THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Isnin, 21 Disember 2009

PIALA BOLASEPAK MENGINGATI PEJUANG RAKYAT AHMAD BOESTAMAM.


20hb.Disember, 2009, Shah Alam

Pada hari ini satu pertandingan Bolasepak yang sungguh bermakna telah diadakan di padang Lembaga Getah Malaysia.Sg.Buloh. Berbanding dengan pertandingan Bolasepak yang biasanya dinamakan atas nama personality politik parti pemerintah, piala pertandingan ini amat berbeza.

Piala pertandingan dinamakan atas seorang pejuang rakyat, iaitu Sdr.Ahmad Boestamam. Ahmad Boestamam merupakan seorang tokoh nasionalis kiri, penulis, pejuang menentang penjajah British untuk kemerdekaan Malaya. Beliau yang lahir sebagai Abdullah Thani bin Raja Kechil, kemudian memakai nama Boestamam demi menghayati perjuangan Subash Chandra Bose yang menentang British di India. Beliau menjadi Ketua Angkatan Pemuda Insaf (API) yang membawa tema ”Merdeka dengan darah”.Tema tersebut telah menjadi sinonim perjuanganya yang selalu membara. Perjuangan beliau telah bersambung selepas kemerdekaan dengan terbentuknya Socialist Front iaitu gabungan Parti Rakyat dengan Parti Buruh. Hasil perjuangan beliau jelas menerangkan kebangkitan pergerakan pemuda/i tanpa mengira kaum dan agama menentang segala bentuk penindasan terhadap rakyat.

Pertandingan Piala Ahmad Boestamam ini telah dianjurkan oleh Pengerak Belia Tempatan MBSA dibawah naungan Ahli Majlis Zon18,Sivarajan. Dr.Nasir Hashim yang telah berucap semasa majlis penyampaian hadiah pertandingan ini mengingati semula semasa beliau bertemu dengan Ahmad Boestamam. “Boestamam merupakan seorang pejuang kiri yang telah benar –benar menentang British bukan seperti Tunku Abdul Rahman yang telah berkomplot dengan British untuk kepentingan politik UMNO /Perikatan. Tujuan kita menganjurkan piala sedemikian adalah supaya para belia masa kini mengetahui siapakah pejuang-pejuang sebenar kemerdekaan, yang biasanya tidak diajar di sekolah kita “ kata Dr.Nasir Hashim .

Pertandingan ini diadakan buat kali pertamanya secara sederhana pada tahun ini adalah diharapkan dapat diadakan setiap tahun dengan penyertaan lebih banyak pasukan disekitar Kota Damansara.


DR.NASIR HASHIM
ADUN KOTA DAMANSARA
No.A-12-1, Blok A , Bistari D'Kota, Jalan Teknologi 3/9, Seksyen 3, Kota Damansara.
47810 Petaling Jaya .
03-6142 1225.

Tiada ulasan: