PARTI SOSIALIS
KENYATAAN AKHBAR : 28 NOVEMBER 2009
2 Disember 1989 adalah ulangtahun ke 20, Perjanjian Hatyai yang ditandatangani oleh Parti Komunis Malaya(PKM), Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand. Seluruh dunia menyaksikan upacara menandatangani pendamaian ini dan sejak perdamaian tersebut, memang tidak ada persengketaan bersenjata antara dua puak ini.
Namun demikian, sehingga hari ini, para pejuang dari Parti Komunis Malaya dilarang menjejakkan kaki ketanahair mereka, iaitu tempat mereka bertempur dengan penjajah Jepun dan British sehingga akhirnya kemerdekaan diberikan pada 31 Ogos 1957. Ahli sejarawan, ahli akademik dan pemerintah
Persoalan timbul mengapa PKM tidak mengundurkan senjata setelah Malaya merdeka pada tahun 1957 tetapi hakikat adalah perjanjian Baling 1955 gagal kerana Tengku Abdul Rahman dibawah arahan British mahu semua ahli PKM serah diri dan ditahan dan dibuat pemulihan akhlak. PKM tidak setuju tetapi tuntutan yang sama dari PKM dipersetujui pada tahun 1989 semasa Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri menyebabkan perang saudara ini tamat.
Kini 20 tahun, ulang tahun Perjanjian ini, namun anggota-anggota PKM yang kini dalam usia tua termasuk Chin Peng tidak dibenarkan pulang. Pelbagai alasan diberikan. Antaranya adalah Chin Peng bukan warganegara
PSM meminta Perdana Menteri 1Malaysia Najib Razak untuk menutup episode sejarah ini dan membenarkan Chin Peng dan bekas anggota PKM pulang ke negara mereka. Apakah yang ditakutkan? Mungkinkan Kerajaan BN takut bahawa kepulangan Chin Peng akan menyebabkan ratusan ribu rakyat
Mengapa Diskriminasi Chin Peng ?
Parti Sosialis
PSM ingin sekali lagi ingin menegaskan dan mempersoalkan :.
1. Bila Penjajah Jepun dan British yang telah mengakibatkan banyak kesengaraan di Negara ini boleh diterima masuk kedalam negara selepas perang, mengapa pula anggota PKM yang membantu mempercepatkan kemerdekaan
2. Mengapa media asyik menfokus Chin Peng dan mengujudkan satu persoalan perkauman padahal pemimpin PKM seperti Pengerusinya Abdullah CD, Rashid Mahidin, Samsiah Fakeh dan Abu Samah dibenarkan pulang dan mereka juga telah diberi penghormatan mengadap Yang Dipertuan Agung Sultan Azlan Shah semasa beliau menjadi Agung.
3. Jika Maharajalela, Tok Gajah, Mat Kilau, Tok Bahaman dan lain-lain pembesar yang menentang Penjajah British boleh diistiharkan sebagai wira, mengapa pula Ahli PKM yang menentang Penjajah British dilabel sebagai penganas, iaitu label yang diberikan oleh Penjajah.
4. Apakah perbezaan perjanjian Haadyai 1989 dengan perjanjian Baling 1955? Syarat yang diterima pada tahun 1989 sebenarnya adalah syarat yang hampir sama yang dikemukan semasa perjanjian Baling 1955.Perang saudara antara Komunis dan kerajaan Malaysia berlanjutan kerana Tengku atas arahan British tidak mahu membenarkan PKM meletak senjata, malah mahukan mereka ditahan dalam kem tahanan.
Baru-baru ini Chin Peng dalam wawancara bersama Star yang disiarkan pada 22 November 2009 dilaporkan memohon maaf, setelah mengakui bahawa PKM mungkin tersalah bunuh mereka yang tidak berdosa ketika dalam zaman perang. Malah, beliau sanggup bertangunggjawab ke atas segala tindakan rakan seperjuangannya. Namun reaksi Timbalan Perdana Menteria adalah memutuskan untuk tidak bersedia menerima walaupun dia memohon maaf.
PSM meminta agar anggota-anggota PKM dibenarkan pulang dan sumbangan mereka diiktiraf dalam penulisan semula sejarah
Ulangtahun ke 20 Perjanjian Hadyai tidak bermakna dan tiada signifikan jika perjanjian itu tidak dikotakan. PKM sudah mematuhi perjanjian ini dengan meletak senjata dan kini tanggungjawab Kerajaan
Dikeluarkan Oleh:
S.Arutchelvan
Setiausaha Agung PSM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan