Gambar di atas adalah gambar aku, Jordan dan Brader rocker yang main muzik bersama Ramli Sarip dalam gambar di bawah ni... Ha ha agak2 hampa sapa ya brader ni... Muka dia tu sewaktu tahun 80an dulu. maknanya dah 20 tahun lebih dah. Sekarang brader ni dah tak rock lagi kerana beliau telah gagal untuk menguruskan perutnya tu. Maka seluruh persatuan rockers telah menyenarai hitamkan namanya daripada menjadi rocker lagi sehinggalah beliau berjaya menguruskan kembali perutnya itu.
Ishhh.... Kalau aku bukak gambar muda dia tu dan kembalikan muka dia yang ori tahun 2009 ni mesti hampa tak percaya punyalah. .... Laki sapa la orang tua ni?????
Jordan pun dah nak berhenti dari jadi PA YB Bukit Tengah bila tahu kawan dia ni rupa2nya artis. Dia nak jadi pengurus Brader ni pulak lepas ni. Sebab tu dia bawak brader ni mai rumah aku. Dia nak ajak aku join sekali band depa.
wah tak lama lagi kami tak dan nak berblogging la. Bukan apa... Sibuk menerima undangan persembahan pentas. Kah kah kah
Nak tau sapa dia? Selalu - selalu la mai ziarah halaman aku ni. Hit kan lagi blog aku ni. Aku nak lawan dengan Tukar Tiup... kah kah kah
Sosialis Hijau
Tiada ulasan:
Catat Ulasan