THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Sabtu, 19 Disember 2009

HUAN CHENG GUAN - ADUN BEBAS DUN BUKIT TENGAH PRU AKAN DATANG


Berita kemarin memaklumkan bahawa Bekas Naib Presiden Parti Gerakan Huan Chen Guan telah mengumumkan keluar dari parti Gerakan yang menjadi pak turut UMNO itu. Tiada apa yang mengejutkan dengan berita ini kerana beliau sebenarnya sudah pun di pecat daripada jawatan Naib Presiden yang baru saja di menanginya setelah pemilihan parti itu tahu lalu. Nama Huan Cheng Guan sebenarnya tidaklah sebesar mana tetapi di peringkat akar umbi terutamanya di Pulau Pinang beliau adalah seorang yang cukup berpengaruh. Beliau bukan saja di kenali di kalangan ahli Gerakan malah penyokong2 parti yang lain juga cukup mengenali beliau. (Yang tak kenal tu sebab depa dok bawah tempurung macam Mat Sopi Ketua Pemuda Pas Batu Kawan).

Secara peribadi aku mengenali Naib Presiden parti pak turut UMNO ini sebagai seorang kawan yang berlawan. Walaupun tidak serapat mana tetapi jika nak di bandingkan dengan AJK umno peringkat cawangan ni aku dok dalam rangking atas depa la. Kalau AJK cawangan pun tak boleh rapat dengan dia apatah lagi la ahli UMNO yang tak reti apa macam Mat Sopi ketua Pas Batu kawan tu.


Nama Huan mula meningkat naik apabila Berjaya mengalahkan calon PKR dan DAP di dalam PRU ke 11 dulu di kawasan parlimen Batu Kawan. Huan cukup di kenali oleh pengundi di kawasan itu kerana sifatnya yang rajin turun ke padang dan mengambil berat segala masalah penduduk tanpa mengira fahaman politik serta tidak mengira yang menyokong atau yang menentang.


Namun begitu dalam PRU yang lalu kerusi Batu Kawan yang di menanginya itu terpaksa di serahkan kepada presiden parti kerana kononnya Presiden parti yang namanya hampir sama dengan sejenis buah yang banyak terdapat di Pulau Aman itu hendak di jadikan menteri oleh Dollah Badawi selepas membentuk cabinet baru dalam PRU itu. Beliau pula terpaksa di pindahkan ke DUN Bukit Tambun yang juga di dalam kawasan parlimen Batu kawan.


Sewaktu aku bersembang dengannya sebulan sebelum PRU yang lalu, aku katakan padanya bahawa beliau akan kalah dalam pilihan raya kali ini(PRU 12) namun beliau yang ketika itu menjadi Naib Ketua Pemuda Gerakan Malaysia menyangah pendapat aku kerana katannya beliau mempunyai penyokong akar umbi yang kuat. Katanya penyokong tegar DAP juga sudah beralih arah menyokongnya iaitu di sekitar perkampungan Valdor. Aku katakan padanya memang betul penduduk di sekitar Parlimen batu Kawan menyokong dan suka padanya tetapi beliau akan kalah dengan isu Nasional yang tidak sesekali menyebelahi BN pada ketika itu. Aku kakatakan padanya sudah menjadi lumrah kepada masyarakat menyambut pemimpin tak mengira dari apa parti pun tetapi menyambut dengan mesra tidak bererti menyokong. Beliau cukup yakin bahawa beliau akan menang mudah dalam PRU yang lalu.


Sehari sebelum parlimen di bubarkan aku bertemu ketua wanita DAP pusat dan beliau sendiri tak tahu kedudukan bekas Ketua Menteri di kerusi manakah beliau akan bertanding. Namun Chong Eng dan suaminya meminta aku membantu DAP di parlimen Batu Kawan. Sehari selepas pembubaran parlimen di umumkan Prof. P.Ramasamy (TKM2 Pulau Pinang sekarang) menghubungi aku dari Kuala Lumpur mengatakan beliau dalam perjalanan ke Penang dan mahu segera berjumpa dengan aku pada hari itu juga. Dalam hati aku aku terpikir mungkin Prof Ramasamylah yang akan menjadi calon di Batu Kawan. Beliau sampai dalam jam 2 pagi bersama pembantunya Jeya dan pada malam itu juga aku memberi sedikit taklimat kepadanya berkenaan kedudukan Batu Kawan. Aku hanya memberi peratus kemenangan DAP di kerusi itu sebanyak 50% sahaja kerana bersandarkan factor calon penyandang iaitu Huan Cheng Guan yang cukup sinonim dengan kawasan parlimen itu. Harapan kami agar berlaku perubahan perletakan kerusi calon Gerakan di Pulau Pinang agar Huan tidak bertanding di Batu Kawan.


Satu pagi ketika minum pagi bersama Prof Ramasamy kami telah menerima berita bahawa koh Su Koon adalah calon di kerusi Parlimen Batu Kawan. Pengumunan ini memang kami jangkakan kerana satu2nya kerusi Gerakan yang paling selamat ialah di Parlimen Batu Kawan. Huan pula telah di hantar ke Dun Bukit Tambun. Inilah titik permulaan satu konspirasi untuk menjatuhkan Huan. Beliau terpaksa mengorbankan kerusinya yang beliau menangi dengan majority 8,000 lebih untuk di serahkan kepada bossnya dan beliau pula terpaksa berpindah di kerusi yang tidak selamat. Kumpulan anti Huan ini cuba untuk menjatuhkan Huan dengan cara yang cukup halus tanpa di sedari oleh ahli2 Gerakan. Mereka tahu Bukit Tambun sebenarnya BN sudah pun kalah di dalam PRU ke 11 dulu tetapi akibat daripada pertandingan 3 penjuru antara BN, DAP dan PKR calon Bn telah menang dengan hanya majority undi yang sedikit.


Seperti yang telah di jangkakan BN telah kalah di DUN Bukit Tambun. Strategi pasukan anti Huan yang diketuai oleh Presiden parti menjadi. Malangnya bukan saja Huan yang kalah dalam pilihanraya tersebut malah semua kerusi Gerakan di Pulau Pinang telah di bungkus oleh DAP dan PKR. Harapan pasukan konspirasi untuk menjatuhkan Huan secara senyap ini gagal kerana kesemua mereka termasuk Presiden parti turut menerima badi yang sama menimpa Huan.


Selepas PRU Gerakan mengadakan pula Mesyuarat Agung yang melibatkan pemilihan pucuk pimpinan pusat. Huan yang ketika itu memegang jawatan naib Ketua Pemuda Gerakan Pusat telah mencuba nasibnya sebagai Naib Presiden parti. Aku sms padanya mengatakan bahawa tak perlulah nak bertanding apa2 jawatan kerana jika menang pun Gerakan sudah tidak releven lagi. Gerakan hanya menjadi barua kepada UMNO. Gerakan sudah menjadi parti perkauman cina. Huan membalas sms aku dengan menulis bahawa akulah yang menjadi barua Lim Guan Eng. Nampaknya marah betul dia. Namun begitu beliau telah Berjaya memenangi jawatan Naib Presiden parti dalam pemilihan itu.


Sekali lagi regu anti Huan kecewa kerana usaha menjatuhkan Huan secara senyap masih tidak Berjaya. Walaupun beliau sudah memegang jawatan naib Presiden tetapi masanya sudah terlambat. Perdana Menteri ketika itu tidak melantik mana-mana pemimpin parti politik yang kalah dalam pilihan raya termasuklah presiden parti Dr Buah Su Kun. Usaha menyinkirkan beliau tetap berterusan. Kali ini beliau sekali lagi tidak di namakan sebagai penyelia Parlimen bagi kerajaan pusat. Kali ini Huan seperti orang yang hilang sabar. Beliau telah mengumumkan perletakan jawatan dalam parti sebagai memprotes tindakan Gerakan Pulau pinang yang cuba meminggirkan beliau. Namun protes itu di sambut dingin oleh pimpinan parti. Regu Huan iaitu Naib Ketua Wanita Pusat Ng Sui Lai juga sudah tidak lagi bersamanya. Akhirnya Huan dengan muka tak malu menarik balik hasratnya untuk melepaskan jawatan dengan alasan telah mendapat bantahan penyokong akar umbi.


Sayangnya Jawatankuasa pusat sudah tidak memberinya peluang lagi. Huan bukan saja tidak di terima kembali malah beliau dengan rasminya telah di pecat dari semua jawatan dalam parti. Aku sms pada Huan lagi bila perkara ini terjadi. Sms aku lebih kurang begini. “Boss tunggu apa lagi. Gerakan sudah tidak mau sama U. Jom masuk Pakatan Rakyat. Jika tak jom lawan tiket bebas ajar sama BN”. Beliau menjawab balik sms aku,” Tunggu dulu, tengok macam mana.” Nampaknya Huan masih sayangkan Gerakan atau pun Huan takut semua projeknya akan hilang. Selepas daripada itu berita tentang Naib Presiden Gerakan ini senyap begitu saja. Sehinggalah dua hari lalu terbitlah berita beliau istihar keluar parti. Aku sendiri tidak pasti parti mana yang beliau keluar kerana Gerakan sudah lama membuangnya dari senarai nama ahli Gerakan.


Dalam satu kenyataan yang di keluarkan oleh Huan sewaktu mengumumkan keluar dari parti Gerakan Huan berkata beliau mungkin akan menyertai sebuah parti yang di beri nama PARTI CINTA MALAYSIA. Aku pun tak tahu bila masa parti ini wujud namun parti apa saja yang bakal beliau sertai tetapi jika masih membawa keutamaan perkauman maka rakyat akan mengucapkan selamat jalan kepada parti itu. Minda rakyat semakin berubah pada hari ini. Perkauman sempit hanya sesuai kepada parti-parti ketuanan melayu yang di dokongi oleh parti-parti dalam Barisan Nasional sahaja.


Jika Huan menyertai parti di dalam Pakatan Rakyat sekali pun beliau belum tentu akan di beri kerusi pilihanraya di Pulau Pinang ini. Ini adalah semua kerusi DAP dan PKR yang melibatkan kerusi kaum cina telah di menangi oleh PKR dan DAP. Mana mungkin kerusi milik DAP dan PKR yang di menangi akan di serahkan kepada beliau. Tidak ada parti dalam Malaysia ini memberi kerusi milik mereka kepada parti lain kecuali PAS dan UMNO sahaja. Sebagai sebahagian dari contoh kerusi milik Pas yang di beri kepada PKR ialah Kuala Kedah, Bagan Serai, Machang dan yang paling teristimewa PAS sanggup memberi kerusi yang mutlak milik mereka kepada seorang Nasionalis (Betul ke Berahim Ali ni nasionalis - ) yang mereka fatwakan sebagai sesat itu di pasir Mas.


Jadi jika Huan bercita-cita untuk menjadi wakil rakyat tempatnya bukan di dalam PKR atau DAP. Untuk bertanding atas kerusi PAS beliau perlu masuk agama Islam terlebih dahulu. Memilih parti yang tidak di kenali seperti yang beliau nyatakan sudah pasti hanya akan menghilangkan wang pertaruhan sahaja. Maka hasrat untuk menjadi YB tidak mungkin akan kesampaian walau atas parti apa pun yang beliau sertai. Namun begitu cita-citanya untuk kembali bergelar YB hanya akan tercapai jika beliau bertanding atas tiket Bebas di kawasan yang pernah beliau berhikmat pada satu ketika dahulu. Tiada kawasan lain yang boleh Huan menang melainkan hanyalah di kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Tengah.


SOSIALIS HIJAU


PS: Analis DUN Bukit Tengah akan aku terbitkan pada minggu hadapan.

Tiada ulasan: