harap anak lesung batu ini ajar abang jadi suami sejati’,

(5) ‘Orang berpolitik, abang berpolitik, abang macam rambutan jantan, orang berbunga abang berbunga, orang berbuah, abang tidak’.


Dalam kedaan perut lapar, Kulup Mejah tersandar pada dinding. Dia insaf; dia bukan ahli politik, tetapi pelepak politik. Orang politik teh tarik. Dia orang politik jahil politik. Jadi mangsa orang politik seperti pantun di bawah ini:


Orang kota bela itik,

Itik buta makan lada;

Orang buta beza politik,

Politik jadikan dia hamba.


SOSIALIS HIJAU

Tiada ulasan: