Sebenarnya pihak PKM telah sekian lama mendambakan kepada pedamaian dan berhasrat untuk bersama-sama terlibat di dalam pembangunan negara tetapi kerajaan Malysia di bawah teraju UMNO tidak pernah berhasrat untuk berbuat demikian kerana masih terikat dengan ugutan pihak British agar PKM di perlu di hapuskan dengan mengunakan kekerasan. Ini adalah sebagai satu agenda pihak British di dalam meneruskan dasar pecah dan perintahnya agar UMNO parti yang mereka warisi selepas kemerdekaan akan terus berkuasa.
Di dalam rundingan Baling sendiri kita dapat melihat betapa Ketua Menteri sewaktu itu, Tengku Abdul Rahman tidak boleh membuat sebarang keputusan terhadap apa jua dari hasil perbincangan itu. Hasilnya rundingan itu telah gagal dan Tengku telah berjanji akan meneruskan perbincangan perdamaian selepas daripada negara mencapai kemerdekaan. Namun begitu setelah merdeka pihak kerajaan meneruskan dasar British dengan terus memerangi PKM. Segala bentuk kekuatan tentera dan polis telah di gunakan dengan melibatkan wang rakyat di habiskan dengan begitu sahaja. Tentera PKM bukan sahaja tidak berjaya di basmikan malah mereka telah menambahkan kekuatan dari hari ke hari walaupun terpaksa berada di sempadan negara.
Kerajaan
Setelah Dr Mahathir mengambil alih pentadbiran negara beliau telah melihat betapa peperangan saudara ini harus di hentikan dengan segera agar pertumbuhan ekonomi negara tidak terganggu. Melalui pertemuan pertama antara wakil Ghafar Baba yang ketika itu menjadi Perdana Menteri akhirnya telah melangkah kearah kefahaman antara kedua belah pihak. Inilah sebenarnya yang di harapkan oleh pihak PKM iaitu berdamai dengan tanah air mereka sendiri.
PKM adalah parti politik pertama di tanah Melayu dan jika bukan kerana perintah darurat yang menyaksikan parti-parti politik yang menentang penjajah di haramkan sudah pasti PKM tidak akan mengangkat senjata. Sudah pastilah parti ini akan turut serta di dalam sama-sama proses demokrasi bersama-sama parti-parti pilitik di negara ini. Persoalan idiologi bukannya menjadi kesalahan bagi sesuatu parti atau pertubuhan untuk bergerak di dalam proses demokrasi di
Sebagai sebuah parti politik PKM tidak memerlukan M-16 untuk menjadi pemerintah. PKM juga tidak perlu berada di sempadan Negara jika parti itu di benarkan bergerak dengan sah sebagai sebuah parti politik. PKM hanyalah sebuah parti politik yang sama seperti parti-parti politik yang lain termasuk UMNO. PKM hanya memerlukan undi rakyat dalam setiap kali pilihanraya untuk sama-sama merwarnai politik tanah air. Rakyat sendiri yang akan membuat keputusan sama ada idiologi komunisme boleh mereka terima atau tidak. Jika rakyat menolak idiologi komunis maka PKM hanya akan menjadi parti pembangkang dan jika rakyat menerima dasar-dasar PKM maka PKM akan menjadi pemerintah. Itu saja.
Malangnya penjajah British merasakan bahawa PKM dan parti-parti yang membawa idiologi rakyat seperti PKM akan menjadi penghalang kepada mereka untuk terus menerus memperhambakan rakyat. PKM dan parti-parti politik seperti PKMM, API dan AWAS telah awal-awal lagi di haramkan. Parti-parti ini bukan saja mahu menjadikan rakyat sebagai tuan kepada Negara mereka sendiri malah parti-parti ini juga telah menolak fahaman perkauman sempit yang sudah pastilah akan menjadikan rakyat dari berbagai kaum akan bersatu menentang penjajahan dan penindasan. Strategi pecah dan perintah yang di amalkan oleh penjajah sejak daripada kejatuhan kerajaan Melaka telah
Penentangan atau permusuhan bersenjata antara PKM dan pihak kerajaan tidak akan berterusan seandainya
Masalahnya ialah Umno menghukum PKM tanpa memberi ruang untuk PKM membela diri di hadapan rakyat. Umno takut untuk berdepan dengan PKM secara anak jantan tetapi Umno mengunakan polis dan tentera untuk berlawan dengan PKM. Jika benar PKM atau komunis itu adalah sebuah pertubuhan yang anti agama maka gunakanlah isu ini untuk mempengaruhi rakyat agar jangan mengundi PKM di dalam pilihan raya. Bukankah Umno sebuah parti yang kuat dan mempunyai ramai ahli, jadi mengapa perlu takut untuk berhadapan dengan PKM di atas pentas demokrasi.
PKM tidak pernah bermusuh dengan tentera dan polis. PKM sentiasa mengharapkan perdamaian antara parti ini dengan pihak kerajaan sejak dari dulu lagi. Yang menjadi penghalangnya ialah golongan kapitalis dan golongan penindas. Mereka mengunakan kedudukan mereka untuk menghalang pihak kerajaan berdamai dengan PKM. Mereka inilah sebenarnya manusia yang tidak percayakan Tuhan. Mereka akan lakukan apa saja untuk mendapat keuntungan. Meeka menjual agama untuk terus berkuasa. Mereka binbang Jika rakyat memahami idialisme sosialis dan komunis maka kerakusan mereka selama ini menindas dan memerah hak rakyat akan timbang. Oleh itu selagi mereka menguasai kerajaan mereka akan pastikan segala idialisme yang menyebelahi rakyat tidak akan di beri peluang berada di
Oleh itu jika UMNO berkata hanya parti mereka yang boleh membela melayu, Pas pula berkata hanya parti mereka yang boleh membela Islam maka berilah peluang untuk PKM berkata bahawa hanya PKM yang boleh menjadikan rakyat sebagai tuan pada Negara mereka. Yang akan menentukan siapa yang benar adalah rakyat bukannya BARISAN NASIONAL.
SOSIALIS HIJAU
Tiada ulasan:
Catat Ulasan