THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Selasa, 22 Disember 2009

PENDIDIKAN PERCUMA DI VENEZUELA

Selepas perdebatan marathon yang hebat dalam sesi dewan perundangan dan juga protes oleh penyokong dan pembangkang, Perhimpunan Nasional Venezuela telah meluluskan satu undang-undang Pendidikan baru yang bergelar “Undang-undang Pendidikan Organik” .

Mengikut Saul Ortega, Timbalan Presiden Perhimpunan Nasional, objektif undang-undang tersebut adalah “untuk menjamin rakyat kita supaya menikmati pendudikan yang percuma, berketercapaian, bersifat pembebasan dan secular, di mana pastinya akan menjamin kestabilan dan otonomi para pendidik. ” Di bawah undang-undang terbaru ini, pendidikan di Venezuela adalah percuma daripada tadika sampai ke universiti.

Dalam fasal ke-5 dalam undang-undang tersebut, telah diperkenalkan konsep “Negara Pendidik” (Estado Docente), yang menyatakan bahawa kerajaan Negara perlu menjamin pendidikan “sebagai satu hak asasi manusia yang universal dan asas, tidak boleh dipisahkan, tanggungjawab social yang tidak dapat dielakkan, serta satu perkhidmatan awam… ditadbir dengan prinsip-prinsip yang integral, bekerjasama, solidariti, penumpuan perhatian dan tanggangjawab bersama.” Undang-undang tersebut juga mengenakan “pertumbuhan tahunan yang progresif” dalam perbelanjaan pendidikan dikira dalam peratusan GDP.

Perhimpunan Nasional telah meluluskan draf pertama undang-undang tersebut pada Ogos 2001. Dalam 8 tahun yang lepas, ahli perundangan telah mengadakan sesi “parlimen jalanan” yang ekstensif, ataupun perbincangan awam berkenaan dengan isi kandungan undang-undang tersebut, bersama kesatuan guru, parti politik, pegawai kerajaan wilayah dan tempatan, serta kumpulan-kumpulan pendidikan dan masyarakat sivil.

Dalam beberapa minggu sebelum cadangan undang-undang pendidikan dibahaskan, penyokong dan pembangkang undang-undang tersebut, termasuklah kumpulan-kumpulan pelajar, pertubuhan-pertubuhan pendidikan dan parti-parti politik berarak beramai-ramai ke Perhimpunan Nasional untuk menyerahkan cadangan ataupun bantahan mereka, dan kerap diterima oleh ahli perundangan. Beberapa akhbar kebangsaan juga menerbitkan teks penuh cadangan undang-undang tersebut.

Pusiangan kedua perbincangan rasmi di Perhimpunan Nasional bermula pada 13 Ogos dalam satu sesi khas. Sementara itu, ribuan guru, aktivis kesatuan sekerja, aktivis komuniti dan pejuang daripada Parti Sosialis Bersatu Venezuela (PSUV) berarak ke Perhimpuan Nasional untuk menyatakan sokongan kepada undang-undang baru ini. Pembangkang kepada undang-undang baru ini mengadakan perarakan yang lebih kecil walaupun ahli-ahli politik pembangkang berhaluan kanan yang terkenal memimpin perarakan tersebut. Kedua-dua pihak berlakunya pertelingkahan.

Dalam membidas tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh pihak pembangkang berhaluan kanan, Hector Navarro, Menteri Pendidikan Venezuela mengutuk pembohongan yang menyatakan kerajaan Chavez membenarkan kanak-kanak diasingkan daripada ibu bapa mereka. Beliau juga menegaskan bahawa perbahasan dan kelulusan undang-undang tersebut adalah sejajar dengan Perlembagaan Repulik Bolivarian dan mengecam para pembangkang berhaluan kanan cuba mengadakan satu kempen untuk menjana ketakutan dalam kalangan rakyat.

Kesatuan-kesatuan sekerja Venezuela telah menyatakan sokongan ke atas Undang-Undang Pendidikan terbaru ini, kerana ia telah memperluaskan perlindungan untuk guru dan pekerja dalam institusi pendidikan, serta mendirikan dasar pengambilan university yang lebih demokratik.

Menurut Vladimira Moreno, salah seorang pemimpin Parti Komunis Venezuela, undang-undang tersebut telah memasukkan penyertaan signifikan rakyat Venezuela: komuniti, guru, tabung kewangan, kolektif rakyat, pelajar dan university. Undang-undang tersebut juga membuka ruangan yang penting untuk kuasa rakyat, dengan membolehkan kuasa rakyat mengambil bahagian secara aktif dan secara bertanggungjawab bersama dalam proses pendidikan, dengan cara pengurusan sumber pendidikan dikawal oleh masyarakat dan rakyat biasa, bukannya elit.

Revolusi Bolivarian di Venezuela telah berlanjutan utuk lebih 10 tahun, dan nampaknya proses pendalaman revolusi serta kuasa rakyat semakin mantap di Venezuela. Baru-baru ini, kita menampakkan kerajaan Venezuela meneruskan proses revolusi seperti pendemokrasian media massa dengan membuka lessen siaran radio kepada stesen radio yang diusahakan oleh masyarakat setempat itu sendiri, sekaligus memecahkan monopoli golongan korporat ke atas media massa. Pelbagai program kebajikan dan peningkatan kehidupan rakyat biasa diteruskan.


CHOO CHOON KAI- AJK PARTI SOSIALIS MALAYSIA

Tiada ulasan: