Saya Isai Kumar a/l Sathieyananthan ingin membuat laporan polis berkenaan keganasan polis semasa saya ditahan untuk siasatan pada 6.12.09 hingga 14.12.09. Saya ditahan di Petronas, Pekan Nilai lebih kurang pukul 9.00 pagi dan dibawa ke IPK Seremban bersama kereta LIMO bernombor LIMO 2940 W. Setiba di sana, saya dibawa ke bilik siasatan tingkat bawah. Semasa saya berada di sana, saya dipukul dan ditendang oleh enam orang pegawai polis. Sewaktu itu, seorang polis berpakaian biasa telah menyuruh saya membuka baju dan seluar. Selepas itu, dia mengambil gambar kemaluan saya. Saya telah dipukul sehingga pukul 4 petang dan tidak diberi makan dan minum. Selepas itu, mereka membawa saya menaiki van polis ke IPD Seremban. Setiba disana, saya dibawa ke bilik siasatan tingkat bawah. Sewaktu disana, saya ditendang di muka oleh Inspektor Sobry. Selain itu, beberapa pegawai polis lain juga memukul dan menendang saya. Saya juga tidak diberi makan dan minum dan terus dihantar ke lokap nombor 13.
Keesokan hari 7.12.09, saya dibawa ke mahkamah dan mendapat reman 4 hari. Selepas itu saya dibawa balik ke IPD Seremban pada pukul 1 petang untuk memberi statement. Insp Sobry yang mengambil statement. Sebelum mengambil statement, Insp Sobry telah mengaku tuduhan terhadap saya adalah palsu dan dia sendiri mengaku repot pengadu tidak sahih. Selepas mengambil statement saya dibawa ke lokap.
Pada 10.12.09, saya dibawa ke mahkamah sekali lagi dan mendapat reman 6 hari. Sebelum pergi ke mahkamah Insp Sobry telah mengarah, supaya tidak bercakap dengan majistet semasa mengambil reman di mahkamah. Saya terus dibawa balik ke lokap IPD Seremban. Semasa saya di lokap, saya dibawa ke bilik siasatan D7 Korporal bergari belakang dan dipaksa duduk berlutut dengan paip PVC yang diletak di belakang lutut saya. . Di sana saya mendapati pengadu yang membuat repot palsu terhadap saya berada dalam bilik siasatan. Di dalam bilik tersebut terdapat seorang polis perempuan dan tujuh orang polis lelaki. Di situ saya disoal dan semua jawapan yang saya beri tidak diterima dan dipukul bertubi-tubi. Pengadu bercakap bohong berkali-kali dan saya menyangkah segala tuduhannya. Apabila saya membantah, saya akan terus dipukul dengan paip PVC dan paip getah yang tidak berlubang ditengah. Polis perempuan yang berada di bilik tersebut, memegang rambut saya dan menampar berkali-kali. Selepas itu, dia menendang dada saya menggunakan lututnya. Saya terus terbaring ke lantai. Pegawai polis perempuan itu, duduk di atas dada saya dan memasukkan kasut yang dipakainya ke dalam mulut saya. Di memaksa kasut itu kedalam mulut. Saya boleh rasa kasut itu sudah sampai ke tekak saya. Sewaktu itu, pegawai polis tersebut mengatakan, mengapa saya perlu jumpa pengadu kerana dia(pegawai polis) lebih cantik dan dia cuba menanggalkan tudung dan bajunya. Dia juga memaki hamun dengan perkataan lucah keluarga saya. Saya ternampak nombor plet kereta polis perempuan itu iaitu Proton Waja No. MAS 6043. Selepas itu, pegawai polis perempuan dan pengadu keluar bilik. Lebih kurang 15 min kemudian, pegawai polis perempuan tersebut datang balik ke bilik Korporal D7 dan terus mengoncang kepala saya dengan memegang rambut dan mengatakan pengadu itu membuat laporan palsu terhadap saya. Selepas ini, kesemua pegawai polis yang berada di dalam bilik tersebut terus mengatakan pengadu itu membuat laporan palsu. Selepas itu saya dibawa masuk ke lokap semula. Di sana saya tidak dapat menahan sakit badan dan mendapat demam selsema. Saya meminta ubat, tetapi tidak diberi. Pegawai yang bertugas mengatakan lokap tidak mempunyai panadol atau ubat demam
Pada 11.12.09, saya masih demam tetapi masih tidak diberi ubat. Saya diberi makan, kari ikan. Selepas itu, seorang banduan di lokap itu mengatakan ikan tersebut telah basi. Saya terpaksa muntah. Saya tidak diberi makanan lagi walaupun makanan yang diberi basi. Pada waktu malam, saya diberi ubat KK tiga biji kerana masih demam.
Sepanjang di lokap, makanan yang diberi tidak mencukupi kerana di dalam lokap no 13 terdapat 7 orang. Roti yang diberi untuk sarapan pagi hanyalah 3 bungkus sahaja. Semasa mengambil statement, pegawai polis menggunakan kata-kata kesat dan lucah terhadap saya.
Saya membuat laporan polis ini kerana tidak berpuashati dengan tingkahlaku polis yang memukul dan menggunakan perkataan lucah. Saya juga tidak mahu siasatan dilakukan oleh IPD Seremban atau IPK Negeri Sembilan. Saya memohon siasatan dilakukan oleh Bukit Aman.
Pada pagi ini saya bersama peguam saya cuba untuk berjumpa Timbalan Ketua Polis mengenai kes yang amat serius ini, tetapi pintu gate ditutp dan kami dilarang berjumpa beliau. Saya amat kecewa dengan tindakan polis ini.
MALAYSIA HANYA MEMPUNYAI DUA ORANG WAKIL RAKYAT SAHAJA IAITU GAMBAR DI BAWAH INI. SELAIN DARI MEREKA INISEMUANYAWAKIL TOKEY, WAKIL PERUT DAN WAKIL BAWAH PERUT.
ADUN KOTA DAMANSARA
Dr Nasir Hashim
MP SUNGAI SIPUT
Dr Jeyakumar
YA ALLAH SELAMATKANLAH PAS DARI KEJAHATAN DAJAL DAN ANJING-ANJINGNYA
BERMULA DARI GARISAN INI HINGGA KEBAWAH ADALAH GAMBAR2 RETRO. KHAS UNTUK SEMUA OTAI
Dr. P RAMLEE
Dr. P. Ramlee (1929 - 1973) atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura.
James Hetfield
James Alan Hetfield (lahir pada 3 Ogos 1963, di Dowey, California[1]) merupakan penulis lagu utama, pengasas bersama, penyanyi dan pemain gitar ritma kumpulan heavy metal Metallicaames Hetfield dilahirkan pada 3 Ogos 1963 di Dowey, Los Angeles County, California daripada keluarga berketurunan orang Inggeris, Iris, Scotland dam Jerman.
Lars Ulrich
Lars Ulrich (lahir di Gentofte, Denmark, 26 Desember 1963; umur 45 tahun) adalah drummer kelompok Metallica.
Kirk Hammett
Kirk Lee Hammett (lahir di El Sobrante, California, Amerika Serikat, 18 November 1962; umur 47 tahun) adalah lead guitarist dalam kelompok musik heavy metal Metallica. Kirk adalah salah satu murid gitar dari Joe Satriani.
Ronnie James Dio
Ronnie James Dio (lahir Ronald James Padavona pada 10 Juli 1942 di Portsmouth, New Hampshire), adalah seorang penyanyi heavy metal yang dikenal sebagai anggota Black Sabbath, Rainbow, dan Dio.
PEMAIN BASS METALLICA - PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI
Robert Trujillo (lahir di Santa Monica, California, Amerika Serikat, 23 Oktober 1964; umur 45 tahun) adalah seorang bassis, yang telah bermain dengan Suicidal Tendencies, Infectious Grooves, Cyco Miko, Black Label Society dan Ozzy Osbourne sebelum bergabung dengan Metallica pada 2003.
Oktober 1986, posisi Cliff Burton digantikan oleh Jason Newsted, basis dari grup Floatsam And Jetsam
Clifford Lee Burton (10 Februari 1962 – 27 September 1986) adalah seorang pemain bass gitar. Ia dikenal sebagai anggota kelompok thrash metal Metallica dari 1982 sampai kematiannya pada 1986 karena kecelakaan lalu-lintas di Swedia ketika sedang tour dengan Metallica.
LOUDNESS
Loudness (ラウドネス ?) adalah nama dari grup band heavy metal Jepun yang dibentuk oleh Akira Takasaki di tahun 1981.
Mötley Crüe
Mötley Crüe adalah kelompok musik rock dari Amerika yang beranggotakan Nikki Sixx, Tommy Lee, Mick Mars, and Vince Neil. Band ini terbentuk pada tahun 1981 di Los Angeles, California
AC/DC
AC/DC adalah kelompok musik hard rock yang dibentuk di Sydney, Australia pada November 1973 oleh rhythm guitarist Malcolm Young dan saudaranya lead guitarist Angus Young. Band ini telah menjual lebih dari 150 juta keping album di seluruh dunia. Album mereka dari tahun 1980, Back in Black, terjual 42 juta keping di dunia (21 juta di Amerika Serikat saja). Band ini telah memiliki dua lead singers, dan penggemarnya terbagi dua antara penggemar "Bon Scott era" (1974-80), dan "Brian Johnson era" (1980-sekarang).
Iron Maiden
Iron Maiden adalah kelompok musik heavy metal yang didirikan pada 1975 di London, Britania Raya oleh pemain bas Steve Harris. Mereka telah meraih kesuksesan dan mempengaruhi banyak kelompok musik lainnya. Mereka juga dianggap sebagai salah satu band dalam New Wave of British Heavy Metal.
SEARCH
Ditubuhkan di Johor Bahru pada 1981
SOFEA - SYJ
Sofea ialah sebuah kumpulan rock Malaysia yang berasal dari Ipoh, Perak. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1983 dengan menggelar kumpulan mereka sebagai SYJ sempena nama pengurus mereka Syed Yusuf Jamalulail. Nama mereka ditukar kepada Sofea selepas lahir album Battle of The Band (1986).
CROMOK
Kumpulan CROMOK merupakan sebuah kumpulan rock metal Inggeris Malaysia yang ditubuhkan pada 1987. Mereka adalah terdiri dari empat orang pelajar Malaysia yang menuntut di University of Wollongong di Sydney, Australia. Ahlinya terdiri daripada Sam (Vocalist+Bassist), Din (Vocalist+Guitarist), Karl (Guitarist) dan Miji (Drummer).
Wings
Sejarah penubuhan WINGS bermula pada sekitar tahun 1985 di Sekolah Menengah Sri Ampang di Kuala Lumpur. Di situ empat orang anak muda yang masih menuntut bergabung tenaga membentuk sebuah pancaragam sekolah. Oleh kerana terdorong dan amat meminati muzik terutama irama Rock, mereka sepakat untuk mendendangkan lagu berentak Rock'N'Roll di sepanjang persembahan mereka. Ketika itu bermulah kelahiran WINGS
Rusty Blade
Kumpulan Rusty Blade merupakan sebuah kumpulan Heavy Metal yang berasal daripada Singapura dan mencipta nama di Malaysia. Kumpulan Rusty Blade telah melahirkan album pertama yg bertajuk 786 Ikrar Perwira pada tahun 1985 yang merupakan album EP. Pada asalnya dianggotai oleh Yantzen (Vokal), Khalid Mubin (Gitar), Mamat (Gitar), Razak (bass) & Zan (Dram). Keunikan muzik rock yang mereka bawa telah membuatkan Rusty Blade dilabel sebagai Iron Maiden Singapura!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan