THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Rabu, 11 November 2009

TERKENANG SEMASA DULU HATIKU MERASA RINDU


Secara kebetulan gua terjumpa gambar di atas ni sewaktu ronda-ronda dalam alam siber ni. Berdesup gua teringatkan kembali bangunan yang gua tinggalkan sejak 20 tahun yang lalu.
5 Sastera 1 (1989)
@ 5PB terletak betul-betul di selekoh sebelah atas bangunan ini. Di bawah kelas kita orang adalah pejabat Guru Besar.

Banyak sejarah yang kami tinggalkan di bangunan ini. Ntah di mana teman-teman gua kini berada? Mungkin kini semua sudah berkeluarga? Alangkah indahnya jika dapat kembali bersua, lebih2 lagi dengan awek kelas gua yang kot2 belum berkawin.

Inilah sekolah gua 20 tahun yang lalu High School Bukit Mertajam. Sekolah paling Gangster di Bukit Mertajam ketika itu. Tapi hanya gua tak gangster kerana gua ini adalah pencinta wanita.....wahh wahhh wahhh.

Sekarang lu orang semua sudah jadi apa hahhh? Sapa antara lu orang sudah kawin terover hahhh? Cerita mai kat gua.... Gua betul2 rindu pada you all.

Buat teman-teman yang membaca Blog ini hubungi gua kembali. Email aku sosialishijau@gmail.com.

Sosialis Hijau @ 20 tahun yang lalu lu orang semua panggil gua Joeyanatafora.

Terimalah sebuah lagu dari ku khas untuk penghuni bangunan di atas tu

BERSAMA SEMULA



Terkenang, Terbayang,
Tak dapat aku lupakan,
tapi sayang semuanya tinggal kenangan.

teman ku, kasihku,
ku ingin seperti dulu,
bersama menjelajah dunia.

kekuatan, kebanggaan,
bebas dan terus berjalan,
kenangan tak mungkin aku lupakan.

aku harap teman semua
dapat bersama semula
perjuangan kita masih belum pudah

kemananya teman setia perjuangan…
ku ingin kau semua…
bersama semula…

ACAB

Tiada ulasan: